Rabu, Disember 26, 2012

bila benda mudah, dijadikan susah~ macam macam..

Hai semua! entri pertama dan terakhir untuk hari ini sahaja! hehe..

Hari ni aku kerja seperti biasa.. 3 hari masih lagi berbaki, untuk aku berkhidmat membantu rakyat jelata..cewah~ =p untuk pengetahun sekalian yang masih lagi belum maklum, permohonan baru BR1M 2.0 dan kemaskini permohonan BR1M 1.0 akan berakhir pada 31hb Disember 2012, dapat? kepada yang belum hantar borang tu, cepat2 la hantar kepada pegawai di kaunter BR1M yang berdekatan.. untuk mengelakkan kesesakan lalulintas! haha..sampai ke situ pulak.. :D

setiap hari macam2 ragam orang yang aku jumpa.. haa, cerita terbaru! aku nak kongsi dengan korang semua ni. hehe..ini berlaku petang tadi.. seorang lelaki bernama X (aku sendiri tak tahu nama dia..haha) dia datang ke kaunter..

"selamat petang..cik, saya ada mau tanya satu ni.."

"apa dia, encik?" senyum dengan klien, itu wajib! :)

"sebenarnya, gaji saya sebulan, basic ja RM3000, campur elaun semua =RM200, jadi..."

"gaji kasar encik dikira (basic+elaun) = RM3200 la, betul?"

"ya.. huhu.. saya layak ka tu ya?"

"kalau ikut syarat kelayakan, memang tak layak la, encik..hehe. encik masih bujang?"

"saya kahwin sudah, tapi berstatus bapa tunggal..bla..bla.."

"o..ok. tapi rasa2nyam gaji macam tu, boleh sara hidup ba kan?"

"RM3000 tu? tak rasa la. memang tak cukup..bayar itu ini..hmm.. jadi boleh ka tu saya apply? saya minta pendapat cik la..sama ada saya boleh apply ka tidak.."

adeh..tanya aku pula? dah terang2 gaji kasar lebih RM3000, masih nak apply eh? bagi aku, tak salah..apply je..dapat tak dapat, itu belakang kira..lebih kurang begitu la jawapan aku bagi kat dia..

tambahnya lagi.. "kenapa la..tidak di bawah RM5000? huhu..saya nak apply..."

"... tapi saya takut dikenakan apa2 tindakan sebab menipu..

"sekiranya saya didapati memberikan maklumat tidak benar atau palsu, saya boleh disabitkan kesalahan di bawah seksyen 193 kanun keseksaan (akta 574) dan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai tiga (3) tahun dan boleh juga dikenakan denda"

.... tengok tu? boleh sampai kena penjara lagi..lepas tu kena denda. bukannya dia cakap penjara ATAU denda, tapi DAN!! itu denda mungkin kena suruh bayar berganda2 dari duit BR1M tu!! aih..tak boleh jadi ni.." tambahnya lagi.. "jadi, macam mana tu cik??"

aku pening lagi.. kalau dah tahu takut untuk menipu disebabkan denda atau penjara balasannya, tak perlu la apply..

"sebab saya rasa kena detect juga tu kan oleh EPF??" haa..tau pun! huhu.. "jadi macam mana cik?saya minta pendapat cik ni..saya mau apply ka tidak.."

dushh!! aku tepuk dahi (dalam fikiran jek!) "macam ni la, encik. saya rasa kalau encik takut dengan denda penjara bagai tu, tak perlu la apply ya.. saya bagi ja borang ni.."

"ok la..terima kasih ya cik!".. "sama2.."

nampak tak? bila benda mudah, dijadikan susah.. adeh~

itu baru balasan di dunia kerana menipu, balasan di akhirat pulak macam mana?lagi perit kan? disebabkan balasan di akhirat tidak nampak di depan mata kita sekarang ni, sebab itu semua pun amik ringan benda ni.. jadi? sama2 la kita muhasabah diri.. insya Allah..sekian~




Tiada ulasan: