Isnin, Disember 24, 2012

seminggu sebelum 'deadline' BR1M 2.0!!

Assalamualaikum.. hai semua! hai bloggers! hai readers!

Aku tengah kesejukan ini.. brrrr... (macam minum coke la pulak! haha).. aku update entri ni melalui laptop, ber'broadband'kan blackberry.. senang dan cepat! tak perlu lagi nak beli modem broadband bagai. tak percaya? cuba la beli blackberry..

fuh! jenuh, penat, letih dan seumpama dengannya.. itulah keadaan aku sekarang ni.. baru je berkurang sedikit orang hantar borang.. itulah, sebelum ini tak nak hantar cepat2.. ni, dah nak deadline dah, baru nak kelam kabut hantar..akibatnya? aku juga yang kalut! tapi takpelah, itulah ragam orang kita sekarang ni.. apa lagi budak2 muda. sengaja nak lengah2kan benda yang bagi diorang tak berapa penting ni..

aku tak kira lagi berapa bilangan borang yang aku terima setakat jam 11 ni. tengok dari ketebalan borang yang aku terima ni, ada juga dekat2 dalam 50 lebih!

inilah tugasan aku..yang bagi orang lain mungkin nampak mudah, cuma terima borang, key in borang dll, tapi sebenarnya lebih dari itu. hanya mereka yang kuat dari segi mental yang mampu memikul tanggungjawab ni.. setiap hari asyik cakap benda yang sama.. bila difikir balik, nak je aku rekod kat bb ni, rekod setiap jawapan untuk soalan2 yang sama diutarakan oleh orang awam.. tapi itulah, aku tak sampai hati.. kena juga cakap sendiri.. inilah cabaran bekerja dengan orang awam.. korang ader? hehe.. gurau2 jek!

haih..nampak gaya, aku tak balik rumah tengah hari ni. makin ramai orang hantar borang hari ni.. jam dah pun menunjukkan 11.30 pagi.. setengah jam lagi aku akan keluar rehat.. tapi.. tadi ada orang pejabat daerah, dia bagitau, hari ni diorang kerja setengah hari jak.. aik? jadi aku?sorang2 je ke kat sini? aih..seram dibuatnya.. hmm..macam mana ni?? aku kena contact puan penyelia aku nampaknya..

ok lah.. next entry will be post soon.. tunggu~




Tiada ulasan: