Isnin, Oktober 24, 2011

Mohon terbitkan drama seumpama 'ini' di Malaysia!!

Salam blogging!

Pagi-pagi lagi, aku dah pergi pekan, hantar adik aku pergi sekolah..Bapa dan mama takde kat rumah semalam..duk hantar adik aku yang seorang lagi, balik hostel @ UMS..jadi pagi ni kira tanggungjawab aku untuk hantar dia.

Isnin yang baru datang lagi..dan kehidupan perlu diteruskan.. Aku akan terus menanti email2 atau surat maklum balas tentang permohonan kerja aku di semua tempat yang aku dah apply sebelum ni.

Sementara isi masa lapang di hari2 yang sepatutnya orang bekerja, aku layan cerita..hehe. cerita apa? Korea? Hmm, setakat ni belum lagi la nak layan cerita tu..tapi sekarang ni mood aku layan cerita 
Dari Sujud ke Sujud..aha! Aku pasti, masih ramai yang tak tahu cerita ni berkisar tentang apa..Sebab cerita ni belum lagi ditayangkan di Malaysia..

Ha..aku tahu dari mana? Youtube la..apa guna ada internet, kalau tak search sendiri kan? Opps, sebenarnya aku mula tahu akan kewujudan cerita ni dari pautan seorang rakan fb aku..junior sekolah menengah dulu. Macam best, apa lagi, aku search kat Youtube..dan apa yang aku dapat, rupanya cerita ni adalah kesinambungan dari cerita 'Ketika Cinta Bertasbih' dan 'Ketika Cinta Bertasbih: Meraih Ridho Illahi' yang sekarang ni tengah ditayangkan di astro IndoPek Channel Bintang, 141.

Aku suka sinetron ni. Berkisar tentang persoalan agama yang diuar2kan oleh pihak2 yang kurang berpengetahuan dalam Islam. Setidaknya, melalui cerita ni, pengetahuan agama aku akan turut bertambah..insya Allah..Aku akui, pengetahuan agama aku masih kurang..Tidak salah andainya cerita sebegini diterbitkan dalam drama Malaysia di sini. Kita sendiri tahu, kebanyakan rancangan tv sekarang ni lebih bersifat duniawi. Media elektronik pun boleh mempengaruhi sifat seseorang. Dan kita dapat tengok sendiri, masalah sosial dalam negara kita sekarang ni berpunca dari kurangnya didikan agama, dan pengawasan ibu bapa terhadap tingkah laku anaknya.

Jadi, aku berharap sangat, rancangan tv yang bersifat ukhrawi macam ni akan lebih banyak ditayangkan/disiarkan di Malaysia ni. Ambil contoh dari 'Dari Sujud ke Sujud'..




Tiada ulasan: