Isnin, Oktober 24, 2011

Jangan pernah STOP!!

Dengan nama Allah,. yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang..

Alhamdulillah..hujan baru je turun membasahi bumi Kg. Lumadan, Beaufort. Rasa sejuk sikit, setelah seharian berpanas..Menurut sumber yang dipercayai, hujan turun bermakna rahmat Allah turun bersama. Dan dikatakan, masa inilah Allah makbulkan doa kita..insya Allah, dengan izin-Nya..jom sama2 berdoa!! 

Ade tak aku update tentang status permohonan kerja aku di UMS? Rasanya macam takde..takpelah, kalau ada sekalipun, saje je la nak 'highlight'..mungkin ada seorang dua yang rajin duk belek2 blog sederhana ni, nak tahu perkembangannya, ye tak? Alhamdulillah~

Mengenai permohonan itu, mungkin Allah belum bagi rezeki lagi..Mungkin juga rezeki aku bukan belah sana..Aku redha..kan Allah lebih dan Maha Mengetahui atas segala sesuatu..bukankah Dia sendiri yang telah menetapkan takdir, qada' dan qadar setiap hamba-Nya sejak azali lagi? Dia Maha Mengetahui..kita hanya berusaha..selagi Allah kata, 'Belum masanya..bukan ini yang ditakdirkan untukmu..' kita hanya mampu redha, dan tawakal..nak tawakal pun, janji kena usaha dulu, ok!

Lupakan tentang UMS tu, aku terus je apply kerja lain. Seperti yang aku duk cerita entri yang lepas, saje mencuba apply bidang perguruan pula..KPLI-SR jQaf..aku rasa tak salah kalau terfikir nak tukar bidang yang aku rasa tak berapa jauh menyimpang pun. Cuma berbeza skop je; dari kesihatan ke perguruan. Dalam kesihatan pun, kena mengajar juga..sama je kan? Sabtu lalu baru je lepas attend MTeST..andai rezeki memihak lagi, dan berjaya untuk ditemuduga..insya Allah, aku akan berusaha..Doakan kejayaan bersama,ye~

Aku masih belum tahu lagi, update dari seorang rakan nursing @ blogger cikarija..aku baca entri dia sebelum ni, hujung minggu lepas dia attend interview..tak pasti interview ape..

'Ati! guano mu lo ni? mu attend interview gapo? Habaq mai kat che' naa..'

2 ulasan:

cik arija berkata...

woooit, aku disini. aku sihat ja.haha..g interview kat klinik kat tanjung malim hari tu. alhamdulillah, 20hb ni msk keje. tggu habis kontrak kat sekolah ni dulu.

cik blogger berkata...

owhh..bestnye..huhu..jeles seyhhh.klinik ape kat situ?