Memaparkan catatan dengan label .: clinical posting :... Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label .: clinical posting :... Papar semua catatan

Isnin, Disember 27, 2010

sila ambil perhatian!!

wah, bukan main gamak lagi tajuk tu!haha..saje nak buat GEMPAK!!
ya, kali ni tiba-tiba jari-jari aku ni gatal nak menaip tentang satu 'health promotion'yang disiarkan di tv yang bermula baru-baru ni.. memandangkan aku bekas graduan USM untuk kursus sains kesihatan (kejururawatan), aku akan selalu 'take note' dan 'alert' tentang benda-benda macam ni.. bukan niat untuk riak atau berlagak, tapi inilah aku, mungkin 'semangat' untuk bidang kesihatan yang kuat ni mendorong aku untuk ambil kisah tentang isu ni..
'health promotion' yang aku maksudkan adalah tentang bahayanya penyakit yang telah pun berdarah daging dalam kalangan rakyat Malaysia..seperti diabetes, heart attack, lung cancer dan lain-lain..statistik yang semakin meningkat ini mendorong pihak KKM untuk ambil tindakan macam ni..
tiba-tiba aku teringat 'something'..dulu time study, aku pernah bagi 'health promotion' untuk keluarga pesakit [memandangkan pesakit separuh sedar], tentang 'strok dan cara penjagaan pesakit yang mengalami strok'. aku ingat lagi, sebelum 'assignment' tu sampai masanya, kami ditugaskan untuk cari dan kenalpasti pesakit yang berpotensi untuk diberi 'health promotion' [sebenarnya semua pesakit pun patut diberi pendidikan kesihatan ni] yang 'available' laa..lepas dah 'identify', kena tanya dan bincang pula dengan keluarga pesakit tu untuk mendapatkan kerjasama dari mereka..



jeng3~ hari yang ditunggu2 telah pun TIBA!! sepatutnya 'turn' aku yang last, tapi disebabkan ada 'kesilapan teknikal', 'turn' aku yang PERTAMA!! wah, 'nervous' juga sebenarnya aku time tu, tapi aku gagahkan diri juga untuk buat yang terbaik!! alhamdulillah, hasilnya memuaskan..aku sendiri seperti tak percaya yang aku dah pun SELESAI untuk tugasan tu..memang pada mulanya, aku takut, malu2, sebab semua orang yang ada kat dalam wad tu tengok aku yang tengah bagi 'health promotion'!!mungkin sebab suara aku agak kuat,lantang..jadi aku jadi perhatian umum..
'how do u feel after give health education/promotion?''lecturer' aku bertanya.."i feel very happy, satisfied and best!!!" memang itulah yang aku rasakan..
aku sendiri tak tahu, kenapa aku rasa macam tu, tapi entahlah..mungkin sebab aku dah bagi sepenuhnya dengan bersungguh-sungguh..
itulah kenangan atau lebih tepat PENGALAMAN aku selama 'study' di USM yang tercinta..banyak lagi sebenarnya PENGALAMAN time study tapi sebab tajuk entry kali ni tentang health promotion, jadi aku story morry yang berkaitan je la ye!!
tata~

Jumaat, Mac 06, 2009

6 Utara, oncology pediatric ward in HUSM


clinical posting kali ini adalah yang ketiga terakhir sebelum final exam pada pertengahan bulan April nanti.
bila kaki ini melangkah masuk ke dalam wad ini, berbeza lagi dengan wad-wad yang lain, aku dan kawan-kawan mengharapkan orientasi diberikan kepada kami, kerana struktur wad tu sedikit berlainan, kerana terdiri daripada 3 bahagian; depan, tengah dan belakang sekali.tapi hampa, tidak seorang pun yang sudi untuk orientasi kami.alternatifnya? kami tanya akak-akak senior, kebetulan dalam wad tu, kumpulan diorang kak fye, kak eleanor and the gang..jadi, apa yang diorang buat, kami tengok saja..dan tanya apa yang patut..
hmm, posting kali ni agak malang..fasi utk student nursing 3rd year, Puan Rahimah angin satu badan..dia tempiaskan kemarahannya tu terhadap senior kepada kami..memang malang nasib hari tu..aku hanya mendiamkan diri, buat-buat muka sakit..(tapi sememangnya aku sakit)..pot pet pot pet la..aku tak ada mood..tambah lagi ngan problem..hmm, aku sendiri tak tahu kenapa satu hari tu aku mood unstable..yang penting, di wad itu, pada hari itu, aku rasa tak best..
kesimpulannya, sikap orang lain terhadap kita mempengaruhi mood kita untuk melakukan sesuatu kerja..tapi, bergantung kepada persepsi seseorang itu untuk menghadapi situasi itu..cara dia untuk adaptasi situasi itu..bagi aku, inilah kenyataannya..

Rabu, Februari 25, 2009

6 selatan..pediatric medical ward for HUSM

hari ni, grup aku posting di cni..hmm, so far ok..berdepan dengan budak-budak yang banyak sangat ragamnya..tadi, kitorang buat observation saja..tak buat benda lain pun..itupun makan masa sejam..tambah lagi dengan budak yang menangis la..tak duduk diam la..itu tak masuk lagi dengan budak yang hilang dari katil..bersama mak dia..hmm, lesap!!!budak-budak nangis sebab stigma dengan orang yang berbaju putih..takut!!! (ala, aku pun dulu macam tu..ngeh3~)
tambah lagi (berapa kali banyak tambah da~) aku kena buat observation untuk 2 cubicle..jenuh dan penat..tapi mujur ada rakan-rakan grup aku yang baik hati..diorang sudi tolong aku.. thanks kak zan, su, fizah dan man eng..untuk akak senior 4th yr, kak Akmar and the gang..thanks a lot..sbb bantu kitorang..buat pertama kalinya, ada akak senior sorang tu tertukar aku dengan fiza..dia cakap muka aku sama dengan fizah!!!huahuahuahua =D..lucu2..
hmm, so far, ok la sepanjang keberadaan kitorang di sana, bersama dengan akak-akak senior..hmm, puan Nik Na pun cakap, hari ni just buat keje, xyah present2 case..at least leh apply terus apa yang dah belajar sebelum ni..
tapi, yang tak bestnya, SN kat situ (tak tau la siapa) ngadu bla..bla..bla..bukannya nak berterima kasih sebab kitorang dah buat apa yang dia suruh..tapi, biarlah..ragam manusia..bermacam-macam!!!
itulah pengalaman kerja 1 shift di wad ni..

Khamis, Februari 19, 2009

masalah hari semalam...di wad 2S (pediatric surgery)

aku bangun pagi tu dalam jam 5.30. seusai bangun, aku terus menghiris bawang besar, untuk aku goreng bersama dengan nasi, 'ceplok' satu biji telur..dan akhirnya, siap terhidang 'morning nasi goreng'..biasanya, sebelum pergi clinica posting, sejak akhir-akhir ni, aku sering menggoreng nasi..yela, mana taknye, time praktikal tu la yang xselesa, dengan perut yang lapar..susah nak buat kerja..
pada mulanya, aku sampai dan masuk di wad tu, so far ok..dengan budak-budak yang comel..masih dalam lingkungan umur 8-9 bulan, setahun lebih, dan seingat aku, budak paling tua pun umur 10 tahun..hmm, macam-macam la penyakit yang diorang alami..kesian, memang kesian..tapi apa boleh buat..takdir penentu segala..
sebelum aku dengan rakan-rakan yang lain pergi makan jam 10, aku tak tahu, dengan tidak semena-mena, mata aku mula berpinar-pinar, sebelah kanan..dan yang mengerikan aku lagi, selesai sahaja makan dan beberapa tapak lagi nak masuk wad balik, tiba-tiba kepala aku pula yang sakit...mula-mula dekat dengan bahagian tepi mata..lama-kelamaan sakit tu berpindah ke bahagian tengah kepala aku..kenapa ni??dan time tu juga mata aku kembali berpinar-pinar..dari itu, aku minta kebenaran fasi untuk berehat sebentar..
dan tak lama selepas itu, aku tidur di bilik solat wad tu, aku keluar sahaja dalam jam dekat-dekat jam 1, tiba-tiba tiga orang rakanku bertanya 'hey,tini, u pg mana woo?' aku cakap aku rehat kat bilik solat..kenapa? 'cik ct cari kamu'..aik?pelik..tadi dia yang suruh aku rehat..ni cari aku pula? hmm..mungkin dia ingat sakit kepala aku hanya sementara..tapi hakikatnya...sampai petang pun masih sakit lagi..aku masih tak tahu apa puncanya...masuk kali ini, dah dua kali aku sakit kepala..risau jua kalau apa-apa jadi dengan aku..mungkin, kalau selepas ini, sakit kepala aku menyerang lagi, aku mest jumpa doktor..dan bagitahu mak secepat mungkin..insya Allah...

p/s: for man eng, thanks for ur medication.. i appreciate it..thanks a lot

Selasa, Februari 17, 2009

selesai satu perkara...perkara lain ada lagi menunggu =(

alhamdulillah, semalam aku dah selesaikan satu perkara yang genting la juga..iaitu practical assessment di ccu..hmm, kelam kabut aku dibuatnya, tapi tiada la sampai kalut sangat..cuma time perform ecg tu, banyak juga step yang aku tak buat..yalah, lupa..psl ABG interpretation tu pula, aku salah interprete..hmm, tak apa la, yang penting mencuba..dari kesalahan atau kesilapan aku interprete tu, harap-harap boleh la improve for the next time being..insya Allah..
hari ini, aku free..kelas pun tiada, sebab hari start health teaching to client(patient), rummate aku, najwa start health teaching hari ni..gudluck najwa!!..
hmm, memandangkan hari ni free, aku nak pergi kbmall, ada urusan sikit, ngan kawan aku 2 orang..dalam jam 2 balik la..hmm, ingatkan petang ni nak belajar driving lagi..alih-alih, cikgu kitorang sakit..hmm, tak bestnya..bila la lagi mau belajar ni?? semangkit sudah aku ni..huhu...tak apa la..mungkin hari khamis la..
hmm, ok la..mandi jap..hehe...jumpe next blog ek..da~

Khamis, Februari 12, 2009

cerita hari semalam..


Hari ini, kumpulan aku posting di OT. So far, best la. Siap dipuji lagi tu..huhu..bukan la membanggakan diri, tapi kami semua pun hairan, apa yang kami buat sampai Cik Nor kata ‘good’ untuk kumpulan kitorang ni? Hmm, pelik..mungkin, ini diluar kesedaran kami semua..mungkin!!!
Petang tu pulak, kumpulan posting untuk sesi petang, group D yang dipimpin oleh aku sendiri, posting di blood bank. Just briefing, dan observation. Pastu, kena buat report pula, dan submit seminggu selepas hari ini. Hmm, task makin banyak..dan mendewasakan aku dan kawan-kawan yang lain untuk bijak mengurus masa sendiri, tambah-tambah lagi, assignment yang makin banyak, yang perlu untuk disiapkan dan dihantar tepat pada masanya.
Hmm, insiden yang duit biasiswa aku yang terbayar dua kali itu pun, sudah beres. Alhamdulillah, kakak yang kerja di bahagian akaun pelajar tu cakap, boleh keluarkan balik duit yang aku terbayar lebih tu, tapi bukan dalam masa yang terdekat ini. Dia suruh aku dating sana balik 2 minggu akan datang. Mudah-mudahan aku boleh dapat balik duitku tu..amin.

Rabu, Februari 04, 2009

2 delima...neuro ward of HUSM

hari ini, 4hb Februari 2009, kumpulan aku, group 4 posting di 2 Delima, wad neuro HUSM..


hmm, ini kali kedua kami ditempatkan di sini.. dan pesakit di katil HDU2 adalah pilihan aku untuk 'nursing care'..katil itu jugalah yang menjadi kenangan pahit aku, semester lepas..gara-gara S/N yang sangat lokek ilmu!!!!





tapi kali ini, ada perbezaan sikit..


apa perbezaan itu? banyak beza ke?






yup..semestinya ada perbezaan untuk posting kali ni..sebab kali ni, nurse yang attached aku, atau kerja sama-sama dengan aku lebih baik dan lebih banyak menolong supaya aku boleh buat procedure2 dalam menjaga dan merawat pesakit di wad tu..hmm, tak menang tangan aku dibuatnya..ada sahaja procedure yang perlu dibuat untuk patient tu.. tapi kali ini, aku berpuas hati dengan apa yang aku buat..sebab banyak procedure yang aku buat, terutama sekali 'suctioning'..kali ini, aku berkesempatan untuk melakukannya!!!





tapi yang buat aku masih tak puas hati, ialah procedure 'mouth toilet'..aku masih lagi kompius utk melakukannya..tapi aku buat juga, atas arahan S/N tu, walaupun aku rasa sangat2, yang aku buat tu, xproper..tak ikut steps yang sepatutnya.. apa-apa pun, lepas ni, aku akan buat yang terbaik..insya Allah...





peer review!!!





hmm, kesian aku kat Man Eng, dia bagi aku kurang bernasib baik sikit..sebab S/N yang dia attached adalah sangat teruk...asyik nak marah saja tak tentu pasal..sehinggakan aku pun kena tempiasnya..gara-gara tak buat atau lupa nak buat observation (temperature) patient.. bukan aku sengaja..eeee....geram dan benci!!!





hmm, berbeza pula dengan fizah, kak zan dan su, diorang boleh la dikira bernasib baik sikit...berbanding dengan aku dan yg lain.
apa-apapun, dapat aku simpulkan di sini, posting 2 Delima kali ini better dari semester lepas..hanya kerana....S/N!!!!!!