Memaparkan catatan dengan label aktiviti blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aktiviti blogger. Papar semua catatan

Sabtu, Jun 22, 2013

bila hati mula rasa berdebar..

BLOG UPDATED!

Salam hujung minggu..

Aku rela duk diam diri je di dalam rumah.. memandangkan cuaca di luar masih berjerebu.. baru je nak plan hujung minggu macam ni nak keluar joging, kat Taman Perdana, Tg. Aru.. of course la nak tempat yang selesa kan? Tapi tup2, jerebu pulak... haishh..takkan la aku nak hirup udara jerebu ni, kan?...

Hmm...

Semalam aku terima mesej dari fb kawan aku, dia dah dapat surat posting!! Wah..cepatnye.. padahal kalau tak silap aku, dia baru je hantar surat setuju terima pelantikan tu dalam minggu ini atau minggu lepas..lupe pula aku? Haha.. tapi yang penting dalam waktu terdekat ni juga la.. aku yang dah hantar surat tu seminggu awal dari dia masih belum terima surat posting tu.. aku siap nak double confirm lagi dengan pihak SPA sama ada diorang dah terima atau belum surat setuju tu.. aku telefon diorang tu hari Rabu ni, dan dia kata kalau dalam hari Jumaat dia tak call2 aku, maknanya ada la surat tu dengan diorang..means diorang dah terima surat tu.. kalau takde, diorang akan call aku..so, kemarin aku tunggu juga ada call ke tak..tapi takde..haa, mudah2an urusan posting aku dipermudahkan-Nya..amin.. dan mudah2an aku dapat posting kat HQE ni je..amin...bukan ape, senang kalau aku nak balik kampung..kan?

Makin berdebar juga aku dibuatnya.. mana taknye, aku dah bertahun2 tinggalkan dunia nursing ni..AllahuAkbar..mudah2an la staff2 di sana nanti, tempat aku posting, jenis yang suka membantu..amin..amin..amin..


Rabu, Mei 15, 2013

#lateupdate entri #pru13

ENTRI pra #pru13...


Salam #pru13..

Haaa..alhamdulillah, aku dan adik aku sampai ke kampung halaman dengan selamatnya., rasa macam raya la pulak! Haaa..jangan tak tahu, demam #pru13 ni, jalan raya pun agak sesak..hmm, tadi sepanjang perjalanan, syukurlah takdelah sesak mana pun, cuma banyak kenderaan lalu.. ni semua sebab nak balik untuk mengundi.. macam aku dengan adik aku la..kitorang pertama kali nak buang undi esok.. teruja la juga..hehe.. 1st time tuuuuu...

Memang bukan kitorang dua je yang 1st time mengundi, ramai lagi belia di luar sana rasa apa yang kami rasa.. hehe.. dapat tahu dari fb, twitter, insta.. semua pun rasa teruja nak balik untuk mengundi.. semoga urusan kita semua pada esok hari dipermudahkanNya..amin.

Kalau dah tahu esok mesti ramai yang datang mengundi, ini kali lah ramai yang ambil kesempatan untuk bisnes..haa, jangan tak thu, #pru13 kali ni sebenarnya buka pintu rezeki juga.. nak tengok bukti? Kat bawah ni haa...

Haih..baru ingat nak upload gambar, sekali... tak dapat upload! Hmm.. keciwa.. 
Takpelah.. malam ni baru je buat persiapan.. esok mst happening! 

ENTRI pasca #pru13..

Alhamdulillah, selamat dh mengundi.. semuanya berjalan lancar.. aku buang undi dalam jam 11 lebih.. lepas mengundi, mak aku suruh claim duit tambang di kem markas bn.. ingatkan sampai sana terus je dapat, rupanya? Berbaris juga... baris 1atau 2 line ok la juga. Ini tak.. duk berkumpul, macam kambing nak masuk kandang.. mana taknye, diorang bagi 5-6 orang je masuk, pastu pintu ditutup.. mana orang tak berebut! Haih..

Hampir 3 jam lebih menunggu,berbaris,. Barulah dapat kami masuk.. syukur juga adik aku jenis berbadan besar sikit, boleh la menyelit.. hehe..kitorang dua dapat RM80 masing2..syukur la dari takde kan? Tempat lain ada yang dapat RM100..

Itu cerita yang mengundi.. keluarga aku yang  bisnes sepanjang hari pengundian pun adauntung juga. Alhamdulillah.. luar biasa.. 

MEI.. yang isitimewa ^^,v

Salam Rabu..

Wordless Wednesday.. entri yang selalu diupdate oleh sesetengah blogger.. aku pula, entry ada isi,haa.. memandangkan aku dah alama tak update entri, ini kali lah kasi update aa.. ngeh2.

Macam2 cerita sebelum dan selepas #pru13 baru2 ni.. ngam2 pula, hari keputusan #pru13 tu jatuh pada hari ulang tahun aku, yang ke... 26 tahun.. heeyy. Aku setakat ni masih ingat tarikh tu.. 6 mei.. alhamdulillah. Dah lepas suku abad..aku sambut juga ulang tahunku tu, dengan adik aku.. di secret recipe..siap makan seperti yang dijanjikan.. laksa sarawak.. lama dah tak melahap makanan ni.. sodap.. kalau dah namanya hari jadi  tak sah kalau takde kek kan? Haa.. kek choc indulgence..

Alhamdulillah, kontrak kerjaku disambung sampai bulan Julai.. aku? Masih lagi di kaunter semakan..bersyukur juga masih ditempatkan di sini.. sebab ada juga keja..daripada makan gaji buta, ye dak? kawan2 lain ada yang dah ditempatkan di unit lain..dan separuh dari kami, takde keje langsung.. ada juga yang pandai cari keja sendiri.. bantu e filing, bantu buat semakan di kaunter brim ni..sMa2 sedar la kan?  Alhamdulillah.

Hari ni kalau diikutkan, aku ada buat appointment dengan Mr. Tan, orang yang handle astro di perumahanku.. dah berbulan-bulan, masalah siaran astro pandai hilang2, sekejap ada sekejap takde..macam chipsmore daa.. bengang juga la..hari tu dah sekali cina tu datang rumah, tapi dia tekan remote astro tu sikit, dah minta RM30!! Harap2 kali ni dia takdelah nak minta lebih2 untuk hari ni..amin. semoga masalah ni selesai..

Ok la.. sebenarnya dah tak ramai datang semak br1m diorang ni.. nak sambung buat apa yang patut deh.. daaa.




Ahad, Ogos 07, 2011

Jom join Segmen terbaru BJMM!!! KLIK!

Salam Ramadhan..

Alhamdulillah. Dah seminggu kita berpuasa..syukur sangat2. Semuanya berjalan dengan lancar. Sedar tak sedar, ada 3 minggu je lagi nak raya kan? Oppss? Hehe..Buat masa ni, kita penuhi bulan Ramadhan ni dengan amalan baik lagi diredhai Allah. Mungkin ini Ramadhan kita yang terakhir. Jadi, rebutlah 'elaun' atau 'bonus' yang Allah kurniakan ni kepada kita. Sebulan dalam setahun je ni tau!

Ok, aku ingat nak buat segmen la. Tak tahulah, dapat sambutan ke tak ni..Huhu..Aku bukanlah blogger pemes macam bro Ben tu. Hehe.

1. Tajuk: "Segmen BJMM: Seminggu berpuasa, apa cerita?"
2. Letak banner BJMM tu yek! dan 'link'kan dengan entri ni, ye.
3. Taiplah entri menceritakan tentang aktiviti korang dalam tempoh seminggu berpuasa ni. Mungkin berkaitan dengan aktiviti di siang hari, baik di malam hari ke, tak pun cerita pasal juadah berbuka ke.. Pengalaman dalam seminggu berpuasa ni ke..Ape2 je la! Janji, perkara tu berlaku dalam tempoh seminggu berpuasa ni orait~
4. Macam biasa, tinggalkan link entri korang ke ruangan komen entri ni, okies~

Senang kan? Harap2, buka laptop esok, dah ade cerita2 yang dikongsikan bersama. Hmm, secara tak langsung, trafik blog korang pun tinggi juga, ye tak?

Senarai 'link' bloggers yang turut serta dalam segmen ni, akan di'up' dalam 'next' entri, insya Allah, esok! ;D


Rabu, Ogos 03, 2011

Cerita bersahur la pula..JOM!!

haa..entri tadi pasal mula2 belajar berpuasa kan? entri kali ni aku nak buat pasal..tabiat bersahur pula..bersahur kan sunat! aku buat entri ni pun sebab terpanggil dengan entri pinkymomma ni..nak baca? KLIK!

cerita pasal sahur ni, aku bahagikan kepada dua la ye!

1. Di asrama (hostel USM)

Pada mulanya (time jadi 1st yr student) aku sedikit gundah gulana..terkial-kial..macam mana aku nak makan sahur ni eh? Dah la aku duk Kelantan time tu..semua serba tak tahu! Family pun jauh. Aku teringat mak ada pesan..

"Sebelah petang, beli la nasi dan lauk sikit..untuk sahur esok"

Ok, seperti yang diperintahkan.aku buat apa yang disuruh. Dan dari situ timbul pula masalah bila nak sahur..

"Alamak..nasi dan lauk2 tu dah sejuk.Camne nak makan? Takde selera la pula..hmm"

Alih2, aku makan je roti / biskut dan cicah dengan air milo! Panas la juga kan? Ada la selera sikit.

Bila aku jadi 3rd year student, lain pula ceritanya. Aku dah mula berani untuk bawa barang2 yang dilarang untuk dibawa ke dalam bilik asrama. Nak tahu apa dia? Periuk nasi dan dapur gas kecil! Ngeh2~ dah nama senior sikit, mula la tunjuk belang..hikhik! Malamnye tu, sebelum tidur, aku awal2 lagi dah masak nasi. Kiranya esok pagi time sahur, aku panaskan je la. Lauk yang selalu aku masak ialah..ikan Sardin dalam tin! Siap hiris bawang lagi..hmm, berselera sangat time tu. Takdelah makan ikan sardin selalu, kalau ada lauk yang dah dibeli sebelum berbuka tu, pagi tu cuma panaskan je la. Air? Teh o panas! perghh.sedap~ Bukan aku dan roommate je yang duk makan sahur, tapi kitorang ajak kawan2 kat jiran sebelah ni ha..sahur sama2. Malahan, kitorang kongsi dan kumpul duit, untuk sahur je..Untuk berbuka pun sama. Ohh, sungguh indah berpuasa di hostel! ;D

2. Di rumah

Haa..kalau di rumah, jangan cakap la aku nak bangun awal untuk masak. Sebab nenek aku dah siap masak dan hidangkan sekaligus! Ehe..bukan aku tak nak tolong, tapi yelah..mengantuk wey~ Nenek aku dah terbiasa bangun awal untuk buat kuih, kalau ngam hari tu dia berniaga.Seawal jam 2 pagi dah bangun.. Look? Nenek aku masih cergas lagi. Sampaikan ada sorang kawan aku cakap, nenek aku masih lagi muda..kulit muka tegang lagi..takde kedut2! hehe..tak caye? nantilah aku upload gambar dia ye.

Berbalik kepada cerita sahur tadi, lauk pauk ataupun sahur mesti yang berkuah/sup! Kalau tak?? Alamatnya nasi sejemput pun tak lalu nak makan.Serius! Makanan ofkoz la kena panas kan?

Ok! Itulah serba sedikit cerita sahur aku ni..sis Pinkymomma!! Jom baca entri sahur saya ni pula! Hehe..

"[SEGMEN] Camne korang mula belajar berpuasa dulu-dulu??"


Salam Ramadhan.Hari ni hari ke-3 kita berpuasa. Hmm, setakat ni alhamdulillah, masih puasa penuh..hehe.

Ok! Cerita pasal puasa ni, cik Chempaka Sari ada buat segmen! Kebetulan, aku sendiri tengah bosan, tak tahu nak update entri apa hari ni.Haa, nak join tak? KLIK!

Hmm, jujurnya, aku sendiri dah lupa pengalaman mula2 belajar berpuasa dulu. Tapi ada la ingat sikit2.. Ok, aku mulakan!

Ada satu masa tu, aku balik dari sekolah rendah (pagi). Faham2 la kan, bila balik dari sekolah pagi tu, cuaca tengah hari sangat2lah panas terik! Bermulalah al-kisah, aku sampai je di rumah, terus aku mengadu, merayu2 kat mak..

"Mak, sakit perut aku..boleh makan?"

"Mana boleh, kan ko puasa..cuba tahan sikit. Ndak lama lagi sungkai kan?"

Aku mula mencongak masa, 'Haih, lamanya lagi. Boleh tahan ke ni?'

"Hah! Kenapa pula mau sungkai tu? Tahanlah sikit. Ndak lama lagi sungkai. Tinggal 6 jam ja pun!!!"
haa, korang agak siapa yang cakap dengan style marah tu??
Bapa aku la!! Bukan main garang dia~

Aha..dari situ aku mula menangis. Menangis merayu tu wey~ Dan akhirnya, mak aku terpancing dengan air mata aku tu..Ngeh~ Terus dia carikan sepinggan nasi dan sedikit lauk. Aku tak ingat dah lauk apa time tu. Telor goreng kot? Ke ikan goreng? Tak pasti. Apa yang pasti, perut aku sungguh kenyang time tu..haha! Puas! hikhik...

Jahat tak aku? Hmm, bukanlah jahat sangat kan? Tak jahat pun. Dah namanya budak-budak, bohong dalam menipu la kan? Hehe..

Lepas fenomena tu, seingat aku..aku dah mula berpuasa penuh! Alhamdulillah.. ;)

Ok, itulah pengalaman aku. Nak juga baca pengalaman blogger lain. Jom!

Oh ye, lupa nak bagitau. 'Sungkai' dalam dialog di atas tu bermaksud berbuka puasa dalam dialek Sabah! Hehe..

Rabu, Julai 20, 2011

GA "SIAPA BERTUAH DAPAT HADIAH BAJU HARI RAYA DARI Art Z'Zone"


hmm..baru je buka blog BJMM ni, kebetulan takde idea.tiba2 aku terpandang ruangan komen di 'rightside' blog ni... "u've been tagged..." oleh cik yayie wah, dalam otak aku, kena tagged kenapa ni?? oh, mungkin dia buat entri special untuk aku kot, untuk entri 'Kawan Dunia, Kawan Akhirat'..hmm, boleh jadi..bila tengok link yang dia bagi..sekali, join GA daa~ hehe..apa2pun, thanks cik yayie..macam tau2 jek, aku dah lama sangat tak join mana2 GA ni, dan kebetulan juga, aku belum pernah bertuah untuk menang mana-mana GA yang aku join sebelum ni..takpe, kali ni, insya Allah dapat..haa, dapat ape??

nak join juga?? sila KLIK!

cuba tengok tajuk GA kat atas tu haa.. dapat baju raya weyhh!! hmm, kalau aku bertuah, dapatlah juga menambah koleksi baju raya..kebetulan lagi pula, baju raya aku tahun ni SEpasang je..tak macam tahun2 sudah..huhu..tapi syukur juga la..daripada takde langsung, kan??

ok..aku tengok GA ni nak tutup dah..jam 12 malam ni, dah nak diumumkan pemenangnya..cepat2!!

aku nak tagged: suterayann, chempaka sari, lulu-caldina

ok..siap!

Ahad, Julai 10, 2011

Singgah blog aku sat , bleh ?

nak join? KLIK!

aha! sebelum aku start apa2 entri malam ni, aku ternampak ramai bloggers buat entri dengan tajuk 'Singgah blog aku sat , bleh ?' aku dapat agak dah, ni mesti segmen dari bro Ben kite ni..tup2~ tadaaaa...aku tak nak ambil masa panjang, terus 'join'! hehe..

blog BJMM ni aku dirikan dalam tahun 2009..haa, masa tu aku tengah 'study' lagi di USM..dalam waktu tu tengah genting dengan praktikal..kenapa aku mula 'blogging'? sebab kebetulan masa tu aku perlukan satu 'port' untuk meluahkan perasaan, dan berkongsi dengan orang lain, untuk menggantikan diari aku sebelum ni...dan akhirnya? wujudlah blog BJMM ni..dengan jayanya sehingga sekarang..alhamdulillah~ ;)

pada mulanya, aku tak tahu pun dengan blog ni boleh buat macam-macam benda..contoh terdekat? boleh dapat kawan yang ramai..dan juga boleh menjana duit!!! haa..siapa yang tak nak kan? tapi bagi aku, dapat kawan tu pun dah kira cukup..sebab dari situ la kita boleh dapat info atau seumpama dengannya..mengenai hal dalam dan luar negara..

sat2, korang tau tak ayat penuh BJMM tu untuk apa?? 'Bila Jari Mula Menaip' haa..aku ingat nama blog tu aku seorang je la yang guna..rupanya, ramai juga blogger guna nama yang sama..nak ubah? hmm.tak la kot? aku takde idea lain dah untuk masa ni.takpe, kalau tiba2 ada idea baru nanti, aku tukar naaa..

ok la..itu je untuk dikongsi setakat ni..harap2, boleh la dapat ramai blogger baru yang 'follow' blog BJMM ni ye..



happy blogging!

Khamis, Julai 07, 2011

BRO , KASI KRITIK BLOG GUA SKIT , BLEH ?

kalau boleh, kritik la tentang keseluruhan blog ni..contoh? blog ni ringan ke..berat sekilo ke..pastu, warna blog ni ok ke tak? ada tak mana2 widget yang patut dibuang? hmm..apa lagi? ikut korang la nak kritik apa..tapi yang penting,kritikan tu mestilah membina blog BJMM ni ok! dan satu lagi, lepas kritik tu, kenalah bagi cadangan yang bernas! orait!

nak masuk tito dah! selamat malam~

Selasa, Jun 28, 2011

"BLOG DAN AKU"


ok..sebelum 'start' entri untuk malam ni, aku terpanggil untuk 'join' satu segmen dengan tajuk di atas..hmm, siapakah empunya segmen ini? Mak Dara you all ;)

1) Apa nama blog anda
.:Bila Jari Mula Menaip:.

2) Kenapa anda memilih nama itu
entahlah..tiba2 dapat idea nama tu..tapi bila dah lama bergelar blogger, rupanya ramai lagi blogger lain guna nama blog yang sama..hmm, nak tukar, takde idea dah..takpelah..huhu..aku tetap teruskan!

3) Tema warna blog anda
Biru itu mendamaikan..tapi teringin juga nak tukar warna lain..barulah ceria sikit..takdelah boring nak 'blogging'..ye dak? hehe..

4) Dalam sehari berapa kali anda mengupdate entry di blog
sejak bergelar 'blogger' sepenuh masa, dalam sehari tu ada la agak2 dalam 2-4 entri..bila dah bekerja nanti, mungkin seminggu sekali kot?

5) Isu atau topik yang selalu dimasukkan dalam blog anda
tentang diri sendiri dan sekeliling..

6) Kenangan manis/pahit selama anda berblog
Manis? tak pernah sekali pun menang mana2 contest..pahit? takdelah..yang paling best, abang Ben jadi follower blog kite..yeah!

7) Blogger Idola (kalau ada)
dah sebut kan di atas? Ben Ashaari la..dan PinkyMomma!! yeah~

8) Target follower untuk blog anda
1000 pun ok..tapi ramai lagi bagus!

9) Namakan satu benda yang paling anda suka yang terdapat dalam blog anda
komen dari 'blogger' lain..dan juga lagu2 dalam blog ;D

10) kata kata ucapan untuk Blog anda
BJMM..terus hidup dalam 'blogging'!!.terima kasih kerana 'sudi' untuk menjadi tempat aku meluahkan rasa hati dan juga pengalaman hidup aku ;')
aku chenta BJMM!!

selesai! ;)



Rabu, Jun 22, 2011

SEGMEN : AKU PROMOSI KAU PROMOSI AKU ...


wah..lama juga aku tak join segmen blogger, tambah2 lagi dari abang Ben kite ni kan? huhu..
segmen kali ni agak menarik..memandangkan graf pengunjung setia blog aku yang terchenta ni kejap naik, kejap turun merudum..hmm, tak best la kan??
opss?? aku baru ternampak..segmen ni dah diTUTUP jam 3.30 petang tadi la!! alamak!! asal aku nak join segmen, mesti dah tutup..asal tutup je, mesti aku baru nak join..hurmm..sedey la macam ni..
takpelah.aku kena degilkan diri!! aku nak juga join!! arhhh..tak kira! hoho..degil tak??! ;p


Isnin, Mei 16, 2011

BEN ASHAARI BICARA CINTA SEKALI LAGI

yihaa!!! mari kita segarkan diri, longgarkan urat2 jari ni, dengan join segmen terbaru abang Ben kite..hehe..lamanya tak join, maaf yek abang Ben..saje je nak amik angin, rehat jap.ngeh2~

DUNIA PERCINTAAN..
apa yang aku boleh katakan di sini..sungguh indah! tapi dalam indah, manis.. mesti terselit juga sedikit kepahitan..biasalah, itu kan namanya asam garam hidup..macam juga dalam masakan, mesti rasa masam manis masinnya..
bertanyakan tentang pengalaman aku..YUP! aku punya pengalaman..pada mulanya dulu, cuma cinta monyet, yang aku boleh katakan..si dia yang aku suka tu, hanya mempermainkan perasaan aku je..sehinggalah aku berjumpa dengan seseorang yang boleh aku katakan, dialah cinta pertama aku..perkenalan yang tidak disengajakan bermula bila aku salah hubungi telefon kawan aku..nama juga kebetulan sama 'Y'..dia adalah kawan kepada pakcik aku..
ok..dipendekkan cerita..perkenalan tersebut membawa kepada ikatan persahabatan..dan menimbulkan bibit-bibit percintaan..sungguh indah...dia banyak berkorban dari segi wang, masa dan tenaga..
sayangnya..keindahan itu tidak berpanjangan..bila family aku menghidu perhubungan kami ini..ini semua sebab pakcik aku tu..memburuk2kan si dia..sedih sangat2..dan berita keburukan yang direka itu disampaikan kepada family aku..rupanya hubungan kami ini hubungan terlarang..disebabkan perkara tertentu yang boleh aku anggap sebagai peribadi..
aku memohon petunjuk dari-Nya..akan hala tuju perhubungan ini..dan aku dapat rasakan, petunjuk itu datang..seusai aku solat Maghrib, tiba2 air mata mengalir ke pipi, spontan wajah mak terbayang di mata..
"ya Allah, inikah jalan yang terbaik?"
aku pasrah..mungkin inilah yang terbaik untuk kami..
Disember 2008, penghujung segalanya..keputusan untuk berpisah diambil, dan dipersetujui bersama..walau dalam sedih, kami pasrah..mungkin ini yang terbaik..
putusnya hubungan ni, tak semestinya langsung tak berhubung selepas itu..
sampai sekarang, kami kekal berkawan..

ok2..aku tak nak sedih2 dah..hehe..
sekian~


kecundang cinta pertama..

Give-away Contest - FromKualaLumpur.blogspot.com

It's time to spice up this blog. I have two make-up products to give-away which is the NEW Loreal Paris Glam Shine 6H Lipgloss (RM35.90) and the NEW Maybelline New York Long Extreme Stiletto Mascara (RM32.90) all above could be yours.

yeahh!! dah lama tak join mana-mana giveaway dari blogger lain..
dan untuk sekian kalinya, aku join semula..kenapa? sebab hadiah GA ni sangat2 menarik perhatian dan minat aku..
kepada anda yang suka kepada alat-makeup macam kat gambar di atas tu..KLIK!
tarikh tutup: 31 Mei 2011

cepat2!


addicted to beautiful..

Isnin, Mei 02, 2011

SEGMEN : PENULIS SENJA CARI BLOG BLUE AND PINK

alhamdulillah..dah selesai minum petang, inilah saatnya dan tikanya...aku join satu segmen yang memang menarik, sebab...segmen ni hanya untuk blog biru dan pink! aha..kedua-duanya warna kesukaan aku! yeahh...tapi, buat masa ni, blog aku adalah biru..
aku suka biru..sebab tenang dan mendamaikan..orang kata, biru itu romantik! betul? hehe..

blog penulis senja..hmm, bagi aku ada tiga perkataan yang boleh dikaitkan dengan blog beliau...ringkas, cepat dan kemas! untuk perubahan, tambahkan shoutbox/mix..senang nak chat kat situ..dan cuba ubah template blog..ok! itu jek~

sekian~

semoga bertuah.hehe ;)

Isnin, April 18, 2011

I Love My ...... Contest!!

setakat jam dan minit sekarang ni, aku belum minum petang lagi tau..hehe..saje klik klak dashborad, tup2 ada satu contest yang cik lulu join! hehe..aku ingat nak join sekali la..leh tak penganjur? hehe..nak meriahkan lagi contest ni, tak salah kan? hehe..

"I love my man"

itulah jawapan dari cik blogger..hehe..ok..dah sudah! opsss?? nak join juga? KLIK je, ok!

tagged: kr

sukasukicontest!

Jumaat, April 15, 2011

You wannit...Come and get it contest.

blog LEPAK ni bagi aku cukup sempoi..tapi sorry to say, agak padat sikit..tapi satu kelebihan blog ni, INFORMATIVE! ;)

contest ni ditaja oleh PoiseBoutique.. haa, kepada cik lulu, kr, dan dayangfazlyn..korang tiga ditag!! jom, JOIN contest ni yek!

senang kan contest ni?? goodluck! ;D


penggemar contest..

Selasa, April 12, 2011

"Segmen: Europe Lucky Draw by Trigyy"


aha...next GA! hmm, sebenarnya bukan juga GA..tapi kali ni sangat2 berbeza sekali..apa dia? sebab kali ni Lucky Draw!!! aha! sepanjang hidup aku, aku pernah dapat sekali atau dua kali untuk lucky draw ni..tapi sepanjang bergelar blogger tegar..ini 1st lucky draw yang aku join..hehe..menarik kan??
nak join?? KLIK!

hadiahnya nak tahu tak? barangan dari Eropah deeee....sangat2 istimewa..kan3?
apa lagi, jangan buang masa kawan2..jom terjah!!


special lucky draw..

2nd Batch - GiveAway!

KLIK! untuk join..
ini 2nd GA dari hammieheartshoppe..ingat lagi tak? sebelum ni aku ada join yang 1st batch..tak tahu pula aku yang GA tu dah ada pemenang!! huhu..baru je tengok tadi...memang bukan rezeki aku la..huhu..
nak try pula yang 2nd punye ni..
kepada readers, jom join meramaikan suasana..heheh..goodluck! :D


aku penggemar GA..

Isnin, April 11, 2011

"Ariana's story 1st GA".


oraitt!!
petang2 ni, macam biasa..lepas aku minum petang(teh panas can cekodok), aku mula la joging blog.ngeh3~
tengok kat komen blog aku ni...tup2, cik lulu tagged aku untuk join contest ni...hadiah? hmm, menarik juga..nak tengok? ke nak join terus pun boleh! KLIK! untuk sama2 kita meramaikan lagi majlis ;)
sekali imbas, bila aku tengok gambar banner untuk GA ni, aku ingatkan GA untuk kongsi pengalaman percutian menarik..rupanya tak! hehe..tapi terus terang, aku suka la juga macam ini..simple! hadiah pun melatopp!!!

kepada dayangfazlyn, anda di'tag'!!

ok..selesai! ;D senang kan?

penggemar GA & contest...

Jumaat, April 08, 2011

Segmen: Kalau aku itu dia..versi malam

kenapa aku suka intai blog Ben Ashaari?? hmm..alasan? entah la..takde reason pun..mungkin sebab..bro Ben kite ni macho kot? gaya penulisan? lebih kurang macam aku juga..ala2 santai gitu.. ok, titik!

itu jek...maaf la yek bri Ben..otak dah fokus nak tengok Maharaja Lawak.. ngeh3~

iklan jap: Usop Wilcha kuor kat Maharaja Lawak!! hmm,minggu ni tema bebas.. dan last ditayangkan di astro prima.hmm, kecewa... ;(

saje2..