Khamis, Februari 12, 2009

cerita hari semalam..


Hari ini, kumpulan aku posting di OT. So far, best la. Siap dipuji lagi tu..huhu..bukan la membanggakan diri, tapi kami semua pun hairan, apa yang kami buat sampai Cik Nor kata ‘good’ untuk kumpulan kitorang ni? Hmm, pelik..mungkin, ini diluar kesedaran kami semua..mungkin!!!
Petang tu pulak, kumpulan posting untuk sesi petang, group D yang dipimpin oleh aku sendiri, posting di blood bank. Just briefing, dan observation. Pastu, kena buat report pula, dan submit seminggu selepas hari ini. Hmm, task makin banyak..dan mendewasakan aku dan kawan-kawan yang lain untuk bijak mengurus masa sendiri, tambah-tambah lagi, assignment yang makin banyak, yang perlu untuk disiapkan dan dihantar tepat pada masanya.
Hmm, insiden yang duit biasiswa aku yang terbayar dua kali itu pun, sudah beres. Alhamdulillah, kakak yang kerja di bahagian akaun pelajar tu cakap, boleh keluarkan balik duit yang aku terbayar lebih tu, tapi bukan dalam masa yang terdekat ini. Dia suruh aku dating sana balik 2 minggu akan datang. Mudah-mudahan aku boleh dapat balik duitku tu..amin.

Tiada ulasan: