Memaparkan catatan dengan label towards getting "PDL" =D. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label towards getting "PDL" =D. Papar semua catatan

Rabu, April 08, 2009

yeah!!! LULUS TEST JPJ.. i'll get PDL soon..


syukur alhamdulillah..aku dan 4 orang rakanku yang lain, telah lulus menjalani ujian penilaian JPJ..
part yang aku risau sangat ialah...BUKIT!!..alhamdulillah, aku lepas bukit tu..nak tau? bila dah pass bukit tu(kete maju ke depan)..aku sangat release!!! jantungku berdegup sangat kencang..
syukur segalanya...akhirnya, penantian aku tak sia-sia..walaupun banyak cabaran dan dugaan, akhirnya...lesen P dalam genggaman, insya Allah, dalam beberapa hari lagi..

AKU BERJAYA MEMBUKTIKAN..YANG AKU BOLEH MELAKUKANNYA!!!!! TERIMA KASIH YA ALLAH, TERIMA KASIH KEPADA ORANG2 TERSAYANG..DAN RAKAN2 LAIN, KERANA MENDOAKAN KEJAYAAN AKU...=)

LOVE U ALL!!!

Jumaat, Februari 20, 2009

kalut la hari ni.... =(


hai.morning...
hmm, aku baru saja balik dari kelas driving..berbeza lagi, untuk kali ni, aku belajar seorang, ina ada kelas khat..nana dan aiza melancong pergi bukit merah dan penang..(bestnya, kalau aku ada duit, memang aku pergi ke sana juga..tapi..)
sesampai saja aku di IM kotaraya, aku terus bawa kereta adik kepada cikgu aku..encik syukri..hmm, mula-mula tu, ok la juga bawak..yakin tu, adalah..parking, naik bukit,3 penjuru..semua pass, tapi yang malangnya, untuk kali ketiga (campur dengan hari-hari yang lalu) aku terturun dari bukit..arrggghhh!!! apesal ni?? kalut aku..tadi mula-mula ok je..entah la, kenapa aku boleh tertekan 'clutch' tu lagi once dah lepas handbreak..so, secara otomatik, kereta akan undur ke belakang..last2, encik syukri suruh aku lepas saja bukit tu...sedih sangat2!!! tak apa lah..selepas itu, aku terus bawa kereta ke jalan raya..jalan B..so far ingat, tak ada lah susah sangat pun..
selepas itu, aku rehat di tempat biasa..sementara tunggu encik mi untuk bawa aku pulang.lama juga tunggu.. aku ingat aku bawa kereta encik mi balik ke sini (usm)..tapi tak, sebab dia ada bagitahu, yang dia dan family nak pergi rantau panjang..ok la..
hmm, bila ingat2, dah lama aku tak pergi sana, tapi, fikir-fikir balik, duit kena cukup, sebab.. tahulah, kalau sampai saja di sana, mata ni rambang, nak beli itu la..ini lah, terutama sekali, baju..huhu..insya Allah, tengoklah nanti macam mana..mudah-mudahan duit yang aku terbayar yuran 2 kali tu akan masuk dalam minggu depan..sebab, next payment untuk pre test driving ni, rm150..amin..

Selasa, Februari 17, 2009

selesai satu perkara...perkara lain ada lagi menunggu =(

alhamdulillah, semalam aku dah selesaikan satu perkara yang genting la juga..iaitu practical assessment di ccu..hmm, kelam kabut aku dibuatnya, tapi tiada la sampai kalut sangat..cuma time perform ecg tu, banyak juga step yang aku tak buat..yalah, lupa..psl ABG interpretation tu pula, aku salah interprete..hmm, tak apa la, yang penting mencuba..dari kesalahan atau kesilapan aku interprete tu, harap-harap boleh la improve for the next time being..insya Allah..
hari ini, aku free..kelas pun tiada, sebab hari start health teaching to client(patient), rummate aku, najwa start health teaching hari ni..gudluck najwa!!..
hmm, memandangkan hari ni free, aku nak pergi kbmall, ada urusan sikit, ngan kawan aku 2 orang..dalam jam 2 balik la..hmm, ingatkan petang ni nak belajar driving lagi..alih-alih, cikgu kitorang sakit..hmm, tak bestnya..bila la lagi mau belajar ni?? semangkit sudah aku ni..huhu...tak apa la..mungkin hari khamis la..
hmm, ok la..mandi jap..hehe...jumpe next blog ek..da~

Isnin, Februari 02, 2009

learn new things more!!!

hari ini, petang tadi dalam jam 3, aku belajar benda baru..iaitu cara nak parking dan naik bukit yang betul..
hmm, mungkin sesetengah orang yang dah memang ada lesen P dan even C akan anggap "ala, bende2 tu senang je"..ya, itu bagi diorang, tapi berlainan dengan aku..ini adalah pengalamanku yang seterusnya dalam 'driving'..
apa yang aku belajar hari ni, akan aku praktikkan selalu untuk aku pass 'ujian' kelak..amin..

p/s: esok, insya Allah, aku akan belajar dan belajar lagi..inilah aku!!!

Ahad, Februari 01, 2009

become excited!!!!

hari ini dalam sejarah dalam hidupku...hehe..



apa yang pentingnya hari ini?










hari ini, aku dengan rasminya memandu kereta di jalan raya yang sibuk sekitar Panji dan Pengkalan Chepa, kelantan..hari ini aku start belajar memandu untuk tempoh 8 jam, masa dipenuhi bersama cikgu yang mengajar..tentang cara-cara untuk memandu yang betul dan berhemah..yang buat aku bertambah excited, aku terbawa laju..maksud aku terlebih had laju yang ditetapkan pada peringkat aku..yang baru sahaja memegang "lesen L"..


besar kemungkinan, ada yang berpendapat, bahawa aku ni, terlalu pelik...dan mungkin juga sebahagiannya menganggap aku jadi begini sebab..yelah, baru pertama kali memandu, memegang dan mengawal stereng di jalan raya yang sibuk dengan kenderaan yang bermacam bentuk dan rupa ketika ini..jadi ada sesetengahnya faham kenapa aku jadi begini..hehe...thanks kepada yang memahami, seperti iz dan lain-lain..






apa-apapun, inilah pengalaman yang aku tak akan lupakan hingga akhir hayat..insya Allah..kerana pengalaman seperti ini, tidak akan dirasakan oleh orang lain selain diri aku sendiri..dan selagi mereka yang belum pernah memandu sebelum dapatkan 'L' dan 'P'.selagi itulah mereka tidak akan dapat merasakan pengalaman yang aku alami ini...




p/s: next day (free time) for next hours, I'll learn more..terima kasih encik mi!! =)