Khamis, Februari 19, 2009

masalah hari semalam...di wad 2S (pediatric surgery)

aku bangun pagi tu dalam jam 5.30. seusai bangun, aku terus menghiris bawang besar, untuk aku goreng bersama dengan nasi, 'ceplok' satu biji telur..dan akhirnya, siap terhidang 'morning nasi goreng'..biasanya, sebelum pergi clinica posting, sejak akhir-akhir ni, aku sering menggoreng nasi..yela, mana taknye, time praktikal tu la yang xselesa, dengan perut yang lapar..susah nak buat kerja..
pada mulanya, aku sampai dan masuk di wad tu, so far ok..dengan budak-budak yang comel..masih dalam lingkungan umur 8-9 bulan, setahun lebih, dan seingat aku, budak paling tua pun umur 10 tahun..hmm, macam-macam la penyakit yang diorang alami..kesian, memang kesian..tapi apa boleh buat..takdir penentu segala..
sebelum aku dengan rakan-rakan yang lain pergi makan jam 10, aku tak tahu, dengan tidak semena-mena, mata aku mula berpinar-pinar, sebelah kanan..dan yang mengerikan aku lagi, selesai sahaja makan dan beberapa tapak lagi nak masuk wad balik, tiba-tiba kepala aku pula yang sakit...mula-mula dekat dengan bahagian tepi mata..lama-kelamaan sakit tu berpindah ke bahagian tengah kepala aku..kenapa ni??dan time tu juga mata aku kembali berpinar-pinar..dari itu, aku minta kebenaran fasi untuk berehat sebentar..
dan tak lama selepas itu, aku tidur di bilik solat wad tu, aku keluar sahaja dalam jam dekat-dekat jam 1, tiba-tiba tiga orang rakanku bertanya 'hey,tini, u pg mana woo?' aku cakap aku rehat kat bilik solat..kenapa? 'cik ct cari kamu'..aik?pelik..tadi dia yang suruh aku rehat..ni cari aku pula? hmm..mungkin dia ingat sakit kepala aku hanya sementara..tapi hakikatnya...sampai petang pun masih sakit lagi..aku masih tak tahu apa puncanya...masuk kali ini, dah dua kali aku sakit kepala..risau jua kalau apa-apa jadi dengan aku..mungkin, kalau selepas ini, sakit kepala aku menyerang lagi, aku mest jumpa doktor..dan bagitahu mak secepat mungkin..insya Allah...

p/s: for man eng, thanks for ur medication.. i appreciate it..thanks a lot

Tiada ulasan: