Isnin, Disember 24, 2012

penangan Santa Claus!

ok.. aku dikejutkan dengan berita.. hari ni pejabat daerah beroperasi SETENGAH HARI!! maknanya... petang ni diorang tak keje la! alamak aih! aku duk seorang ke ni??

" taklah dik, orang kat pejabat bendahari masih keje lagi.." kata akak Pej Daerah, time aku call ofis dia tadi..

Ooo.. alhamdulillah. syukur la. hehe.  Pada awalnya aku ingatkan aku seorang je tadi.. phewww..lega!

Tengah hari tadi, aku cadang nak pekena makan nasi ayam sedap ( takdelah sedap mana pun..biasa je.oppss??!!) tapi bila sampai kat kawasan kedai makan tu, fuuuyyooooo!! giler satu parking kosong aku tak jumpa langsung!! tengok? betapa hebatnya penangan orang duk cuti ni.. cuti Krismas daa~ pusing 2 kali, lastly, aku mengalah.. makan kat kedai makan berhampiran dengan tempat aku kerja la.. hmm, apa boleh buat?

kalau dah di pekan Beaufort ni pun jammed jalan macam ni, agak2, di bandaraya tropika Kota Kinabalu, macam mana pulak?? siap orang boleh tidur lagi dalam kereta lagi, kan??.. haha.. Havoc!

p/s: syukurlah aku tak duk KK sekarang ni..selamat dari jammed yang terrible! #OhMyEnglish!!

Tiada ulasan: