Sabtu, Disember 10, 2011

operasi pertama... dahsyat!!

Salam blogging!

Aku rasa dah bersawang blog ni.. huhu, dek gara2 dah lama tak update.. maklum, aku sejak belakangan ni, sibuk.. actually, baru hari ni aku sibuk gilerrr!!! 

untuk pengetahuan umum (cewah.. nak gtau satu dunia ke? fofular sgt ke haku ni? ;p) aku adalah sebahagian staff yang ditugaskan untuk membantu dalam operasi Bantuan Rakyat 1Malaysia ni.. atau dalam singkatannya yang 'agak' menarik.. BR1M.. hmm, tak tahu ke? ala, yang bantuan RM500 tu.. korang ada apply tak? apply la.. dapatkan borang permohonan di lokasi yang berdekatan k! ;)

macam2 ragam orang yang aku terima untuk hari ni je.. esok2, entahlah.. harap2 semuanya berjalan dengan lancar..dan lebih baik dari hari ini..amin~.. apa yang aku tengok, semuanya yang datang ingatkan kitorang operasi hanya untuk hari ni je.. padahal sebenarnya.. sebulan ok!  huhu..itula, dek kerana mata kabuq dek RM.. semua yang jelas pun nampak kabuq~ huhu..dunia.dunia.. sampaikan terjadi peristiwa, aku terhimpit antara dinding dan meja di tempat aku bertugas! sesak nafas aku dibuatnya! mana dengan orang2 awam yang datang duk keliling aku..bukan je duk depan, belakang aku pun diorang sapu, berdiri..tak kurang juga yang duduk.. adeh~ siap cuit2 aku dari belakang.. hmm, amik kesempatan ke pakcik? astaghfirullah.. tak boleh la nak salahkan depa semua bulat2, sebab ini dah jadi ragam orang kita.. ;) aku hanya mampu tersenyum.. 

semoga pengorbanan dan kesabaran ini mendapat ganjaran untuk kita semua (pegawai2 yang berkenaan) di akhirat kelak..amin..

doakan~ ;)

2 ulasan:

cik arija berkata...

selamat bertugas wey (^_^)

cik blogger berkata...

tengkiu cikarija! ;D