Ahad, Oktober 30, 2011

Allah Maha Mendengar.. ;)

Salam hujung minggu..

Sejak 2-3 hari ni, kehidupan aku makin sibuk! Alhamdulillah..aku tetap bersyukur..kenapa? instinct aku mengatakan..yamng Allah tengah nak bagi aku rezeki ni..tak caye? nak bukti?

~ tiba-tiba, Jumaat yang lalu, aku telah menerima tempahan minipopia secara mengejut!! satu kilo je la. aih? rezeki juga tau! Alhamdulillah. dan bukan la nak bangga ke apa ye! minipopia aku ni ditempah oleh seorang rakan pejabat makcik aku, untuk anaknya..sebelum anaknya bali ke India..hmm, orang India ke? eh, tak..orang melayu, tapi dia study abroad kat sana..amik medic! tu dia, silap2, minipopia aku sampai ke oversea dah! huhu..Alhamdulillah~

~ Dalam minggu ni juga, tak ingat mula hari apa..aku terima satu part time job..ala-ala kerani gitu..dari akak senior, yang sekarang duk amik PhD di Universiti of Nottingham..aku tolong dia buat research..keje memang penat jari kot? Tapi disebabkan aku suka menaip, aku rasa seronok buat kerja ni..Memang nak kejar masa..tapi aku akan cuba siapkan dalam minggu depan..insya Allah..moga Allah permudahkan urusan aku.. Alhamdulillah~

~ Malam Jumaat yang lalu juga, aku terima satu tawaran kerja di LHDN..seorang sepupu aku yang kerja di sana, bagitahu aku..ada pengambilan kerja sambilan..sangat2 diperlukan sekarang. Tanpa fikir panjang, aku terus kata..NAK!! dan aku dah hantar borang tu ke kazen aku..insya Allah, sampai esok hari..amin~ semoga Allah permudahkan urusan aku..amin..

Mungkin, inilah yang orang duk sekeliling aku cakap..

"Sabar la..insya Allah nanti ada rezeki tu. Cuma cepat atau lambat..Entah-entah, rezeki kerja tu datang sekaligus!! haa...nak buat macam mana tu?"

Agak-agak..Apa jawapan aku?


2 ulasan:

lala berkata...

sy nk tnye jawatan kosong sambilan kt lhdn ade lg ke?

cik blogger berkata...

xde dh kot. sbb kitorg dh lapor diri 15hb Nov baru ni.. close date permohonan hari tu 2hb Nov..