Selasa, Disember 21, 2010

Cinta Kirana...hanya untuk Galang...



Raka berkata: "dia (Kirana) untuk aku..."
Galang menjawab: "BUKAN...Dia (Kirana) untuk aku..."
begitulah akhirnya cerita Cinta Kirana yang bersiaran selama 93 episod di Astro Ria. kitorang satu keluarga penggemar sinetron ni..huhu..rasanya, bukan sebab watak utama, tapi watak Pak Tejo, Mak Surti..itulah watak yang aku rasa menghidupkan cerita romance-comedy ni..

tengoklah gelagat Pak Tejo dan Mak Surti..


aku boleh simpulkan yang cerita dari seberang ni lebih kurang sama je plot cerita dia..cinta 3 segi, cinta yang x kesampaian pada mulanya, tapi akhirnya tercapai sebab roh si mati masuk dalam badan orang lain..macam cerita yang bakal disiarkan hari ni di astro ria, Bukan Diriku sebagai pengganti Cinta Kirana..yang aku dapat pastikan, plot cerita Bukan Diriku tu adalah sama dengan plot filem Ada Cinta, lakonan Acha Septriasa dan Irwansyah suatu ketika dulu [tak ingat tahun berapa]..

satu lagi, cerita dari seberang ni banyak mengisahkan tentang pencarian anak yang hilang, dan akhirnya bertemu jua akhirnya..sama macam sinetron Alisa dan Safa & Marwah..
bukan saja cerita cintan-cintun ni, cerita hantu pun sama je plot ceritanya..mesti berkisar tentang balas dendam, lepas tu, hantu tu akan minta pertolongan dengan orang yang terakhir kena gangguan dia..supaya tolong balaskan dendamnya..atau lepaskan dia dari apa-apa yang buat rohnya bebas..

aku berharap sangat, plot cerita yang akan datang jauh lebih menarik dan lain dari yang sebelumnya..tapi apa-apapun, tahniah juga diucapkan kepada pembuat cerita dan filem dari seberang, kerana mewarnai filem-filem dan drama tempatan.. thumbs up!! =D

Tiada ulasan: