Ahad, Januari 22, 2012

entri sehangat RM500!! ;p

Salam blog dan bloggers!


Ish..sawang sana sini.. habuk kat blog ni setebal buku latihan yang nipis! peh, lama sangat tak update entri.. banyak benda yang kurang.. semenjak aku berkarier ni.. (alhamdulillah.. ) takde sumber internet kat rumah, henfon pun yang besa2 je..huhu.. agak2, apa azam aku bila dapat gaji next month? ngeh3~

tak nak cerita panjang lebar benda alah yang tak penting tu..ada banyak cerita aku nak habaq kat sini..terlalu 'banyak'.. 

soal kerja BR1M..

keje nampak senang, tapi tak semudah yang korang dan aku sendiri sangka sebelum ni..penat weyh! tapi mana ada kerja tak penat kan? semua menuntut pengorbanan.. ikhlas tak ikhlas? itu dari kita ja kan? 
semakin lama duk kerja ni, semakin ramai juga la jumpa dan kenal rakan2 BR1M ni..macam-macam ragam.. yang sebelum ni aku sangkakan orang tu sangat2 tak boleh dan takkan cuba untuk didekati, tapi bila duk kenal sikit2, eh? ternyata...1st impression tak semestinya menggambarkan diri orang tu yang sebenarnya.. benarlah kata orang sebelum ni, tak kenal maka tak cinta..betul?

cerita pasal BR1M ni, siapa tak tahu tentang bantuan RM500 tu kan? haih.macam2 yang aku dengar sekarang ni.. termasuk aku sendiri kena hadapi ragam2 ni.. tak kurang yang gembira bila dapat tahu diorang layak, dan tak kurang juga ada yang siap hambur marah kat aku balik! sedih? tak la.. sebab bila tengok borang permohonan diorang yang dah pun selamat diproses dan diluluskan oleh MOF, ternyata ada saja part yang tak lengkap diisi..sama ada salah pemohon yang lupa atau tak tahu nak isi, tapi aku rasa lebih kepada pegawai yang menerima borang permohonan itu dahulu..aku tak point directly kepada individu tertentu.. sebab aku sendiri tak tahu siapa.. bagi aku, benda ni semuanya bermula di situ lagi.. sebelum terima borang tu, kena check, if ada yang tak lengkap diisi.. sampaikan ada sekali aku key in borang permohonan tu, tak tahu la bundle dari mana..boleh2 je bahagian alamat KOSONG, TAK DIISI LANGSUNG! haih, macam mana boleh terlepas part penting tu? tak boleh nak kata apa dah, nasi dah jadi bubur. apa2pun, pada siapa2 yang tak layak tu, masih boleh buat rayuan lagi sekarang ni, sebelum 10hb Feb 2012 ni, orait?!

soal hati?

makin hari, makin bertambah satu tahun lagi umurku..ya, ikut tahun, mungkin dah sampai, tapi ikutkan hari dan bulan, belum lagi.. tahun ni, usiaku mencecah 25 tahun.. dan hari ni juga, seorang rakan satu batch nursing 5 tahun yang lalu telah pun selamat naik pelamin..alhamdulillah.. hepi tengok kawan2 aku banyak yang dah menamatkan zaman bujang. jodoh diorang dah sampai..

habis, aku pula bila? huhu..itu soal hati.. Allah je yang Maha Mengetahui, aku hanya terus berusaha, berdoa, dan berserah kepada-Nya..

baru ni aku ada dengar satu ceramah dari Ust. Kazim Elias.. terselit satu pesanan dari ceramahnya, tentang satu doa, yang mana doa ini insya Allah mujarab bila diamalkan selalu, khususnya untuk anak dara yang belum lagi kahwin.. (hihi, macam aku ke? ;p) doa tu adalah surah Ar-Ra'du..ayat 1-3. insya Allah, kepada rakan2 blogger dan reader yang macam aku, kita sama2 boleh amalkan doa ni, ok! ;)

panjang gilerrr entri aku kali ni, sah2 korang boring nak baca.. ok la, sampai di sini saja. next entri? tunggu je la yek!

Salam blogging! 

4 ulasan:

kay_are berkata...

lame tak datang, lain design blog ni.. em tak mohon pun br1m tu.. macam dah tak sempat je.. em.. pasal jodoh.. tu sume kat tangan Tuhan.. nanti ade r tu =)

dwaty berkata...

salam jejak kat sini....

cik blogger berkata...

hai awk!! adehh..lama benar kita x online tau! huhu..
br1m tu mmg dh lama tutup..hehe..awk apa kbr?rindu sy nk blogging blik! hihi..:)

cik blogger berkata...

salam dwaty! :) terima kasih sbb sudi jejak kat sini ;)