Memaparkan catatan dengan label student's life. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label student's life. Papar semua catatan

Khamis, Mei 19, 2011

sotong goreng celup tepung..mengingatkan aku kepada....

malam2 macam ni, biasanya aku akan terus update blog aku.betul? tapi selalunya, sebelum aku update cerita..aku akan tengok dulu blog blogger lain..entri terkini yang diorang update..dan malam ni, aku terkejut sedikit..seorang blogger terkenal telah pulang ke rahmatullah..innalillahi wa innaa ilaihi rooji'un..'telordibasuh'..siapa tak kenal beliau..pada blogger baru, mungkin tak berapa kenal..jujur, aku sekali pun tak pernah jenguk blog tersebut..tapi aku pernah ternampak link blog beliau kat satu blog kawan karib aku..di bahagian bloglistnya..nampaknya, aku hanya dapat baca entri2nya yang sebelum ni je...semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..al-Fatihah..
lepas solat isyak tadi..tiba2 teringat kat x-roommate aku tahun lalu..Ili Izyan..namanya seindah rupa..aku suka tengok muka budak ni..kiut miut..tapi bukan biut ok! hehe..gurau2 jek, dik! rindu sangat kat dia..haa..ni semua gara-gara...SOTONG GORENG CELUP TEPUNG! hehe..dia suka sangat lauk ni..sepanjang jadi roommate dia tahun lepas, suka giler dia bila dapat makan lauk tu..tak kira la makan kat mana2 restoran atau gerai2..mesti dia akan cuba rasa makanan tu..dna lepas tu, sampai bilik..terus komen! haha..Ili..Ili..si penggemar sotong goreng celup tepung.. ;p
malam ni, cerita tak menarik langsung..kat mana2 tv tak menarik! asyik cerita hantu je bila malam2 jumaat ni..apsal ah?? promote eh?! hmm..xfaham..maaf la yek..ini pendapat aku..derr..
selamat malam!

nak tito..

Isnin, Disember 27, 2010

sila ambil perhatian!!

wah, bukan main gamak lagi tajuk tu!haha..saje nak buat GEMPAK!!
ya, kali ni tiba-tiba jari-jari aku ni gatal nak menaip tentang satu 'health promotion'yang disiarkan di tv yang bermula baru-baru ni.. memandangkan aku bekas graduan USM untuk kursus sains kesihatan (kejururawatan), aku akan selalu 'take note' dan 'alert' tentang benda-benda macam ni.. bukan niat untuk riak atau berlagak, tapi inilah aku, mungkin 'semangat' untuk bidang kesihatan yang kuat ni mendorong aku untuk ambil kisah tentang isu ni..
'health promotion' yang aku maksudkan adalah tentang bahayanya penyakit yang telah pun berdarah daging dalam kalangan rakyat Malaysia..seperti diabetes, heart attack, lung cancer dan lain-lain..statistik yang semakin meningkat ini mendorong pihak KKM untuk ambil tindakan macam ni..
tiba-tiba aku teringat 'something'..dulu time study, aku pernah bagi 'health promotion' untuk keluarga pesakit [memandangkan pesakit separuh sedar], tentang 'strok dan cara penjagaan pesakit yang mengalami strok'. aku ingat lagi, sebelum 'assignment' tu sampai masanya, kami ditugaskan untuk cari dan kenalpasti pesakit yang berpotensi untuk diberi 'health promotion' [sebenarnya semua pesakit pun patut diberi pendidikan kesihatan ni] yang 'available' laa..lepas dah 'identify', kena tanya dan bincang pula dengan keluarga pesakit tu untuk mendapatkan kerjasama dari mereka..



jeng3~ hari yang ditunggu2 telah pun TIBA!! sepatutnya 'turn' aku yang last, tapi disebabkan ada 'kesilapan teknikal', 'turn' aku yang PERTAMA!! wah, 'nervous' juga sebenarnya aku time tu, tapi aku gagahkan diri juga untuk buat yang terbaik!! alhamdulillah, hasilnya memuaskan..aku sendiri seperti tak percaya yang aku dah pun SELESAI untuk tugasan tu..memang pada mulanya, aku takut, malu2, sebab semua orang yang ada kat dalam wad tu tengok aku yang tengah bagi 'health promotion'!!mungkin sebab suara aku agak kuat,lantang..jadi aku jadi perhatian umum..
'how do u feel after give health education/promotion?''lecturer' aku bertanya.."i feel very happy, satisfied and best!!!" memang itulah yang aku rasakan..
aku sendiri tak tahu, kenapa aku rasa macam tu, tapi entahlah..mungkin sebab aku dah bagi sepenuhnya dengan bersungguh-sungguh..
itulah kenangan atau lebih tepat PENGALAMAN aku selama 'study' di USM yang tercinta..banyak lagi sebenarnya PENGALAMAN time study tapi sebab tajuk entry kali ni tentang health promotion, jadi aku story morry yang berkaitan je la ye!!
tata~

Sabtu, April 03, 2010

on semula~


aii..salam..
lamanya xtaip apa2 kat blog nih..hurm, dh berbulan2..sorilah, bz ngan prktikal..smpai xtersentuh blog ni..huhu..skrg ni prktikal di KK Gunong, Bachok..
tggl brapa hr je lg aku akan MENINGGALKAN USM ni..hurm, spnjg 4 thn duk study cni, byk btul kenangan manis, pahit, tawar dan sbgnya la..tp itulah hakikatnya, bergelar student U..xnk la taip kat cni, jd kontroversi plak..wakaka XD
apa yg boleh aku simpulkan di sini, hepi being as a student life..pasni, x dh menyandang jawatan 'STUDENT'..it will be over soon~~~...sedih..
apa2 experience spnjg jd student ni, akan aku jadikan ia sbg pengajaran dan persediaan utk aku hadapi alam kerja nti..insya Allah, Allah akan membimbing hamba-Nya ke jalan-Nya..amin~
gudluck to everyone!!! pelihara dalam sentuhan (keep in touch daaaa~)...
daaaaa~ ^^,

Khamis, Julai 02, 2009

public knowledge and awareness on H1N1 and its preventive measure: handwashing

huhu..aku baru lepas jumpa cik nor, penyelaras kursus projek penyelidikan..huahua...habis kena brainstorming..pasal aku tak buat draf lagi..at least, dia cakap boleh dah bincang untuk buat proposal..hahha.malunye aku.aku tak buat lagi apa-apa, sebab tajuk yang aku nak seperti di atas masih lagi di awang-awangan..tergantung..then hari ni baru aku tau, rupanya tajuk aku tu dah lama dia approve..kira seminggu yang lalu la..huhu..
tapi apa-apapun..aku kena start dah buat draf..by next week, cik nor nak tengok.huhu..mudah-mudahan dia terima..amin...
thanks cik nor..

~ya Allah, permudahkan segala urusanku..amin..

Sabtu, Jun 27, 2009

WELCOME TO USM~


hari ini, pengambilan pelajar-pelajar usm baru iaitu tahun 1 dijalankan..sebentar lagi mereka dikehendaki untuk mendaftar..
suatu ketika dahulu, aku juga pernah mengalami apa yang adik2 baru ini alami..dengan muka dan imej diri yang memang ketara sangat 'poyo' dan budak baru di tempat yang baru,apa lagi ini adalah pertama kali aku jejak kaki di tanah semenanjung ni, aku mengerti perasaan adik-adik baru berkenaan...pada awalnya, ketika orientasi, aku menangis..bilamana kedua ibu bapaku terbang balik ke sabah..aku sangat sedih time tu..hanya Allah yang Maha Mengetahui dan Mengerti apa yang aku rasakan tika itu..
dan pada hari ini, aku tidak menyangka, yang aku telah melangkah ke Tahun Akhir di USM ini..bagao tak percaya, tapi inilah hakikatnya...sekejapnya masa berlalu...
aku akan pastikan tahun akhir inilah, aku akan buat yang terbaik, sebelum aku mendapat degree for next week..walaupun terlalu banyak cabaran dan dugaan yang mendatang menanti aku...
Ya Allah, bantulah aku menghadapi ini semua...permudahkan segala urusanku...bukakanlah pintu hatiku, lapangkan dadaku..agar ilmu mudah masuk dan meresap ke hatiku..

buat adik2 tahun satu di usm ni, selamat datang akak ucapkan...bila masuk di usm ni, ingatlah ibu bapa kita di rumah..mereka mengharapkan kejayaan kita di sini..jangan main-main2 k...

Rabu, Mei 20, 2009

bengang!!! (tajuk lagu baru..Akim AF7)..


bengang..geram..~aku dah bosan!! (lagu Amy Search)..
sampai sekarang aku still tak dapat approval untuk tajuk research aku..kenapa weh?? bukan aku sorang yang geram..kawan-kawan aku yang lain juga sama macam aku..kata nak suruh siapkan cepat..tapi, apa ada? xde bende..
takpelah..mungkin insan tu bz..so, still waiting..waiting..dan menunggu..sampai habis cuti ni..
hmm..sabar je la hati..mudah2an tajuk research aku tu di approve..amin~~

Selasa, Mac 10, 2009

health teaching..pass


alhamdulillah, health teaching aku dah pass..maksud aku, dah pun berlalu..
hmm, dari penilaian health teaching tu, banyak juga benda yang aku belajar, untuk menjadi seorang 'guru' terutama sekali kepada pesakit..tentang kemahiran, kelancaran, kefasihan, kekreatifan..itu yang penting..
cuma, apa yang kurang dengan aku hari ahad lalu, ialah..aku kurang kreatif..gambar dalam flipchart pun kurang..kadang-kadang tak berapa relevan dengan apa yang aku cakap kat relative patient..hmm, tak mengapa..inilah namanya pengalaman..belajar dari pengalaman..dari situ, kita boleh perbaiki..
hmm..k la..nk tidur..ngantuk..lengan ni pun sakit..nite..da~

Khamis, Februari 19, 2009

letih..tapi berbaloi..insya Allah


alhamdulillah, assignment untuk dihantar pada minggu ini, telah pun siap dan dihantar sejurus selepas kelas oral health tadi..
hmm, kawan-kawan dan aku sendiri sedar, untuk sem ni, hampir setiap minggu ada saja assignment yang kena buat, dan mesti dihantar tepat pada masanya..boring, penat..yel, asyik nak fikir ayat-ayat untuk mengarang..letih sangat otak ni..hmm, mungkin sebab itu kot aku sakit kepala..mungkin.ok..
for next week, next assignment pula menanti...untuk subjek 'nursing education'..hmm, kali ni, tajuk agak mencabar..kena bagi comment pula lagi..
hmm, insya Allah, kalau tak hari ini, esok aku akan mulakan mencari maklumat untuk assignment kali ni..aku tak nak ponteng macam diorang, pontent kelas hanya untuk siapkan assignment..lagipun aku tak berani untuk buat macam tu..aku akan rasa bersalah terhadap ilmu..benda ni memang dari aku sekolah lagi..tak berani nak ponteng..dah dibiasakan...
hmm, selepas ni, aku ingat nak rehat jap kepala ni..c 4 next blog k..da~

Ahad, Februari 15, 2009

kerana dirimu begitu berharga...hehehe

hmm..makin lama, makin umur meningkat, makin nak keluar dan tamatkan pengajian di usm ni,makin banyak stressor yang perlu aku hadapi, mau tak mau, kena hadapi jugak..kena adapt..then...jadi rutin..
tapi semua tu kena bermula dengan benda yang akal kita sendiri tak pernah tercapai..(macam lagu elyana pula, hehehe)..
sekarang ni, aku tengah stress nak buat dan siapkan (kalau boleh la...) assignment stress management ni..sebab esok dah kena submit..waa...makin lama, assignment yang doktor tu bagi..makin tebal..makin banyak...inikah yang dinamakan proses mematangkan diri?hmm..musykil..ingatkan ambil subjek ni, boleh la manage stress..tp xdpt..sbb assignment yg melambak..hmm, akibatnya, diri sendiri tak termanage..
sekarang ni jugak, aku tengah mendapatkan perkhidmatan kaunseling percuma dari rakan mayaku...cikgu cd..huhu..agak best..interesting..aku tak pernah terfikir untuk berkawan dengan insan yang bagi aku, istimewa juga, mana taknye, kalau aku ada problem, tempat dia la aku minta pendapat..hehe..best..terima kasih cikgu cd..