Sabtu, November 26, 2011

janji Allah sangat pasti..

salam Maal Hijrah..
alhamdulillah, sebagai umat Islam, kita sekarang ni sedang menyambut tahun baru, yang ke 1433H.. secara langsung, buku amalan kita pada tahun yang lepas ditutup, dan diganti dengan yang baru.. jom muhasabah diri!

perkara yang aku rasakan.. Allah telah makbulkan doa aku ialah, aku dah pun selamat, dan akhirnya mendapat kerja secara rasminya pada 15hb Nov 2011, aku telah selamat melapor diri di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).. ya, walaupun hanya sebagai pekerja sambilan, sekurang-kurangnya, aku merasa juga duk kerja di bawah majikan.. alhamdulillah, gaji pun ok la juga, aku bersyukur..

Allah Maha Mendengar setiap rintihan doa hamba-Nya.. aku memohon kepada Allah sebelum ini, mudah-mudahan aku dapat kerja sebelum berakhirnya tahun ini.. aku ingatkan, tahun 2011.. tapi Allah makbulkan doaku lebih awal.. sebelum tahun baru Hijrah.. sungguh, Allah tak pernah biarkan hamba-Nya.. Allah akan ingat, dan pandang kita, kalau kita sebelumnya ingat Dia.. sungguh, janji Allah itu pasti.. ;')

hari ini aku cuti..sampai Isnin. setelah seminggu aku berada di dalam bangunan LHDN, banyak juga yang aku belajar.. tak nak cakap panjang lebar di sini.. kalau ada point yang sebenar mengenai kerja aku, aku update nanti ye.. ;)

sebelum itu... sebenarnya dah lama aku nak update cerita ni.. tapi tak jumpa-jumpa link untuk buat new post ni.. akhirnya, dapat juga, phewww...

ok la.. malam dah nak larut ni.. aku ingat nak beradu dah.. letih, satu hari tak rehat.

selamat malam.. zzzZZZ

Tiada ulasan: