Jumaat, Mac 06, 2009

6 Utara, oncology pediatric ward in HUSM


clinical posting kali ini adalah yang ketiga terakhir sebelum final exam pada pertengahan bulan April nanti.
bila kaki ini melangkah masuk ke dalam wad ini, berbeza lagi dengan wad-wad yang lain, aku dan kawan-kawan mengharapkan orientasi diberikan kepada kami, kerana struktur wad tu sedikit berlainan, kerana terdiri daripada 3 bahagian; depan, tengah dan belakang sekali.tapi hampa, tidak seorang pun yang sudi untuk orientasi kami.alternatifnya? kami tanya akak-akak senior, kebetulan dalam wad tu, kumpulan diorang kak fye, kak eleanor and the gang..jadi, apa yang diorang buat, kami tengok saja..dan tanya apa yang patut..
hmm, posting kali ni agak malang..fasi utk student nursing 3rd year, Puan Rahimah angin satu badan..dia tempiaskan kemarahannya tu terhadap senior kepada kami..memang malang nasib hari tu..aku hanya mendiamkan diri, buat-buat muka sakit..(tapi sememangnya aku sakit)..pot pet pot pet la..aku tak ada mood..tambah lagi ngan problem..hmm, aku sendiri tak tahu kenapa satu hari tu aku mood unstable..yang penting, di wad itu, pada hari itu, aku rasa tak best..
kesimpulannya, sikap orang lain terhadap kita mempengaruhi mood kita untuk melakukan sesuatu kerja..tapi, bergantung kepada persepsi seseorang itu untuk menghadapi situasi itu..cara dia untuk adaptasi situasi itu..bagi aku, inilah kenyataannya..

Tiada ulasan: