Jumaat, Disember 28, 2012

Rezeki..jangan ditolak!

Salam semua..

Fuh! Hari ni, seperti yang aku sangkakan semalam.. Penerimaan borang meningkat lagi..dengan pertambahan 33 borang dari yang semalam.. Hmm, tabiat hantar last minit, aku yang tanggung sengsaranya..cobaan~ ;)hehe..

Lepas ni, tugasan aku makin bertambah.. Kena key in sendiri.. Tapi aku tak kisah..sebab aku dah redha,dan terima dengan hati terbuka,yg itu semua adalah tugas aku membantu rakyat jelata..

Cakap pasal bantu dan tolong ni, aku jadi teringat dengan apa yang berlaku dengan aku pagi tadi.. Ada satu makcik datang ke kaunter.. Dan..

"Nak..di sini ka minta borang tu?"

"Ya makcik..makcik mau brapa borang?"

"Bagiku.. Dalam 5-6 macam tu.." Tanpa fikir sesaat, aku bagi ja.. ;)

Time tu, masih ada juga yang datang untuk hantar borang..aku proses dulu borang2 tu..bila dah lengang dan tinggal makcik tu sorang2, terus dia duk dekat dengan aku.. Tiba-tiba..??!!

"Nah,nak.." Eh,aku rasakan makcik tu hulur 'something' kat tangan aku.. Dan baru aku sedar.. Kertas warna hijau!! Eh, duit ke ni? (Dalam hati aku jek..huhu).. Sekilas je aku tengok.. RM5!!!

"Eh,makcik..apa ni? Makcik.."

"Eh, takpa nak..macik sedekahkan saja.." Senyum je makcik tu..sampai dia berlalu pergi.. "Terima kasih ya nak.." Tambahnya lagi..

Haih.. ni sedekah ikhlas ke..rasuah? Haih! Tak mungkin la rasuah..bukan aku buat apa2 pun kat makcik tu sebagai balasan.. Dia sedekah la tu..sempena hari jumaat hari ni kan? Semoga Allah murahkan rezeki makcik tu..amin..lindungi makcik tu,ya Allah.. Walau di mana saja dia berada..amin..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan: