Khamis, Disember 20, 2012

Pagi yang dingin hampir 'panas'..

Salam..pagi semua!

Macam biasa, pagi ni aku buka kaunter.. Dalam perjalanan ke tempat kerja tadi, aku dengar radio era fm @ johara pagi era.. Best! Dan topik pagi ni --> 'rimas ke sekolah'! Ye la, beberapa hari lagi buka sekolah..jadi ramai antara pemanggil era tadi, terdiri dari budak2 sekolah.. Macam2 kerimasan diorang ; malas nak kemas buku,pen bagai ; tak suka perhimpunan pagi ; dan macam2 lagi la..

Itu baru budak sekolah. Tak tengok lagi cikgu2 sekolah.. Diorang pun sibuk jugak! Haha.. Contoh semalam, bapa aku minta 'google'kan tentang Rancangan Pengajaran Tahunan KSSR subjek PJK Tahun 3 dan Tahun 5.. Syukur juga ada cikgu2 di luar sana yang 'attach' contoh RPT di blog masing2.. See? Ada juga gunanya blog ni kan? Terima kasih cikgu..

"Bapa belum buat lagi RPT.."

Hihi..kesian bapa. Mujur sekarang ni boleh google jek! Mudahnya dengan IT! ;D

.....

Hmm.. Sikit lagi aku 'panas' pagi ni. Ada 'client' hampir nak marah kat aku! Pasal keluarkan tanggungan tu..

"Kenapa tak bagitau dari dulu lagi, masa sy hantar borang dulu (bulan lepas)??!!!"

Aku tarik nafas..tenang beh!

"Saya pun nak minta maaf dengan pacik semua..sy pun baru jak dapat arahan ni.. Tapi, kalau pacik mau isi,keluarkan tanggungan, pacik isi borang ini..tapi kalau tak mau, dari kita ja la.. Biarkan ja tak payah isi!". Aku tak marah sebenarnya, tapi 'angin' tu nak naik dah..grrr..

"Ya,bukan susah juga mau isi borang ni.. Tapi kenapa tak bagitau dari dulu pasal benda ni??!! @#:(*!?..." Dia mula lagi..

Hmm, lastly, bagi je borang kat diorang, dan diorang..berlalu pergi.. Haih.. Inilah cabarannya kerja berdepan dengan 'public'. Sorang pula aku nih! -,-'

.....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan: