Selasa, Oktober 25, 2011

Makan..jangan sembarangan deh!

Makan..makan..makan. 
Aku baru je lepas makan malam @ dinner.. hmm, not supper yet! Aha..kalau kat rumah ni, takde la aku nak menyempat supper..apa yang aku tahu, mata aku time tu nak zzZZZ...tito lerr!

Sebut pasal makan ni, Islam dah tetapkan garis panduan untuk kita makan makanan yang sumbernya HALAL, betul tak? Dari situ, cara memasaknya juga diambil kira, HALAL ke tak..Hmm, Islam tak merumitkan, malah memudahkan, setuju?

Point utama yang aku nak sampaikan di sini ialah.. semakin dunia maju, semakin ramai pengusaha makanan terutama sekali makanan segera mengambil kesempatan dalam kesempitan. Contohnya, baru2 ni, hmm..lebih tepat lagi, pagi tadi..aku terbaca satu pautan di 'muka buku' tentang satu fakta tentang makanan (sama ada percaya atau tidak, betul atau tidak, itu kerja kita untuk SELIDIK terlebih dahulu..itulah yang dituntut dalam Islam)..

"‎5 FAKTA UNTUK ANDA PERCAYA ATAU TIDAK

1. Jika anda makan SATAY, jangan pula lupa timunnya, sebabnya memakan satay bersama karbon yang terhasil selepas pembakaran akan mendatangkan kesan karsinogen! Apa bendanya karsinogen tu? (Ianya ialah suatu keadaan yang menyebabkan barah). Timun pula adalah anti-karsinogen.2. Jangan makan UDANG selepas mengambil PIL VITAMIN C ! Yang mana anda akan mati keracunan Arsenik dalam beberapa jam sahaja.3. Barah akibat penggunaan bahan dalam SHAMPOO. Balik rumah dan pergi periksa. Tukarlah ke jenama lain sebelum terlambat, jika kandungan dalam shampoo anda mengandungi Sodium Laureth Sulfate atau ringkasnya SLS. Bahan ini akan menyebabkan barah dalam jangka masa yang panjang dan ini bukannya jenaka. Shampoo yang disahkan mengandungi bahan ini ialah; VO5, Palmolive, Paul Mitchell, L'Oreal, Hemp Shampoo terbaru keluaran body shop, Nature Force dan lain-lain lagi. Shampoo Clairol's Herbal Essence adalah satu-satunya yang mengandungi Sodium Laureth Sulfate secara tunggal. Meskipun pertanyaan telahpun dibuat terhadap syarikat ini dan jawapan dari mereka ialah, "Ya memang kami dah tahu masalah ini tetapi kami tidak boleh melakukan apa-apa kerana kami memerlukan bahan yang boleh mengeluarkan busa yang banyak". Dalam pada itu, Pasta Colgate & Dee Dee (untuk kanak-kanak) turut mengandungi bahan yang sama untuk penghasilan busa.4. Kepada penggemar makanan jenis MEE SEGERA (tak kiralah maggi, koayteow dsb), Pastikan berhenti makan dulu sekurang-kurangnya 3 hari selepas mengambil mee segera sebelum mengambil paket yang seterusnya. Maklumat yang dikongsi bersama dengan seorang doctor. Keluarga saya telah menghentikan pengambilan makanan ini setelah mendapat tahu berkenaan salutan wax ke atas makanan ini. Inilah yang menyebabkan mee segera tidak melekat antara satu sama lain apabila dimasak. Telah dinyatakan terdahulu melalui SEORANG AKTOR dari SBC (sekarang ni dikenali sebagai TCS). Beberapa tahun lalu, yang mana kariernya membuatkan beliau sangat sibuk untuk memasak, jalan mudah mengambil mee segera setiap hari. Kemudiannya beliau disahkan menghidap barah. Barahnya disebabkan wax dalam mee segera. Doktor juga memberitahu yang badan manusia memerlukan 2 hari untuk membersihkan wax dari sistem badan. Seorang lagi mangsa yang serupa ialah Pramugara dari SIA yang mana setelah berpindah dari rumah ibunya ke rumahnya sendiri, Dia tidak memasak tetapi kerap makan mee segera. Dia didapati menghidap barah dan mati selepas itu. Sekarang ini tindakan memakan mee segera bolehlah diistilahkan sebagai 'makan untuk mendapat barah'.5. BAWANG GORENG SEGERA, Seorang kawan melawat ke sebuah perusahaan kecil membuat bawang goreng, dan melihat terdapat banyak straw minuman. Yang bewarna dan tidak bewarna diasingkan. Apa yang mengejutkan ialah straw yang tidak bewarna dicampur bersama gorengan bawang yang bertujuan apabila plastik straw tersebut dipanaskan, ianya melebur lantas menyaluti bawang tersebut. Sebab itulah kalau bawang goreng segera yang dibeli terdedah kepada udara tak akan lembik tapi kalau kita buat sendiri lembik dalam masa yang singkat sahaja. "

Point ke-4..aku pernah terdengar dari rakan karib aku, cikarija (blogger)..time tu masih dalam zaman student lagi, di USM.. dia kata sejibik dengan point ni. Setiap kali dia rebus mee segera, dia akan buang air rebusan tu tadi, dan menuang lagi air panas yang baru..barulah dia bubuh perencah mee segera itu...katanya untuk hilangkan wax (atau lebih tepat lagi, LILIN)..

Point ke 5..aku sangat2 terkejut dengan penemuan ini. Tapi tak salah andai kita cuba untuk mencari kebenarannya..caranya? Cuba beli bawang goreng yang segera (terdapat banyak di pasaraya)..biarkan bawang goreng itu terdedah kepada udara..see, sama ada lembil/lemau/ masuk angin (istilah Sabah) tak bawang goreng tu..

Bersama kita berkongsi fakta atau info tentang isu atau permasalahan yang kita sendiri tak perasan atau tak sangka pun selama ini.. Semoga kita terpelihara dari terlibat dengan benda2 berbahaya..insya Allah..

P/S: Pizza Ultimate Cheezy 7...hurmmm~~~~~~~~~~

2 ulasan:

cik arija berkata...

lamenya tak makan meggi..rindu rasanye. weh, cmne mtest hari tu? ok x?

cik blogger berkata...

oho..math susah gilerr..formula senang pun aku leh lupa..adess