Memaparkan catatan dengan label fasa baru dalam kehidupan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label fasa baru dalam kehidupan. Papar semua catatan

Selasa, Januari 07, 2014

Microsoft vs Kingsoft..??!

Salam blogging..

Hari ni aku keja petang..balik awal dalam jam 8..

'kamu off 8 ya..' sister cakap dengan aku..

Bila difikir balik, Disebabkan aku pergi balik keja naik bas catar, mungkin aku kena balik sama2 dengan staff lain..terpaksa lagi tggu jam 9 lebih..sama juga!Tapi aku cuba call driver bas..

'ok.. Aku ambil..'

Yes! Balik awl..Bisuk keja pagi lagi..

Balik keja tu, sempat lagi minta singgah ke big apple.. Tapi take rezeki, donut dah habis! Pulang dengan rasa hampa..

'bisuk2 ja la..' saje je bagi senang hati..hukhuk..

Kemarin dulu,  aku rembat laptop Samsung..putih ok! Free printer pixma..Alhamdulillah.. Baru ja tadi aku cuba godek2, taip sikit2.. Sekali tengok..Aik?  mana pergi Microsoft? Yang ada cuma.. Kingsoft.. Sama ke Microsoft dengan Kingsoft ni?

Aku.. Yang keliru.

Jumaat, Disember 27, 2013

year end story..UPDATED!

Salam blogspot!

Tinggal berapa hari lagi kita bakal tinggalkan tahun 2013 ni.. bagi aku, 2013 banyak sangat momen indah, tak kurang juga yang pahit.. 

Antara momen indah yang terkini adalah.. 2 orang adik kandungku telah selamat melangsungkan perkahwinan sekaligus, pada 22hb Disember 2013.. alhamdulillah, syukur sangat semuanya berjalan lancar.. dalam masa yang sama, encik tunangku juga hadir sama dalam menyumbangkan tenaga.. alhamdulillah..dia sekaligus dalam proses mengenali ahli keluargaku yang lain, yang jarang balik ke kampung.. alhamdulillah, semuanya senang dan gembira dengan kehadiran encik tunang dalam keluargaku..

Aku dibagi cuti selama seminggu.. dari 16hb-23hb.. ada juga yang jeles..hmm, manusia ada ja yang x puas hati.. hmm..

Sekarang 27hb, aku sudah pun balik ke Sandakan..haih, keja lagi.. aku x berapa kisah kalau kerja sekalipun, tapi yang x bestnya, jauh lagi dengan family..dengan tunang..hmm.. entah bila lagi dapat balik..sekarang ni, fokus aku utk keja, pindah wad dr icu ke medical as per requested by matron..dan untuk tau cara macam mana mau minta transfer..dan seterusnya fokus untuk cari duit untuk kawin, insya Allah dalam hujung tahun ni,. Doakan semua berjalan lancar ya,, 

Titik... 

Jumaat, November 29, 2013

will bye2 2013..

Salam blogging!

Tiba2 rindu nak blogging.. best juga sebenarnya jarang blogging, jarang update entri ni..bukan ape, maklum dengan keja sekarang ni, sangat tidak memungkinkan aku untuk buka blog.,

Ok, Ahad ni, Disember bakal tiba, ini bermakna tahun 2013 bakal berpenghujung..dan i i juga maknanya, dua orang adik aku kahwin serentak.. haa..mesti meriah gamaknya 22hb nanti, insya Allah..

Cerita pasal kawin2 ni, tambah lagi adik beradik sendiri, sah2 la nak cuti kan? Lain pula dengan cerita aku ni.. dah nak masuk bulan Disember ni, masih lagi belum kompom dapat cuti atau tak.. ermmm..geram! Sape tak geram?! Orang nak book tiket flight awl2, supaya dapat murah.. jauh tu,.kalau naik bas pun kira 1 hari perjalanan.. hish..

Aku harap sangat, dalam Isnin depan aku dah boleh sahkan cuti aku yang sebenarnya,, amin, insya Allah, semoga Allah permudahkan.. amin..amin..

Insya Allah, hujung tahun ni juga, merupakan bulan terakhir aku di wad sekarang.. best tapi stress! Next year, here i come Medical!! 

:mood off...:

Isnin, September 23, 2013

3 bulan sudah... alhamdulillah~

Salam blogku yang tercinta...

Setelah berbulan-bulan tak kemaskini entri.. maaf sangat, kehidupan sekarang terlalu sibuk.. maklum sudah dapat kerja tetap ni..huhu..bukanlah berbangga atau apa.. tapi apa2pun, selepas ni tak banyak sudah benda yang dirisaukan, apa lagi pasal pendapatan.. yang sebelum ni banyak bergantung kepada gaji hari yang tak tetap tarikh pembayarannya.. apa2pun,aku tetap bensyukur, dengan pengalaman hidup sebelum ni, banyak mengajar aku erti hidup.. alhamdulillah..

Hari ni aku keja shift pagi.. jadi, petang2 begini, seronok je santai kat beranda rumah sewaku ni.. angin pun sepoi2 bertiup.. rasa tenang, dan penat pun seakan hilang.. itulah kuasa Allah kan? Cerita pasal keja, dah masuk bulan ketiga aku bekerja dan ditempatkan di ICU,  Hosp. Duchess of Kent, Sandakan.. alhamdulillah, skill aku dah makin improve, dan dah ada rasa seronok untuk bekerja.. walaupun pada mulanya, tiap hari asyik menangis.. bukanlah berjauhan dengan keluarga punca aku sedih, tapi disebabkan aku asyik kena tegur dengan cara yang tak sepatutnya.. tapi aku tetap ingat pesan mama, 

    'sabar saja... kau buat saja keja kau sendiri.. kalau tak tahu, tanya senior.. jangan cuba memandai2 buat keja yang tak tahu.. kau tu di icu.. rumit sikit..ya? '..

Sabar.. dan terus bersabar menerima teguran dari senior, walaupun terpaksa 'makan hati'.. dan hasilnya? Sekarang aku dah master agak2 dlm 60% bidang tugas di ICU berbanding sebelum ni 0%!! Alhamdulillah.. dah tahu apa nak buat keja bilamana di wad.. jadi semua benda pun rasa mudah...

Tapi bukan semudah itu untuk mudah.. kena banyak tanya dengan senior, banyakkan bersabar dengan karenah staff..

Tapi sebenarnya, apa yang lebih dan sangat penting bagi aku adalah..

   Mohon dan berdoa kepada Allah, agar dipermudahkan segala urusan,.. mohon perlindungan walau di mana saja..sebab kalau kita tak minta kepadaNya, Allah tak bagi..tapi kalau dapat pun tapi kita tak minta, mungkin Allah bagi tu dalam keadaan tak redha.. astaghfirullah... semoga kita tidak tergolong dalam mana Allah tak redha.. tapi kita kena ingat, ini semua terjadi dengan izinNya, kalau Allah tak izinkan, tak menjadi juga kan? 

Renungkan.. 


Ahad, Julai 28, 2013

takde makna raya ku tahun ni..

Salam 18 Ramadhan...

Sedar tak sedar, sekarang kita di pertengahan bulan Ramadhan dah.. sekejap ja masa berlalu kan? Tapi bagi aku yang sekarang ni tinggal berjauhan dengan keluarga, masuk 3 minggu ni, aku rasa macam dah 3 bulan duduk sini..rasa lama sangat., serius, tak best.. hmm, raya nanti pun sah2 tak dapat cuti.. aku keja pagi ja memanjang..takpelah.. redha ja la di tempat orang. Tapi apa2pun, aku ada request cuti dari 16hb sampai 20hb, iaitu dalam minggu kedua raya.. mudah2anlah dapat..amin. mudah2an kena approved..

Buat masa sekarang ni, aku tak dapat bayangkan beraya sorang2 di tempat orang ni.. ;'(

Ahad, Julai 21, 2013

Sayu..Ramadhan...

Salam ke 12 Ramadhan..

Alhamdulillah.. hari ni sdh 12 Ramadhan..mcm sekejap ja kan? Tapi Ramadhan kali ni, aku bersendirian, jauh dari keluarga.. kini aku bertugas sebagai jururawat di hospital duchess of kent, Sandakan.. walaupun masih di dalam negeri Sabah, tapi aku rasa macam jauh sangat, tak seperti sebelum ni..pernah beraya di bumi Kelantan..tapi masa tu masih ada keluarga sendiri, maksu aku.. tapi sekarang ni lain sikit, mungkin disebabkan takde keluarga terdekat..lepas tu sekarang ni pula aku di alam pekerjaan, memang berlainan dengan alam 'study'.. 

Ramadhan kali ni banyak menduga aku.. alhamdulillah, Allah masih sayangkan aku..aku percaya, pasti ada hikmah semua ni..cuma perlu bersabar ja kan? Ya Allah..semoga aku kuat menghadapi cabaran ini..amin.

Aku sekarang ni dalam proses request cuti raya.. hari tu sudah telefon sister yang YM.. bilangnya mungkin awl raya x dpt..sbb aku ni budak baru.. kena bagi laluan sama senior yang sebelum ni cuti rayanya kena retain sejak 5 tahun yang lalu..hmm, ok la.. xpa, harap2 minggu kedua raya aku dpt pulang,.insya Allah..amin..amin..

Ni.. adik aku yang bungsu sms aku.. rindu katanya.smpai terbawa2 dlm mimpi..huhu..rindu sampai menangis teringatkan alongnya ni..huhu.. ya Allah, dalam diam adik aku sorang ni rindu aku rupanya..kesian dia,, tak semena2, aku sendiri terkeluar air mata..menahan rindu yang tak tertanggung.. 

Ya Allah..permudahkanlah segala urusanku selepas ini..amin..amin ya Allah.. 

Selasa, Julai 02, 2013

'saya yang menurut perintah..'

Dengan nama Allah..

Kusangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari..

Itulah yang dapat aku gambarkan keadaan sekarang ni.. baru saja aku rasakan kegembiraan sepanjang bulan Jun lepas, dan kelmarin merupakan hari aku melapor diri untuk bekerja.. tiba-tiba aku terima berita yang sungguh aku tak sangka..

"Matron xxxxx sudah tempatkan kamu di duchess ni.."

Hahhhh?? Memang diluar dugaan aku.. sebab sebelum ni aku terima surat penempatan untuk lapor diri di Hospital Queen Elizabeth ja.. sah2 di Kota Kinabalu kan? Dan tiba2 bertukar ke Sandakan! Ya Allah.. terkilan aku..kenapa benda ni tak diberitahu dari awal lagi.. dah la aku semangat pakai baju uniform satu set kelmarin.. mau tak malu! Sebab memang plan aku, lepas lapor diri di jkns, terus la lapor diri di hospital kan? Alih2... ;'(

Pada awalnya, memang aku tak dapat terima kenyataan ni, naik bengkak mata aku..bukan sebab apa pun.. ya, mungkin diorang boleh guna pakai alasan yang aku belum pernah lagi bekerja sebagai seorang jururawat secara rasmi, masih lagi fresh..walaupun sudah 3 tahun aku tinggal dunia kejururawatan ni..

So, what to do? 

'SAYA YANG HANYA MENURUT PERINTAH..'

Hujung minggu ni, naik ke Sandakan..again, with my parents.. ya Allah, aku rasa dah banyak kali menyusahkan diorang. ;'( rasa bersalah ja diri ni.. hmm, next week by Monday, report duty.. semoga Engkau permudahkan segala urusanku nanti, ya Allah.. amin..

Buat rakan2 fb, yang terbaca entri ni, status fb aku yang latest tu ' dari ' permaisuri' kepada ' bangsawan'..sebenarnya adalah...
7
"Dari hosp. 'Queen' kepada hosp. 'Duchess'... 

Sabtu, Jun 22, 2013

bila hati mula rasa berdebar..

BLOG UPDATED!

Salam hujung minggu..

Aku rela duk diam diri je di dalam rumah.. memandangkan cuaca di luar masih berjerebu.. baru je nak plan hujung minggu macam ni nak keluar joging, kat Taman Perdana, Tg. Aru.. of course la nak tempat yang selesa kan? Tapi tup2, jerebu pulak... haishh..takkan la aku nak hirup udara jerebu ni, kan?...

Hmm...

Semalam aku terima mesej dari fb kawan aku, dia dah dapat surat posting!! Wah..cepatnye.. padahal kalau tak silap aku, dia baru je hantar surat setuju terima pelantikan tu dalam minggu ini atau minggu lepas..lupe pula aku? Haha.. tapi yang penting dalam waktu terdekat ni juga la.. aku yang dah hantar surat tu seminggu awal dari dia masih belum terima surat posting tu.. aku siap nak double confirm lagi dengan pihak SPA sama ada diorang dah terima atau belum surat setuju tu.. aku telefon diorang tu hari Rabu ni, dan dia kata kalau dalam hari Jumaat dia tak call2 aku, maknanya ada la surat tu dengan diorang..means diorang dah terima surat tu.. kalau takde, diorang akan call aku..so, kemarin aku tunggu juga ada call ke tak..tapi takde..haa, mudah2an urusan posting aku dipermudahkan-Nya..amin.. dan mudah2an aku dapat posting kat HQE ni je..amin...bukan ape, senang kalau aku nak balik kampung..kan?

Makin berdebar juga aku dibuatnya.. mana taknye, aku dah bertahun2 tinggalkan dunia nursing ni..AllahuAkbar..mudah2an la staff2 di sana nanti, tempat aku posting, jenis yang suka membantu..amin..amin..amin..


Rabu, Jun 12, 2013

benar...janji Allah itu pasti!

Salam Rabu..

Alhamdulillah..alhamdulillah.. syukur ya Allah.. Engkau telah makbulkan permintaan aku..Engkau dengar rintihan aku.. tepat pada masanya, aku baru je terima surat tawaran pelantikan ke jururwat u41.. alhamdulillah. Serius, macam mimpi tau! Yeaaayy! 

Pada mulanya aku plan nak balik kampung pagi tadi, untuk ambil surat tawaran ni. Tapi tak  disangka juga, mama dan bapa datang ke sini sebelah malam, semata2 untuk hantar surat tawaran ni.. terharu aku. Aku tahu, kedua orang tua aku sendiri gembira, teruja dapat khabar gembira ni.. 

Tau tak, sampai sekarang ni tak henti2 aku senyum dari semalam..huhu.. mana taknye, budak2 BR1M kat ofis tu, semua ucap tahniah. Tak ketinggalan juga yang nak kena belanja! Hehe.. ada2 ja diorang ni..insya Allah. Rezeki akan dikongsi bersama kelak..amin.. 

Hari ni, aku sengaja ambil cuti. Idea ni pun tiba2 muncul masa kat surau ofis semalam..time tu nak solat asar..jadi, aku kalau boleh nak settlekan semua keperluan dalam hari ni juga. Insya Allah.. dan alhamdulillah, setakat ni, 90% dah settle ( pos surat setuju terima lantikan & cop pesuruhjaya sumpah ) medical check-up pula cuma ringgal nak review doktor je lagi.. bagi tengok dia semua result (xray, urine etc).. dan lepas ni,kalau sempat, aku ingat nak hantar kain, buat baju uniform..semangat? Haruslah! Hehe.. kalau x sempat, esok2 pun boleh.. janji benda yang sepatutnya didahulukan, kita utamakan dulu.. ye?

* tak dpt nk upload gmbr.. huhu.. 

Ahad, Disember 30, 2012

entri Ahad terakhir untuk 2012..

Salam hujung minggu..

Masa ini barulah aku berkesempatan untuk kemaskini entri terbaru. hari ni adalah Ahad terakhir untuk tahun 2012.. sekejap ja masa berlalu kan? pejam celik dah nak habis tahun 2012.. lusa bermula 2013.. insya Allah, ada permulaan yang baik kelak.amin..

Alhamdulillah, hari ni juga hari terindah buat aku.. hehe..agak2 apekebende yang terindah sangat tu? ;p aku bertandang ke majlis perkahwinan abang kepada 'teman istimewa', bukan seorang.. tapi aku ditemani nenek aku.. :) dalam masa yang sama, sebenarnya untuk memulakan/merapatkan silatturahmi antara kedua keluarga..yaii! haha.. kebanyakan saudaranya pun dah mula mengenali antara satu sama lain..insya Allah.. doakan yang terbaik k.

sempat juga aku snap gambar tadi..tapi, rasanya tak perlulah share kat entri ni.masih terlalu awal.. lek bro..lek der..!! haha.. sabar2.. ;p

beh! serius, macam mimpi je semua ni..huhu.. semoga akan ada lagi yang terindah bakal menjelma..insya Allah tahun depan..amin~


Sabtu, Disember 29, 2012

bermula di sini...

hai semua.. salam.

aku agak penat dan letih sekarang ni, mata kelat sangat..macam ada gam la pula. huhu.. aktiviti aku hari ni agak special sikit.. hihi .. :D nak tau apa dia?

bersempena dengan majlis kahwin abg kepada 'kawan' aku esok, hari ni aku attend gotong royong diorang.. dan di situlah untuk pertama kalinya aku diperkenalkan kepada semua saudaranya yang datang.. malu? mestilah! huhu..tapi takdelah malu tak tentu pasal ok! haha. malu biarlah bertempat.. bila kita kat tempat orang ni, pandai2 lah bawa diri.. tunjuk sikit kita berminat.. e'eh, berminat tentang apa tu? hikhik.. ;p

kalau diikutkan, orang tua 'kawan' tu suruh aku stay di rumah diorang sampai majlis berinai malam ni, tapi bila mengenangkan nenek takde teman kat rumah..aku mengalah. cewah! hehe.. tapi takpe..

"esok insya Allah saya akan datang semula, bersama dengan nenek.." itulah yang aku cakap kat pakcik dan makcik.. :)

okla..esok kita sambung lagi eh.. selamat malam. :O


Rabu, Ogos 22, 2012

blog updated!

BLOG DIKEMASKINI!

Hai..Assalamualaikum semua..para bloggers dan pembaca blog ini. Alhamdulillah, blog ini masih lagi berfungsi, walaupun aku dah jarang kali kemaskini blog.. tapi tidak menjadi apa.. yang penting, masih ada yang aku boleh kongsikan dengan anda semua.terutama sekali berita baik la yek!

Banyak perkara dah berlaku sepanjang lebih setengah bulan ni..antaranya:

_ aku dah ada pengalaman bekerja! tak macam sebelum ni.. :) walaupun sekarang aku kembali bergelar "penganggur kehormat!"

_dalam keadaan menganggur ni juga, aku telah pun dapat panggilan temuduga untuk kerja yang aku dah lama tunggu, selama 2 tahun setengah! Alhamdulillah.. Allah makbulkan doa aku tepat pada masanya.. :'D insya Allah dalam masa sebulan akan datang.. dalam tempoh masa ni, aku sempat la lagi nak buat ulang kaji apa2 yang patut..ye dak??!

_cintan?cintun?? biarlah rahsia.. hehe.. masih terlalu awal untuk diceritakan..tak kisah la, awal ke lambat..dah sampai jodoh, aku kabarin ya! :D

ok la..itu jek yang aku dapat kongsikan.. lain masa, ada rezeki.. aku kemaskini lagi dengan entri yang terbaru.. :)

salam blogging..

Ahad, Mei 27, 2012

'blog apps' blackberry..ada siapa tahu??

Dengan Nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..

Hari ni, blog BJMM ni kembali ceria dengan entri baru!! yeah..setelah 4 bulan yang lalu 'last update' entri..kali ni, aku sambung balik.

Semua ni gara-gara menonton Nona di TV3 petang tadi..ada topik tentang "blogger perempuan'.. dan aku salah seorang daripadanya..yang TAK glemer ok! haha..

Aku sebenarnya masih lagi mencari 'blog apps' dari hp blackberry ni..(cehh..guna BB dah?! haha)..nak dijadikan cerita, bila dah guna telefon pintar atau lebih dikenali sebagai "smartphone" ni, smeua kan di tangan kita.. haa, dari fb, email, twitter dan semua la..semua di hujung jari anda.. dan blogging pun tak ketinggalan. sebab itu dari tadi sampai sekarang masih dan tengah mencari 'blog apps' dari  BB ni..tapi cari punya cari..tak jumpa! hmm..ada siapa2 boleh tolong x? terutama sekali untuk pengguna BB curve 8520?? please!!

>>malas nak bukak2 laptop dah! dah la broadband internet ni lambat nak connect..hmm..tu yang buat aku malas nak blogging!<<

Ahad, Januari 22, 2012

entri sehangat RM500!! ;p

Salam blog dan bloggers!


Ish..sawang sana sini.. habuk kat blog ni setebal buku latihan yang nipis! peh, lama sangat tak update entri.. banyak benda yang kurang.. semenjak aku berkarier ni.. (alhamdulillah.. ) takde sumber internet kat rumah, henfon pun yang besa2 je..huhu.. agak2, apa azam aku bila dapat gaji next month? ngeh3~

tak nak cerita panjang lebar benda alah yang tak penting tu..ada banyak cerita aku nak habaq kat sini..terlalu 'banyak'.. 

soal kerja BR1M..

keje nampak senang, tapi tak semudah yang korang dan aku sendiri sangka sebelum ni..penat weyh! tapi mana ada kerja tak penat kan? semua menuntut pengorbanan.. ikhlas tak ikhlas? itu dari kita ja kan? 
semakin lama duk kerja ni, semakin ramai juga la jumpa dan kenal rakan2 BR1M ni..macam-macam ragam.. yang sebelum ni aku sangkakan orang tu sangat2 tak boleh dan takkan cuba untuk didekati, tapi bila duk kenal sikit2, eh? ternyata...1st impression tak semestinya menggambarkan diri orang tu yang sebenarnya.. benarlah kata orang sebelum ni, tak kenal maka tak cinta..betul?

cerita pasal BR1M ni, siapa tak tahu tentang bantuan RM500 tu kan? haih.macam2 yang aku dengar sekarang ni.. termasuk aku sendiri kena hadapi ragam2 ni.. tak kurang yang gembira bila dapat tahu diorang layak, dan tak kurang juga ada yang siap hambur marah kat aku balik! sedih? tak la.. sebab bila tengok borang permohonan diorang yang dah pun selamat diproses dan diluluskan oleh MOF, ternyata ada saja part yang tak lengkap diisi..sama ada salah pemohon yang lupa atau tak tahu nak isi, tapi aku rasa lebih kepada pegawai yang menerima borang permohonan itu dahulu..aku tak point directly kepada individu tertentu.. sebab aku sendiri tak tahu siapa.. bagi aku, benda ni semuanya bermula di situ lagi.. sebelum terima borang tu, kena check, if ada yang tak lengkap diisi.. sampaikan ada sekali aku key in borang permohonan tu, tak tahu la bundle dari mana..boleh2 je bahagian alamat KOSONG, TAK DIISI LANGSUNG! haih, macam mana boleh terlepas part penting tu? tak boleh nak kata apa dah, nasi dah jadi bubur. apa2pun, pada siapa2 yang tak layak tu, masih boleh buat rayuan lagi sekarang ni, sebelum 10hb Feb 2012 ni, orait?!

soal hati?

makin hari, makin bertambah satu tahun lagi umurku..ya, ikut tahun, mungkin dah sampai, tapi ikutkan hari dan bulan, belum lagi.. tahun ni, usiaku mencecah 25 tahun.. dan hari ni juga, seorang rakan satu batch nursing 5 tahun yang lalu telah pun selamat naik pelamin..alhamdulillah.. hepi tengok kawan2 aku banyak yang dah menamatkan zaman bujang. jodoh diorang dah sampai..

habis, aku pula bila? huhu..itu soal hati.. Allah je yang Maha Mengetahui, aku hanya terus berusaha, berdoa, dan berserah kepada-Nya..

baru ni aku ada dengar satu ceramah dari Ust. Kazim Elias.. terselit satu pesanan dari ceramahnya, tentang satu doa, yang mana doa ini insya Allah mujarab bila diamalkan selalu, khususnya untuk anak dara yang belum lagi kahwin.. (hihi, macam aku ke? ;p) doa tu adalah surah Ar-Ra'du..ayat 1-3. insya Allah, kepada rakan2 blogger dan reader yang macam aku, kita sama2 boleh amalkan doa ni, ok! ;)

panjang gilerrr entri aku kali ni, sah2 korang boring nak baca.. ok la, sampai di sini saja. next entri? tunggu je la yek!

Salam blogging! 

Khamis, Disember 15, 2011

seminggu punya cerita..

Salam blogging..

diam tak diam.. pejam celik2.. eh?! esok dh genap seminggu aku dan rakan2 lain bekerja outstation di Beaufort ni.. serius! macam sekejap je.. tapi kitorang sendiri rasa penatnya.. dah la duduk atas stage, open stage ok! di kawasan tapak tamu tu.. berhujan..berpanas kami di sini.. serius! terseksa sikit.. walaupun udara segar bercampur dengan udara kotor@ asap rokok!! bukan dari pengunjung sahaja, tapi kawan2 aku sendiri.. erkh~

sejak bekerja seminggu non-stop ni.. aku penat sangat.. jam 8 dah mula mengantuk.. nak tido.. sekarang jam berapa eh??

Sabtu, Disember 10, 2011

operasi pertama... dahsyat!!

Salam blogging!

Aku rasa dah bersawang blog ni.. huhu, dek gara2 dah lama tak update.. maklum, aku sejak belakangan ni, sibuk.. actually, baru hari ni aku sibuk gilerrr!!! 

untuk pengetahuan umum (cewah.. nak gtau satu dunia ke? fofular sgt ke haku ni? ;p) aku adalah sebahagian staff yang ditugaskan untuk membantu dalam operasi Bantuan Rakyat 1Malaysia ni.. atau dalam singkatannya yang 'agak' menarik.. BR1M.. hmm, tak tahu ke? ala, yang bantuan RM500 tu.. korang ada apply tak? apply la.. dapatkan borang permohonan di lokasi yang berdekatan k! ;)

macam2 ragam orang yang aku terima untuk hari ni je.. esok2, entahlah.. harap2 semuanya berjalan dengan lancar..dan lebih baik dari hari ini..amin~.. apa yang aku tengok, semuanya yang datang ingatkan kitorang operasi hanya untuk hari ni je.. padahal sebenarnya.. sebulan ok!  huhu..itula, dek kerana mata kabuq dek RM.. semua yang jelas pun nampak kabuq~ huhu..dunia.dunia.. sampaikan terjadi peristiwa, aku terhimpit antara dinding dan meja di tempat aku bertugas! sesak nafas aku dibuatnya! mana dengan orang2 awam yang datang duk keliling aku..bukan je duk depan, belakang aku pun diorang sapu, berdiri..tak kurang juga yang duduk.. adeh~ siap cuit2 aku dari belakang.. hmm, amik kesempatan ke pakcik? astaghfirullah.. tak boleh la nak salahkan depa semua bulat2, sebab ini dah jadi ragam orang kita.. ;) aku hanya mampu tersenyum.. 

semoga pengorbanan dan kesabaran ini mendapat ganjaran untuk kita semua (pegawai2 yang berkenaan) di akhirat kelak..amin..

doakan~ ;)

Sabtu, November 26, 2011

janji Allah sangat pasti..

salam Maal Hijrah..
alhamdulillah, sebagai umat Islam, kita sekarang ni sedang menyambut tahun baru, yang ke 1433H.. secara langsung, buku amalan kita pada tahun yang lepas ditutup, dan diganti dengan yang baru.. jom muhasabah diri!

perkara yang aku rasakan.. Allah telah makbulkan doa aku ialah, aku dah pun selamat, dan akhirnya mendapat kerja secara rasminya pada 15hb Nov 2011, aku telah selamat melapor diri di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).. ya, walaupun hanya sebagai pekerja sambilan, sekurang-kurangnya, aku merasa juga duk kerja di bawah majikan.. alhamdulillah, gaji pun ok la juga, aku bersyukur..

Allah Maha Mendengar setiap rintihan doa hamba-Nya.. aku memohon kepada Allah sebelum ini, mudah-mudahan aku dapat kerja sebelum berakhirnya tahun ini.. aku ingatkan, tahun 2011.. tapi Allah makbulkan doaku lebih awal.. sebelum tahun baru Hijrah.. sungguh, Allah tak pernah biarkan hamba-Nya.. Allah akan ingat, dan pandang kita, kalau kita sebelumnya ingat Dia.. sungguh, janji Allah itu pasti.. ;')

hari ini aku cuti..sampai Isnin. setelah seminggu aku berada di dalam bangunan LHDN, banyak juga yang aku belajar.. tak nak cakap panjang lebar di sini.. kalau ada point yang sebenar mengenai kerja aku, aku update nanti ye.. ;)

sebelum itu... sebenarnya dah lama aku nak update cerita ni.. tapi tak jumpa-jumpa link untuk buat new post ni.. akhirnya, dapat juga, phewww...

ok la.. malam dah nak larut ni.. aku ingat nak beradu dah.. letih, satu hari tak rehat.

selamat malam.. zzzZZZ

Ahad, Oktober 30, 2011

Allah Maha Mendengar.. ;)

Salam hujung minggu..

Sejak 2-3 hari ni, kehidupan aku makin sibuk! Alhamdulillah..aku tetap bersyukur..kenapa? instinct aku mengatakan..yamng Allah tengah nak bagi aku rezeki ni..tak caye? nak bukti?

~ tiba-tiba, Jumaat yang lalu, aku telah menerima tempahan minipopia secara mengejut!! satu kilo je la. aih? rezeki juga tau! Alhamdulillah. dan bukan la nak bangga ke apa ye! minipopia aku ni ditempah oleh seorang rakan pejabat makcik aku, untuk anaknya..sebelum anaknya bali ke India..hmm, orang India ke? eh, tak..orang melayu, tapi dia study abroad kat sana..amik medic! tu dia, silap2, minipopia aku sampai ke oversea dah! huhu..Alhamdulillah~

~ Dalam minggu ni juga, tak ingat mula hari apa..aku terima satu part time job..ala-ala kerani gitu..dari akak senior, yang sekarang duk amik PhD di Universiti of Nottingham..aku tolong dia buat research..keje memang penat jari kot? Tapi disebabkan aku suka menaip, aku rasa seronok buat kerja ni..Memang nak kejar masa..tapi aku akan cuba siapkan dalam minggu depan..insya Allah..moga Allah permudahkan urusan aku.. Alhamdulillah~

~ Malam Jumaat yang lalu juga, aku terima satu tawaran kerja di LHDN..seorang sepupu aku yang kerja di sana, bagitahu aku..ada pengambilan kerja sambilan..sangat2 diperlukan sekarang. Tanpa fikir panjang, aku terus kata..NAK!! dan aku dah hantar borang tu ke kazen aku..insya Allah, sampai esok hari..amin~ semoga Allah permudahkan urusan aku..amin..

Mungkin, inilah yang orang duk sekeliling aku cakap..

"Sabar la..insya Allah nanti ada rezeki tu. Cuma cepat atau lambat..Entah-entah, rezeki kerja tu datang sekaligus!! haa...nak buat macam mana tu?"

Agak-agak..Apa jawapan aku?


Isnin, Oktober 24, 2011

Jangan pernah STOP!!

Dengan nama Allah,. yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah..hujan baru je turun membasahi bumi Kg. Lumadan, Beaufort. Rasa sejuk sikit, setelah seharian berpanas..Menurut sumber yang dipercayai, hujan turun bermakna rahmat Allah turun bersama. Dan dikatakan, masa inilah Allah makbulkan doa kita..insya Allah, dengan izin-Nya..jom sama2 berdoa!! 

Ade tak aku update tentang status permohonan kerja aku di UMS? Rasanya macam takde..takpelah, kalau ada sekalipun, saje je la nak 'highlight'..mungkin ada seorang dua yang rajin duk belek2 blog sederhana ni, nak tahu perkembangannya, ye tak? Alhamdulillah~

Mengenai permohonan itu, mungkin Allah belum bagi rezeki lagi..Mungkin juga rezeki aku bukan belah sana..Aku redha..kan Allah lebih dan Maha Mengetahui atas segala sesuatu..bukankah Dia sendiri yang telah menetapkan takdir, qada' dan qadar setiap hamba-Nya sejak azali lagi? Dia Maha Mengetahui..kita hanya berusaha..selagi Allah kata, 'Belum masanya..bukan ini yang ditakdirkan untukmu..' kita hanya mampu redha, dan tawakal..nak tawakal pun, janji kena usaha dulu, ok!

Lupakan tentang UMS tu, aku terus je apply kerja lain. Seperti yang aku duk cerita entri yang lepas, saje mencuba apply bidang perguruan pula..KPLI-SR jQaf..aku rasa tak salah kalau terfikir nak tukar bidang yang aku rasa tak berapa jauh menyimpang pun. Cuma berbeza skop je; dari kesihatan ke perguruan. Dalam kesihatan pun, kena mengajar juga..sama je kan? Sabtu lalu baru je lepas attend MTeST..andai rezeki memihak lagi, dan berjaya untuk ditemuduga..insya Allah, aku akan berusaha..Doakan kejayaan bersama,ye~

Aku masih belum tahu lagi, update dari seorang rakan nursing @ blogger cikarija..aku baca entri dia sebelum ni, hujung minggu lepas dia attend interview..tak pasti interview ape..

'Ati! guano mu lo ni? mu attend interview gapo? Habaq mai kat che' naa..'

Ahad, Oktober 23, 2011

Layan minat baru..

Hari ni penuh dengan warna warni kehidupan. Agak-agak kenapa?
Cerita tentang:-

i) Hidup aku..
     Semalam, aku berjaya untuk 'attend' MTeST untuk KPLI-SR jQaf..alhamdulillah..segalanya telah pun selesai dengan jayanya..rumusannya,jujur aku katakan, soalan kuantitatif sangat sukar bagi aku..huhu..gara-gara aku lupa banyak formula2 math yang sangat2 simple dan penting..mana taknye, dah lima tahun aku duk tinggal math ni..huhu..last sekali belajar time matrik.. untuk soalan2 dalam komponen yang lain, alhamdulillah..mudah sikit.hehe.. Keputusan sama ada layak atau tak untuk ditemuduga, aku sendiri tak tahu lagi bila..jadi, aku kena alert info penting ni setiap masa..insya Allah.. kalau ada antara rakan2 blogger yang ter'alert' dulu, inform aku yek! ;)

ii) Sukan 
    World Cup Rugby 2011 telah pun berakhir.huhu..seperti yang dijangkakan, All Blacks berjaya mengungguli game ni, dengan skor tipis 8-7!! giler..haha..memang sengit giler saingan..maklum, kan udah namanya final..hehe..1 try, 1 penalti..syabas New Zealand!!
    Piala Malaysia..Terengganu akan bertemu dengan N. Sembilan Sabtu ini..Oh, saingan juga makin sengit..huhu..Ofkoz, aku sokong Ganu..ngeh3~ kenapa? sebab ada seorang kawan fb aku duk main untuk Ganu..tak nak sebut namanya di sini..no. bajunya ialah..32! Korang kalau nak tahu, cari sendiri, ok! hehe...jangan marah~

Apa yang aku perasaan tentang diri aku sekarang ni ialah... aku dah macam lelaki! aha, bukan la fizikalnya..tapi tiba2 je minat sukan..terutama sekali mana2 sukan yang bapa aku layan, aku pun layan sama..hoho..sangat2 tak percaya..serius! dulu aku sangat2 tak suka tengok orang main bola..cuma badminton je la yang aku suka..yang tu memang 'favorite game' aku dari kecik sampai sekarang..

Tapi kalau difikirkan, apa nak dihairankan sangat..sebab minat seseorang tu akan berubah sekelip mata..seiring dengan pertambahan umur.. Cuba korang fikir2 balik..apa minat atau hobi baru korang, yang sebelum ni, tak terlintas pun dalam fikiran?

Ce pk..ce pk..