Rabu, Jun 12, 2013

benar...janji Allah itu pasti!

Salam Rabu..

Alhamdulillah..alhamdulillah.. syukur ya Allah.. Engkau telah makbulkan permintaan aku..Engkau dengar rintihan aku.. tepat pada masanya, aku baru je terima surat tawaran pelantikan ke jururwat u41.. alhamdulillah. Serius, macam mimpi tau! Yeaaayy! 

Pada mulanya aku plan nak balik kampung pagi tadi, untuk ambil surat tawaran ni. Tapi tak  disangka juga, mama dan bapa datang ke sini sebelah malam, semata2 untuk hantar surat tawaran ni.. terharu aku. Aku tahu, kedua orang tua aku sendiri gembira, teruja dapat khabar gembira ni.. 

Tau tak, sampai sekarang ni tak henti2 aku senyum dari semalam..huhu.. mana taknye, budak2 BR1M kat ofis tu, semua ucap tahniah. Tak ketinggalan juga yang nak kena belanja! Hehe.. ada2 ja diorang ni..insya Allah. Rezeki akan dikongsi bersama kelak..amin.. 

Hari ni, aku sengaja ambil cuti. Idea ni pun tiba2 muncul masa kat surau ofis semalam..time tu nak solat asar..jadi, aku kalau boleh nak settlekan semua keperluan dalam hari ni juga. Insya Allah.. dan alhamdulillah, setakat ni, 90% dah settle ( pos surat setuju terima lantikan & cop pesuruhjaya sumpah ) medical check-up pula cuma ringgal nak review doktor je lagi.. bagi tengok dia semua result (xray, urine etc).. dan lepas ni,kalau sempat, aku ingat nak hantar kain, buat baju uniform..semangat? Haruslah! Hehe.. kalau x sempat, esok2 pun boleh.. janji benda yang sepatutnya didahulukan, kita utamakan dulu.. ye?

* tak dpt nk upload gmbr.. huhu.. 

Tiada ulasan: