Memaparkan catatan dengan label cerita BR1M. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label cerita BR1M. Papar semua catatan

Rabu, Mei 22, 2013

Hidup ko tu nak marah je ke?!

Wordless Wednesday...

Hari ni, aku rasa macam serba tak kena..semua benda, orang aku nak marah..mungkin tanda2 pms.. its normal things.. dah 2 orang tegur aku, hari ni muka aku serius banget! Tak perasan pula aku.. haha.. dan salah satu sebab aku nampak serius tu, sebab aku rasa tak aman di sini.. ada 'mata' jahat meliar di kawasan ni.. aku benci mata tu.. takde benda lain ke nak tengok?!! 

Dalam beberapa minggu ni, ada ja orang yang datang untuk buat semakan br1m.. dan kebanyakannya mau claim baucer RM600 yang dikatakan dibagi lagi dalam bulan Julai.. dari mana diorang dapat info ni? Ada yang minta maaf, sebab tak tahu yang benda tu mungkin untuk tahun depan.. tak kurang juga, ada yang marah.. kenapa nak marah dengan kami? Kami tak pegang pun duit baucer korang tu! Hish..panas juga aku dibuatnya.. asal tak dapat baucer, tahunya nak marah ja!! Tekanan juga aku dibuatnya..

Kepada warga sekalian, setakat ni kami belum terima apa2 maklumat berkenaan dengan RM600 bagai.. sebaiknya, tanya terus dengan orang yang cakap macam tu,ok?! Titik! 

Jumaat, Disember 28, 2012

Rezeki..jangan ditolak!

Salam semua..

Fuh! Hari ni, seperti yang aku sangkakan semalam.. Penerimaan borang meningkat lagi..dengan pertambahan 33 borang dari yang semalam.. Hmm, tabiat hantar last minit, aku yang tanggung sengsaranya..cobaan~ ;)hehe..

Lepas ni, tugasan aku makin bertambah.. Kena key in sendiri.. Tapi aku tak kisah..sebab aku dah redha,dan terima dengan hati terbuka,yg itu semua adalah tugas aku membantu rakyat jelata..

Cakap pasal bantu dan tolong ni, aku jadi teringat dengan apa yang berlaku dengan aku pagi tadi.. Ada satu makcik datang ke kaunter.. Dan..

"Nak..di sini ka minta borang tu?"

"Ya makcik..makcik mau brapa borang?"

"Bagiku.. Dalam 5-6 macam tu.." Tanpa fikir sesaat, aku bagi ja.. ;)

Time tu, masih ada juga yang datang untuk hantar borang..aku proses dulu borang2 tu..bila dah lengang dan tinggal makcik tu sorang2, terus dia duk dekat dengan aku.. Tiba-tiba..??!!

"Nah,nak.." Eh,aku rasakan makcik tu hulur 'something' kat tangan aku.. Dan baru aku sedar.. Kertas warna hijau!! Eh, duit ke ni? (Dalam hati aku jek..huhu).. Sekilas je aku tengok.. RM5!!!

"Eh,makcik..apa ni? Makcik.."

"Eh, takpa nak..macik sedekahkan saja.." Senyum je makcik tu..sampai dia berlalu pergi.. "Terima kasih ya nak.." Tambahnya lagi..

Haih.. ni sedekah ikhlas ke..rasuah? Haih! Tak mungkin la rasuah..bukan aku buat apa2 pun kat makcik tu sebagai balasan.. Dia sedekah la tu..sempena hari jumaat hari ni kan? Semoga Allah murahkan rezeki makcik tu..amin..lindungi makcik tu,ya Allah.. Walau di mana saja dia berada..amin..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khamis, Disember 27, 2012

dari santai.. ke serius??!! jauh2!!


entri kedua untuk hari ini..

sepanjang satu hari ni, keje aku ok, cuma..hmm, mood tak berapa nak bagus.. tapi alhamdulilah, kutipan borang hari ni sama dengan semalam. hmm, masih ramai yang hantar borang last minute,dan tak kurang juga yang baru je tau tentang BR1M ni.. ya, mungkin boleh dimaafkan, sebab bukan semua tempat apatah lagi di kampung2, ada akses elektrik, telefon dan sbg.. tapi apa2pun, aku terima saja borang tu semuaaa... fewhh..

seperti biasa, setiap kali hari Isnin dan Jumaat, bilangan borang lebih banyak dari hari2 yang lain. dan esok, adalah hari jumaat..hari tamu untuk warga Beaufort. dan aku dapat rasakan, esok adalah hari pertama yang paling dan tersangatlah sibuk belaka, sebelum hari 31hb, Isnin depan.. ya Allah, Engkau permudahkan segala urusanku..amin~

next week, aku akan berangkat balik KK.. hmm, macam manalah gamaknya keadaan kerja di HQ nanti? kelam kabut??bekerja dalam keadaan serius? hmm..tak best! aku rindu nak karokk!! haha. XD oh bebeh2 karokk ku.. karokk kita nanti ya.. :D

'Aku yang tersakiti..'

Hari Khamis yang.. Erhhh!!! >:( serius, mood aku tak berapa nak bagus hari ni.. Celaru habis! Baik lagi makan ikan cencaru, kenyang lagi.. Huh!

Untuk hari ni, barulah aku rasa penat sangat,melayan karenah orang awam.. ;'( ya Allah, ringankan segala beban yang aku galas sekarang.. Aku tggu sms dari 'dia'..tp sampai sekarang takde apa2 reply.. :( aku faham juga,sekarang ni dia sibuk sangat2, urus perkahwinan abangnya yang bermula esok,sampailah Ahad ni.. Semoga 'dia' baik2 saja..dan masih mengingati aku di sini.. :(

Aku shut off dulu mood ni, jap lagi aku nak melahap mi grg mamak special! Hanya di restoran jannad.. Jom weyh! Jemput makan sekali..saya belanja, tapi korang bayar sendiri.ok?! ;p
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, Disember 26, 2012

bila benda mudah, dijadikan susah~ macam macam..

Hai semua! entri pertama dan terakhir untuk hari ini sahaja! hehe..

Hari ni aku kerja seperti biasa.. 3 hari masih lagi berbaki, untuk aku berkhidmat membantu rakyat jelata..cewah~ =p untuk pengetahun sekalian yang masih lagi belum maklum, permohonan baru BR1M 2.0 dan kemaskini permohonan BR1M 1.0 akan berakhir pada 31hb Disember 2012, dapat? kepada yang belum hantar borang tu, cepat2 la hantar kepada pegawai di kaunter BR1M yang berdekatan.. untuk mengelakkan kesesakan lalulintas! haha..sampai ke situ pulak.. :D

setiap hari macam2 ragam orang yang aku jumpa.. haa, cerita terbaru! aku nak kongsi dengan korang semua ni. hehe..ini berlaku petang tadi.. seorang lelaki bernama X (aku sendiri tak tahu nama dia..haha) dia datang ke kaunter..

"selamat petang..cik, saya ada mau tanya satu ni.."

"apa dia, encik?" senyum dengan klien, itu wajib! :)

"sebenarnya, gaji saya sebulan, basic ja RM3000, campur elaun semua =RM200, jadi..."

"gaji kasar encik dikira (basic+elaun) = RM3200 la, betul?"

"ya.. huhu.. saya layak ka tu ya?"

"kalau ikut syarat kelayakan, memang tak layak la, encik..hehe. encik masih bujang?"

"saya kahwin sudah, tapi berstatus bapa tunggal..bla..bla.."

"o..ok. tapi rasa2nyam gaji macam tu, boleh sara hidup ba kan?"

"RM3000 tu? tak rasa la. memang tak cukup..bayar itu ini..hmm.. jadi boleh ka tu saya apply? saya minta pendapat cik la..sama ada saya boleh apply ka tidak.."

adeh..tanya aku pula? dah terang2 gaji kasar lebih RM3000, masih nak apply eh? bagi aku, tak salah..apply je..dapat tak dapat, itu belakang kira..lebih kurang begitu la jawapan aku bagi kat dia..

tambahnya lagi.. "kenapa la..tidak di bawah RM5000? huhu..saya nak apply..."

"... tapi saya takut dikenakan apa2 tindakan sebab menipu..

"sekiranya saya didapati memberikan maklumat tidak benar atau palsu, saya boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193 kanun keseksaan (akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga (3) tahun dan boleh juga dikenakan denda"

.... tengok tu? boleh sampai kena penjara lagi..lepas tu kena denda. bukannya dia cakap penjara ATAU denda, tapi DAN!! itu denda mungkin kena suruh bayar berganda2 dari duit BR1M tu!! aih..tak boleh jadi ni.." tambahnya lagi.. "jadi, macam mana tu cik??"

aku pening lagi.. kalau dah tahu takut untuk menipu disebabkan denda atau penjara balasannya, tak perlu la apply..

"sebab saya rasa kena detect juga tu kan oleh EPF??" haa..tau pun! huhu.. "jadi macam mana cik?saya minta pendapat cik ni..saya mau apply ka tidak.."

dushh!! aku tepuk dahi (dalam fikiran jek!) "macam ni la, encik. saya rasa kalau encik takut dengan denda penjara bagai tu, tak perlu la apply ya.. saya bagi ja borang ni.."

"ok la..terima kasih ya cik!".. "sama2.."

nampak tak? bila benda mudah, dijadikan susah.. adeh~

itu baru balasan di dunia kerana menipu, balasan di akhirat pulak macam mana?lagi perit kan? disebabkan balasan di akhirat tidak nampak di depan mata kita sekarang ni, sebab itu semua pun amik ringan benda ni.. jadi? sama2 la kita muhasabah diri.. insya Allah..sekian~




Isnin, Disember 24, 2012

seminggu sebelum 'deadline' BR1M 2.0!!

Assalamualaikum.. hai semua! hai bloggers! hai readers!

Aku tengah kesejukan ini.. brrrr... (macam minum coke la pulak! haha).. aku update entri ni melalui laptop, ber'broadband'kan blackberry.. senang dan cepat! tak perlu lagi nak beli modem broadband bagai. tak percaya? cuba la beli blackberry..

fuh! jenuh, penat, letih dan seumpama dengannya.. itulah keadaan aku sekarang ni.. baru je berkurang sedikit orang hantar borang.. itulah, sebelum ini tak nak hantar cepat2.. ni, dah nak deadline dah, baru nak kelam kabut hantar..akibatnya? aku juga yang kalut! tapi takpelah, itulah ragam orang kita sekarang ni.. apa lagi budak2 muda. sengaja nak lengah2kan benda yang bagi diorang tak berapa penting ni..

aku tak kira lagi berapa bilangan borang yang aku terima setakat jam 11 ni. tengok dari ketebalan borang yang aku terima ni, ada juga dekat2 dalam 50 lebih!

inilah tugasan aku..yang bagi orang lain mungkin nampak mudah, cuma terima borang, key in borang dll, tapi sebenarnya lebih dari itu. hanya mereka yang kuat dari segi mental yang mampu memikul tanggungjawab ni.. setiap hari asyik cakap benda yang sama.. bila difikir balik, nak je aku rekod kat bb ni, rekod setiap jawapan untuk soalan2 yang sama diutarakan oleh orang awam.. tapi itulah, aku tak sampai hati.. kena juga cakap sendiri.. inilah cabaran bekerja dengan orang awam.. korang ader? hehe.. gurau2 jek!

haih..nampak gaya, aku tak balik rumah tengah hari ni. makin ramai orang hantar borang hari ni.. jam dah pun menunjukkan 11.30 pagi.. setengah jam lagi aku akan keluar rehat.. tapi.. tadi ada orang pejabat daerah, dia bagitau, hari ni diorang kerja setengah hari jak.. aik? jadi aku?sorang2 je ke kat sini? aih..seram dibuatnya.. hmm..macam mana ni?? aku kena contact puan penyelia aku nampaknya..

ok lah.. next entry will be post soon.. tunggu~




Khamis, Disember 20, 2012

Kenapa tak bagitahu dari awal??!!

....

Mood masih 'panas ' ni, bila mengenangkan kejadian pagi tadi.. Huh! Padahal benda ni perkara kecik je pun..boleh2 je dia nak rumitkan.. Grr.. >:(

Inilah jadinya bila jadi orang tengah.. Antara org atasan, dan orang awam.. Kita yang kena hentam dari dua2 pihak! Org atasan?? Takde kaji selidik dulu, terus nak marah kita..orang awam?? Hmm.. -,-'

Kadang2,penat sebenarnya bila dah 'keje' ni..nak puaskan hati semua orang, diri sendiri 'makan hati'..

Semoga kesabaran ini ada hikmahnya.. Tarik nafas.....~ fuh! Ok la..nak sambung main game. Daa..~

....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Pagi yang dingin hampir 'panas'..

Salam..pagi semua!

Macam biasa, pagi ni aku buka kaunter.. Dalam perjalanan ke tempat kerja tadi, aku dengar radio era fm @ johara pagi era.. Best! Dan topik pagi ni --> 'rimas ke sekolah'! Ye la, beberapa hari lagi buka sekolah..jadi ramai antara pemanggil era tadi, terdiri dari budak2 sekolah.. Macam2 kerimasan diorang ; malas nak kemas buku,pen bagai ; tak suka perhimpunan pagi ; dan macam2 lagi la..

Itu baru budak sekolah. Tak tengok lagi cikgu2 sekolah.. Diorang pun sibuk jugak! Haha.. Contoh semalam, bapa aku minta 'google'kan tentang Rancangan Pengajaran Tahunan KSSR subjek PJK Tahun 3 dan Tahun 5.. Syukur juga ada cikgu2 di luar sana yang 'attach' contoh RPT di blog masing2.. See? Ada juga gunanya blog ni kan? Terima kasih cikgu..

"Bapa belum buat lagi RPT.."

Hihi..kesian bapa. Mujur sekarang ni boleh google jek! Mudahnya dengan IT! ;D

.....

Hmm.. Sikit lagi aku 'panas' pagi ni. Ada 'client' hampir nak marah kat aku! Pasal keluarkan tanggungan tu..

"Kenapa tak bagitau dari dulu lagi, masa sy hantar borang dulu (bulan lepas)??!!!"

Aku tarik nafas..tenang beh!

"Saya pun nak minta maaf dengan pacik semua..sy pun baru jak dapat arahan ni.. Tapi, kalau pacik mau isi,keluarkan tanggungan, pacik isi borang ini..tapi kalau tak mau, dari kita ja la.. Biarkan ja tak payah isi!". Aku tak marah sebenarnya, tapi 'angin' tu nak naik dah..grrr..

"Ya,bukan susah juga mau isi borang ni.. Tapi kenapa tak bagitau dari dulu pasal benda ni??!! @#:(*!?..." Dia mula lagi..

Hmm, lastly, bagi je borang kat diorang, dan diorang..berlalu pergi.. Haih.. Inilah cabarannya kerja berdepan dengan 'public'. Sorang pula aku nih! -,-'

.....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.