Memaparkan catatan dengan label Ulasan Drama / Filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ulasan Drama / Filem. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 24, 2011

Mohon terbitkan drama seumpama 'ini' di Malaysia!!

Salam blogging!

Pagi-pagi lagi, aku dah pergi pekan, hantar adik aku pergi sekolah..Bapa dan mama takde kat rumah semalam..duk hantar adik aku yang seorang lagi, balik hostel @ UMS..jadi pagi ni kira tanggungjawab aku untuk hantar dia.

Isnin yang baru datang lagi..dan kehidupan perlu diteruskan.. Aku akan terus menanti email2 atau surat maklum balas tentang permohonan kerja aku di semua tempat yang aku dah apply sebelum ni.

Sementara isi masa lapang di hari2 yang sepatutnya orang bekerja, aku layan cerita..hehe. cerita apa? Korea? Hmm, setakat ni belum lagi la nak layan cerita tu..tapi sekarang ni mood aku layan cerita 
Dari Sujud ke Sujud..aha! Aku pasti, masih ramai yang tak tahu cerita ni berkisar tentang apa..Sebab cerita ni belum lagi ditayangkan di Malaysia..

Ha..aku tahu dari mana? Youtube la..apa guna ada internet, kalau tak search sendiri kan? Opps, sebenarnya aku mula tahu akan kewujudan cerita ni dari pautan seorang rakan fb aku..junior sekolah menengah dulu. Macam best, apa lagi, aku search kat Youtube..dan apa yang aku dapat, rupanya cerita ni adalah kesinambungan dari cerita 'Ketika Cinta Bertasbih' dan 'Ketika Cinta Bertasbih: Meraih Ridho Illahi' yang sekarang ni tengah ditayangkan di astro IndoPek Channel Bintang, 141.

Aku suka sinetron ni. Berkisar tentang persoalan agama yang diuar2kan oleh pihak2 yang kurang berpengetahuan dalam Islam. Setidaknya, melalui cerita ni, pengetahuan agama aku akan turut bertambah..insya Allah..Aku akui, pengetahuan agama aku masih kurang..Tidak salah andainya cerita sebegini diterbitkan dalam drama Malaysia di sini. Kita sendiri tahu, kebanyakan rancangan tv sekarang ni lebih bersifat duniawi. Media elektronik pun boleh mempengaruhi sifat seseorang. Dan kita dapat tengok sendiri, masalah sosial dalam negara kita sekarang ni berpunca dari kurangnya didikan agama, dan pengawasan ibu bapa terhadap tingkah laku anaknya.

Jadi, aku berharap sangat, rancangan tv yang bersifat ukhrawi macam ni akan lebih banyak ditayangkan/disiarkan di Malaysia ni. Ambil contoh dari 'Dari Sujud ke Sujud'..




Jumaat, Mei 20, 2011

SCM tamat begitu je??

SCM= Sejuta Cinta Marshanda..
semalam aku tak sempat tengok ceritanya yang terakhir macam mana..aku teman mak aku g hospital, dia ada exam, aku amik adik aku kat sekolah..

tak puas hati? aku cari kat Youtube.com dan apa yang aku dapat? memang tak best langsung endingnya..itu bukan ending sebenarnya! mungkin diorang (TV3) tak nak amik satu hari lagi (hari Isnin) untuk siarkan ending cerita tu..tak pasti la..takpelah..ending pun dah boleh agak dah..kalau tak siarkan pun, otomatik tau sendiri..huhu..
ok..itu je!

soritusey..naik bosan tengok cerita indon..jalan cerita SAMA jek!

Khamis, Mei 12, 2011

Mata Ayaq Tok Ipin..

salam..

malam ni baru dapat 'masuk' blog kesayangan ni..petang tadi langsung tak dapat..hmm, under maintainance kot? bila tengok2 kat dashboard, ramai yang mengeluh pasal benda ni..rilek la gengblogger..hehe..sementara je tu.tengok?! sekarang ok dah kan? naaa...

sebenarnya, dari petang tadi..banyak idea aku nak tulis kat sini..tapi tengok?! lupa dah! erkh..

ok2..ingatanku kembali kini! ahaks~

petang tadi, kurang 5 minit lagi jam 5, tamatlah kisah Tok Ipin dengan Mata Ayaqnya tu..rupa2nya, Shidah adalah anak kandung Tok Ipin..bukan Melati k! haa.sebelum ni aku ada terbaca kat mana entah, Melati tu moyang Shidah..padahal dia takde apa2 kaitan langsung pun..dan Shuib adalah adik kandung Shidah..dan benda yang menghubungkan diorang ni adalah rantai yang bertakhtakan batu!
ok..cerita pasal Tok Ipin, lebih kurang ala2 bomoh la kan? korang rasa zaman canggih sekarang ni, ada lagi tak manusia yang amalkan syirik ni? ok, aku tak nafikan, bomoh2 ni ada yang baik, ikut ajaran Islam, dengan syarat tak langgar hukum syarak la..tapi kalau dah menyimpang ke arah lain, minta bantuan selain dari Allah..itu dah namanya syirik..dari apa yang aku dengar dari mana2 sumber, benda syirik ni boleh kacau bilau dan pecah belahkan suatu hubungan sama ada suami isteri atau keluarga dan sebagainya..bahaya kan? sebaiknya, kembalilah kepada-Nya..dari Allah kita datang, dan kepada Dia jua kita kembali..kita mesti ingat itu! wallahua'lam..

p/s:masih lagi berusaha untuk cari kerja..Allah, tabahkan hatiku.

sekadar berkongsi..

Isnin, Mei 09, 2011

Oh! baru aku tahu yang 'Shidah' tu...

yeahh..selamat petang semuanya! teh panas dan kuih ubi cakar ayam berjaya kutelan sebagai santapan minum petang ni..ngeh3~ korang ade? hehe..kurengnya aku..nak kasi jeles korang semua..hehe

ok la..tak nak jeles menjeleskan lagi la..sekarang ni aku nak cerita apa yang aku baru dapat tahu tengah hari tadi..

korang ade tengok tak cerita Mata Ayer @ Mata Ayaq di TV3, jam 4 petang setiap hari Isnin sampailah Khamis? perasan tak watak Shidah? Nama sebenarnya Sharifah Shakinah..baru aku tahu satu benda ni..time tengok WHI tadi, pengacara tu bagitau yang Sharifah Shakinah ni rupanya adik kepada Sharifah Shahira....haa...patutlah tengok muka dia macam ada iras2 dengan akaknya..tang mata la..perasan tak? sat lagi aku upload gambaq dua beradik tu kat bawah ni naa..hehe..aku suka tengok muka 'Shidah' tu..sejuk je mata tengok..hehe..;) ok2..aku upload la..tak sabaq! huhu..jangan marah naa.. senyum..senyum..haa, gitu la..sekali manis! ;p


credit: google.. haa, sama kan? dah nama adik beradik..huhu

p/s: lagu OST Mata Ayer ni pun best! memang tepat dengan jalan cerita ni..hehe..bagus2! ;D

suke tengok cerita..

Sabtu, April 30, 2011

cerita dunia MAGIKA...

arghh!!! hujan turun pula dengan lebatnya kat sini..adoyai..nak tengok AF ni..camne nih? adusss...hujan, reda la kejap..hoho..bukan aku tak bersyukur tau! haa..

aku nak cerita pasal dunia MAGIKA...aha! korang mesti dah lama tengok cerita tu kan? huhu..yup! aku memang agak ketinggalan...mana taknya, aku takde peluang pun nak tengok kat panggung wayang..huhu..jadi, aku kena tunggu la CD keluar..huhu..
dan hasilnya..dari apa yang aku tengok..walaupun dari CD? WOOOAAWW!! itu ayat pertama keluar dari mulut aku..haha..kenapa? sebab aku tengok MAGIKA tu sejibik macam cerita2 dari negara barat...macam Harry Potter..Enchanted..dan seumpama dengannya...memang ada unsur2 magik la..huhu...best2!! suka sangat!!
bila tengok hasil kerja KRU tu..tak sabar rasanya nak tengok Hikayat Merong Mahawangsa pula..huhu...mesti cerita tu ala2 The Lord of The Rings..ye tak? bila la nak kuar CD? nak cepat..beli cetak rompak je la..haha...jahat tak? aihh..takde la..huhu...gurau neh~

tengah tunggu performance Lena..ummpphh ke tak malam ni ek? harap2 macam tu la...;)


Selasa, Mac 08, 2011

Khurafat!!

aku tengah marah ke ni?? dok eh..huhu..saje je tu..bukan ke itu tajuk filem seram terbaru ni?korang dah tengok?? aku baru je tengok citer ni pagi tadi..itupun kat Youtube.com la jugak..huhu..selama ni, kalau nak tengok cerita terbaru, mesti aku skodeng kat situ..kot2 dah ada yang upload..jadi, takyah beli CD lagi..jimat kan??!! hehe..

komen?

1) jalan cerita? ok la jugak..peratusan yang boleh aku bagi? hmm...75%..sikit sangat?? itu hak aku la..aku yang tengok kan? huhu..korang lain..

2) gaya cerita flashback..hmm, aku prefer cerita macam ni.huhu..penuh surprise..

3) sape2 tak tengok lagi..g tengok kat youtube.com

ok..itu jek..;)

Isnin, Mac 07, 2011

HKLBR..Ngangkung..komen?

ok..petang2 ni, aku ingat nak kongsi sikit pendapat aku tentang HKLBR! haa, apa tu?? Hantu Kak Limah Balik Rumah lerr..tengok dah?? mesti ramai yang dah tengok cerita ni kan?
ok..
dalam tengahari tadi, aku baru je habis tengok cerita ni kat Youtube.com..TQ kepada uploader!
pendapat aku??:

1) overall, ok la jugak cerita ni..plot cerita? hmm..ok~
2) tapi, part yang buat aku seronok sangat tengok cerita ni ialah..pelakon2nye guna sleng orang Perak! huhu..suke sangat dengo.ngeh3~ ce ceghite..ce ceghite...haha..best!!

hmm, tu je la..hehe..

oh ye, sebelum ni pun, dalam minggu lepas kalau tak silap..dah tengok cerita Ngangkung! tengok dah kan?
ok..pendapat aku??:

1) plot cerita?? hmm..biasa2 jek..tak best sangat..
2) yang bikin syok cerita tu..watak2 yang komedi..macam Angah RL..Ezad pun ok juga..

ok, kalau aku nak buat perbandingan antara dua movie ni, aku lebih prefer cerita HKLBR..
tapi, apa2pun, tahniah kepada pelakon2 dan krew2 penerbitan filem2 tu..sebab berjaya menghasilkan cerita tu..

Rabu, Februari 23, 2011

penjodohan jawatan??!! cahaya segmen iklan cinta..

haa..jangan terkejut..aku telah dijodohkan!! bukan dengan orang la..tapi dengan KERJA!! aha..aku baru dapat e-mail dari Jabatan Tenaga Kerja di daerah tempat aku tinggal..hehe..hah? jawatan ape?? biasa2 jek..yang boleh aku cakap kat sini..bukan dari bidang yang aku belajar di USM dulu..jauh menyimpang..tapi, aku suka kerja yang ditawarkan ni..huhu..mungkin sebab aku suka menaip, sebab tu aku suka blogging!!! hehe...mesti korang dapat agak dah...tapi aku tak kisah dah, sebab bila fikir2 balik, peluang aku kerja dalam bidang yang aku belajar sebelum ni sangatlah tipis..jadi, aku kena optimis!! mungkin bidang keupayaan aku diluar dari apa yang aku jangka sebelum ni..manalah tau kan? Allah yang membuka rezeki kita..insya Allah, mudah2an aku dapat juga kerja nanti..amin..

cerita pasal Cahaya...sinetron ter'lama dengan episod 232, tamat/selesai hari ni..huhu..aku dah tau pun penghujung cerita tu..baca dari sinopsis di internet ni..hehe..esok, cerita baru..hmm, untuk isi masa kosong, baik aku tengok kan? ngeh3~

segmen aku?? macam kosong jek, langsung takde respons untuk hari ni..takpelah, itu hak masing2 untuk join ke tak..mungkin takde rezeki lagi untuk buat segmen..

ok..serius, aku tersentuh dengan iklan baru SSPN, dari PTPTN..dah tengok??aku tabik la dengan pelakon2 kita...mampu buat orang lain tersentuh..tanpa segan silu, aku nak cakap kat sini, aku sokong artis2 Malaysia, pelakon/penyanyi yang tak kurang hebatnya dengan artis negara lain..teruskan pembabitan anda yek!! =D

i'm in love with him..
satukanlah kami berdua andai itu yang terbaik yang telah Engkau tetapkan sejak azali lagi,
ya Allah..


Khamis, Februari 17, 2011

Kentut? Ori ke?? haa..Korea??

hello2 semua bloggers/readers blog aku nih..
hikhik..maaflah yek, aku rasa nak tergelak pun ada...
nak tahu kenapa?
aku baru je intai2 blog blogger lain..tup2, ada satu entri ni yang buat aku tergelak...kihkihh XD
nak tahu tak apa dia? ni pasal kalau kita nak kenal seseorang tu..kita leh tau dari kentutnya...eh, terbalik ke? korang baca je lah kat SINI k!! ahahaakkk... XD bangku kosong!! aku nak share info ni k!! leh kan? tq2~ [huhu..entah bagi entah tak...]

ok..stop2..aku teruskan lagi..tapi kali ni..serius sikit k..
oraitt..aku jalan2 blog lagi..jumpa1 entri menarik..untuk kita semua..berkaitan dengan KPDNKK..wah, yeke? tapi betul la kan? macam mana kita nak tahu suatu barang tu..Ori ke Tak Ori?? jangan beli yee...huhu..macam iklan KPDNKK oleh Mawi pulak..hehe.. nak tahu lebih lanjut? jap2, nak mintak permission dulu..leh tak encik? hehe..leh la kot..kan info ni berguna untuk semua~ ok.. nak tahu tak? klik SINI yek~

ok..semua kat atas tu, tentang entri2 menarik untuk malam ni...
untuk entri aku pulak..aku nak cerita pasal KPOP! korang tahu tak apa mende tu? pada mulanya..aku sendiri tak tahu..bila tengok blog blogger lain..tengok tv..rupanya KPOP tu..Korea POP..haa..hehe..
cerita part Korea ni..tiba2 petang tadi aku teringat..tentang satu filem bersiri Korea..tajuknya "You're Beautiful"..lakonan Jang Geun Suk & Park Shin Hye..huhu..comel gilerrr pelakon2 tu...jalan cerita? memang lain dari yang pernah aku tengok sebelum ni..unik!!! lagu OST? jangan cakap la..BESTTTTT!!!! dulu, sebelum aku terlibat dalam kancah Korea ni.. [wah..ayat ganas tuu..kancah?? hikhik..takdelah..faham2 la k apa yang aku nak maksudkan tu..] aku hairan..apa sebenarnya yang ada dengan cerita2 Korea yang diorang ni gila2kan sangat tu??? huhu...last2, aku sendiri yang jawab soalan tuh!! haha..lucu kan? kadang2, setiap persoalan yang timbul di otak kita,tak semestinya kita dapatkan jawapan tu dari orang lain...tapi kadang2, kita mesti cari tahu sendiri..wah2, madah berhelah pulak aku..huhu.. esok, aku upload video OST citer Korea tu k..

hmm.ok la..aku rasa nak out dah...masa untuk tito!! my sayang tunggu tuu.opsss?? jangan duk pikiaq bukan2 naa.. =p

selamat malam semua~


Isnin, Januari 24, 2011

Gemilang!!

itulah tajuk drama baru di TV3 yang aku tengah tonton sekarang ni..
syabas kepada pengarah/penerbit drama ni..Kabhir Bhatia.. [aku salah taip kot ejaan..maaf, tapi sebutan masih sama kan?hehe..]

tengok iklan promo untuk drama ni pun sangat2 menarik minat aku..mungkin juga minat orang lain..dah lama tak tengok cerita2 berunsur macam tu..kisah keluarga susah yang sanggup berkorban, semata-mata untuk menolong menyara hidup keluarga..dan kisah tersebut bakal diaplikasikan kepada anak muridnya akan datang... [betul ke apa yang aku cerita nih? huhu..lebih kurang kot]..

drama sebelum ni pun best...Nur Kasih...dah pernah dapat award..dengan jalan cerita dan grafik yang cukup menarik..

ok la..nak sambung tengok drama ni pula..iklan pun dah habis...it's show time!

Sabtu, Januari 15, 2011

akhirnya...terima kasih TV3

hanya itu ucapan yang aku mampu bagi kat TV3..
kenapa pula tiba2 cakap camtu??
sebab..filem Hindustan Baazigar telah pun disiarkan di TV3 petang tadi!!
dah lama tak tengok cerita tu..best sangat!!
apa yang aku ingat, melalui filem tu la aku mula kenal pelakon yang bernama
Shah Rukh Khan!! percaya tak? hikhik...
filem tu terkenal masa aku masih duk sekolah rendah dulu..tak pasti la time tu aku tengah belajar darjah mana..
tahun lepas, TV3 ada pula siarkan semula filem Maan..tu pun sangat2 best, pun popular time sekolah rendah dulu..huhu
aku harap, TV3 lepas ni menayangkan semula filem2 hindustan yang dulu2;
Dil To Pagal Hai, Mujhse Dhosti Karoge, Har Dil Jo Pyar Karega, Kuch2 Hota Hai dan banyak lagi la...
apa yang aku suka, cerita2 hindustan yang dulu takde la mencolok mata macam cerita sekarang ni..masih terkawal..huhu..
apa yang penting..AKU PUAS HATI!!!

Selasa, Disember 21, 2010

Cinta Kirana...hanya untuk Galang...



Raka berkata: "dia (Kirana) untuk aku..."
Galang menjawab: "BUKAN...Dia (Kirana) untuk aku..."
begitulah akhirnya cerita Cinta Kirana yang bersiaran selama 93 episod di Astro Ria. kitorang satu keluarga penggemar sinetron ni..huhu..rasanya, bukan sebab watak utama, tapi watak Pak Tejo, Mak Surti..itulah watak yang aku rasa menghidupkan cerita romance-comedy ni..

tengoklah gelagat Pak Tejo dan Mak Surti..


aku boleh simpulkan yang cerita dari seberang ni lebih kurang sama je plot cerita dia..cinta 3 segi, cinta yang x kesampaian pada mulanya, tapi akhirnya tercapai sebab roh si mati masuk dalam badan orang lain..macam cerita yang bakal disiarkan hari ni di astro ria, Bukan Diriku sebagai pengganti Cinta Kirana..yang aku dapat pastikan, plot cerita Bukan Diriku tu adalah sama dengan plot filem Ada Cinta, lakonan Acha Septriasa dan Irwansyah suatu ketika dulu [tak ingat tahun berapa]..

satu lagi, cerita dari seberang ni banyak mengisahkan tentang pencarian anak yang hilang, dan akhirnya bertemu jua akhirnya..sama macam sinetron Alisa dan Safa & Marwah..
bukan saja cerita cintan-cintun ni, cerita hantu pun sama je plot ceritanya..mesti berkisar tentang balas dendam, lepas tu, hantu tu akan minta pertolongan dengan orang yang terakhir kena gangguan dia..supaya tolong balaskan dendamnya..atau lepaskan dia dari apa-apa yang buat rohnya bebas..

aku berharap sangat, plot cerita yang akan datang jauh lebih menarik dan lain dari yang sebelumnya..tapi apa-apapun, tahniah juga diucapkan kepada pembuat cerita dan filem dari seberang, kerana mewarnai filem-filem dan drama tempatan.. thumbs up!! =D

Ahad, Disember 19, 2010

Let's Dance!!


Rancangan terbaru terbitan Astro Mari Menari telah pun melabuhkan tirainya semalam dengan menobatkan pasangan MM Razif sebagai juara sekaligus memenangi Kondominium Mewah di Ipoh..Tahniah kepada Razif dan Alia, mungkin inilah yang dikatakan rezeki pengantin baru..hekhek..

Pasangan Ariz dan Syikah pula naib juara Mari Menari..dan diorang memang pesaing dan penari yang sama hebat dengan Razif dan Alia..mungkin juga ini rezeki anak diorang yang sungguh2 comel..Emonnnnnn!!!!

pasangan Fahmi dan Azlin juga sama hebat dengan pasangan yang disebutkan di atas, tambah lagi kak Azlin memang ada latar seorang penari..begitu juga dengan suaminya..

pasangan adik beradik favoriteku, kak Nita dan Faz!! both of u do great!! walaupun x smapai ke final, tapi aku sebagai peminat diorang tetap menyokong,sebab diorang dua tersingkir dengan maruah..selalulah dengan kami, penyokong korang!!


maaf untuk komen ini, pasangan Zul dan isteri, aku tak rasa diorang patut masuk final, tapi tak menjadi apa, semua sudah pun berlalu, mungkin diorang lebih banyak peminat dari pasangan kak nita dan faz..

jujurnya, aku suka menari, dan suka tengok orang menari!! yeahhh =D

Sabtu, April 03, 2010

kisah pengorbanan si bapa~



"PAPADOM"..
tajuk citer ni sgt ringkas..tp padat dengan isi yang boleh meruntun jiwa sapa yg melihatnya...tahniah kpd penerbit filem ini..sangat besttttt..byk pengajaran yg boleh penonton amik..
kisah pengorbanan sorg bapa..yg sanggup berkerja keras..demi kebahagiaan keluarganya..tp tanpa disedari, kekurangan masa yg diluangkan bersama keluarga memakan dirinya sndiri..sehinggalah isterinya meninggal..sgt sedih..
selepas itu, demi menebus kesalahan dan demi menjaga satu2nya anak perempuan yg dia ada..dia sanggup menjaga dan mengikuti ke mana saja anaknya pergi..yg xthn tu, smpai kat U dia ikut...hehe..
mmg spnjg crite tu, nmpk la si anak xselesa, sbb rs dia dikongkong oleh bapanya...tp bila klimaks citer sampai...dia menyesal, dan sedar..bahawa bapanya sgt menyayangi dia..dia xnk anaknya terjebak dgn benda yg salah..itulah kisah pengorbanan si bapa..


^^,

citer penguin~


"happy feet"!!
itulah tajuk movie penguin yg aku tgk brape lama dlu..best!!
crite ni mengisahkan sepasang penguin yg mmg kira penyanyi top la..dlm klgn masyarakat penguin~ hehe...then, si ibu penguin ni menghasilkan telur, tp dijaga oleh si bapa penguin..sementara si ibu mencari ikan..spnjg pengembaraan si ibu, si bapa berusaha utk menjaga anak diorg dlm telur tu..tp x disangka2, telur tu tergolek2..tp nasib baik xpch..then bila telur tu menetas, si anak penguin pun lahir..dan bernama MUMBLE~ tp dia pelik dr yg lain..sbb kaki dia pendek..tmbh lg, dia xboleh menyanyi semerdu mak bapa dia..sgt sedih, sbb semua masyarakat penguin memulaukan dia...dia membawa diri..satu je bende yg uni kat dia..dia boleh menari dgn kakinya yg pendek..HAPPY FEET..dgn tarian tu jgk la dia dpt menyelamatkan semua kaum penguin dr mati kebuluran akibat tindakan manusia yg memukat tunda ikan2 di laut...
so, kesimpulannya??? jgnlah pndg seseorg tu dgn kelemahan yg dia ada..sebaliknya, cuba pndg kelebihan yg dia ada, tp org lain xde..itulah namanya UNIK~ ^^,

Sabtu, September 05, 2009

Chocolate muvie...


br je selesai tgk citer chocolate..wah, best2..action film..ala2 jackie chan gitu..tp sbnrnye citer ni citer thailand, cuma director ni gabung ngan orang jepun..hurm, interesting..
aku dpt citer ni pun dr roommate yg baik hati..hehe..tq ilie =)
citer ni berkisar ttg sorg budak yg mental retarded, tapi dia boleh berlawan ngan orang2 yg mentally ok..mungkin citer ni nak mewujudkan,yg org yg mentally retarded ni x semestinya semua dia lemah..mst ada kelebihannya yg tersendiri..aku setuju..bukan sahaja yg mental retarded, tp juga orglain..kerana setiap suatu kelemahan tu, pasti Allah akan bagi kelebihan yang xde kat orang lain..Allah Maha Adil.. =)
so far, kepada sape2 yg suke tgk citer action2 ni..better tgk citer ni..heee~ best gilerr~

p/s: nti aku add gmbr citer muvie ni ek...
tenet tuyu!!

Rabu, Mei 27, 2009

Intan...


"Di daun yang itu, mengalir lembut.terbawa sinar ke..hujung mata~"
haa..ini pula lagu tema untuk citer Intan..buat masa sekarang ni,citer ni dimainkan kat Astro Prima..best banget deh..jam 11 malam..dan ulang tayang jam 4 petang..
citer ni berkisar tentang konsep kekeluargaan..kasih sayang antara keluarga..konflik antaranya..dan bermacam masalah, onak duri yang perlu dihadapi oleh watak yang bernama Intan..dalam citer ni, Intan terpaksa mengharungi banyak sangat cabaran hidup, tapi dia hadapinya dengan rasa sabar..yang pada mulanya dia adalah anak tumpangan, anak terbuang. dan akhirnya, dia bertemu dengan ibu dan bapa kandungnya sendiri..dan kini, dia telah bersuami bernama Dr. Rado (Dude Herlino) dan seorang anak hasil perkongsian hidup mereka berdua, Bintang..
yang paling mengharukan aku, Intan kini punya 3 mak sekaligus, Mama Kasih (ibu kandung), Mama Nadine (mantan mertuanya Intan) dan Mama Wina (mama Rado/mertua Intan)..bestnye ade 3 mak..huhu..Bintang pula ade 3 Oma (nenek)..
bila aku tengok citer nih, bila past sedih/gembira..yang mengeluarkan air mata..dalam diam aku juga menitiskan air mata..ya..itu tandanya lakonan mereka sangat berhasil..walaupun citer ni telah mencapai episod yang ke-200 lebih..fuh, lama giler..
tapi apa2pun..aku rasa drama ni sangat best untuk tontonan umum..terutama sekali kalau citer ni ditonton bersama keluarga tersayang..

so, aku sarakan kepada semua..untuk menonton citer ni..

k la..jap lagi citer ni main kat Astro Prima..udah dulu ya.da~

Upik Abu & Laura..


'you say aku..."
itulah lagu theme untuk citer ni..time aku cuti ni la aku berkesempatan untuk tengok citer nih..pada mulanya, aku tengok..hmm, nyampah jugak tengok citer nih..tapi, lama2, best jgk..huhu.nakal..
tapi, part yg aku menyampah dan xsuke citer nih, bila watak Oppie dilakonkan dengan watak yang terlalu berharap dengan watak Rangga..yang dilakonkan oleh Irwansyah..aku benci bila tengok watak camtu..kalau orang dah tak nak, buat apa nak mengharapkan cinta pada orang yang hanya menganggap seseorang tu, just..teman biasa? tapi dalam citer ni lagi teruk..Oppie tu adik-beradik angkat dengan Rangga..hmm..maknanya lakonan 'Oppie' berkesan..untuk membuatkan aku menyampah..hahha..tahniah..
Bagi watak Laura pula, pada mulanya aku melihat watak ini dimainkan dengan jayanya oleh Cinta Laura sebagai suatu yang menjengkelkan..gedix..gete'..dan seumpamanya..tapi, dia baik hati..walaupun suka sangat menjerit..huhu..laura pada mulanya ber'pacaran' dengan Rangga..tapi disebabkan oleh Oppie yang berkeras melarang hubungan cinta antara Laura dan Rangga, diorang clash..sekarang ni pula, Laura lagi pacaran sama Tristan..yang dulunya suka sangat dengan Oppie..tapi bila Tristan menyedari yang Oppie punya perasaan kepada pria lain, dan bukannya dia(Tristan)..dia memutuskan untuk berpacaran dengan Laura..
so, untuk citer hari ini..Rangga telah melarikan diri dari rumah..dan Oppie bersedih..so? apa kesudahan citer ni?? kita sama2 saksikan episod seterusnya,k...

Khamis, Mac 26, 2009

spa Q2 ~ dah tamat....


hari ni, tepat jam 7.25 malam, rancangan TV3 yang berjudul spaQ2..telah pun menamatkan episodnya...
hmm, aku ingat nak komen ni..boleh x?
ok...
generally, aku suka jalan citer spaQ2 kali ni..best..menerapkan unsur-unsur kekeluargaan..kadang-kadang tu menyentuh hati aku, apabila bab2 ibu dan anak-anaknya tertayang di tv..sungguh..
kadang-kadang tu juga, mengundang perasaan geram dengan watak jahat yang Julia mainkan..
kadang-kadang juga, citer ni mengundang gelak tawa aku sendiri..hahahhaa...lucu juga..dan ade yang xrasional..
tapi..yang xberape bestnye tu...kenapa ending citer tu hari ni macam tergantung je? Qistina berkahwin dengan Fahmy, Marlia pula sakit hendak bersalin, Julia pula menangis (xtau kenapa..padahal sebelum tu, dia cakap, dia dh balas dendam..mungkin sebab anak yang dikandungkannya kot???)..datin sofiera ditangkap..norell pula? dah jadi pempuan yang berjaya...family Qistina bersatu kembali...
apa yang pasti..aku rasa, citer ni akan ada lagi musimnye yang ketiga....=p
dan...
TAHNIAH KEPADA SEMUA BARISAN PELAKON, YANG BERUSAHA MEMAINKAN WATAK YANG DIBERIKAN DENGAN JAYANYA...HIDUP SPAQ!!!!!!!!!!CAYALAH!!!