Selasa, Julai 19, 2011

kisah BMX dan hujan...apa jadi?

tada!!

blog versi baru, sempena Ramadhan..erk? yela..bulan puasa kan tak lama lagi, tinggal beberapa hari je lagi..ya, walaupun takde kaitan 'ladybug' tu dengan Ramadhan, tapi 'template' baru ni mendamaikan jiwa aku yang selalu kacau! macam mana? ok tak 'template' ni? 'sweet' kan? hehe ;P

semalam aku ada buat entri pasal mandi air hujan kan? eh, tak baca ye? haa, SINI! tau tak apa jadi dengan aku semalam?? sekali kepala aku sakit daa~ huhu..memang sebelum ni, kalau kepala aku terkena setitik air hujan, kepala terus je sakit! hairan bin ajaib juga..yela, kalau bertudung pun, tapi kena air hujan, mesti sakit kepala..hmm, alergi air hujan ke eh?? hmm..

'time' kecik2 dulu, aku suka main hujan..tapi takdelah senakal sesetengah budak tu.main hujan, sampai tak ingat kilat ke, guruh ke tengah menyambar tu haaa!! huhu..aku teringat lagi, aku dihadiahkan satu basikal BMX yang kecik tu..teruja sangat wey~ huhu..ada satu tengahari ni, macam biasalah, aku kena pergi sekolah agama (sebelah petang), dan ditakdirkan 'time' tu hujan selebat-lebatnya!! wah..suke2!!! hehe..apa lagi, ber'uniform'kan baju seragam sekolah, aku terus memecut keluar dari kawasan rumah, dengan berbasikal BMXku itu..alih2, terdengar satu suara keras!!

"tini!!!! balik rumah!! hujan lebat tu nak berbasikal juga ke???!!!"

wah, bukan main marah bapa aku..huhu..mak aku pun sama..aku pun balik rumah, dengan baju yang basah kuyup (kuyup pun tak basah macam tu..erk??) lepas tu, aku tak naik basikal langsung ke sekolah..jalan kaki je..lagipun jarak rumah dengan sekolah bukannya jauh sangat pun..adalah dalam 300m..huhu..satu lagi, budak2 nakal sekolah tu selalu kacau basikal aku..uhh!! menci!

aha..apa kisah korang dengan si hujan?? bukan noh hujan, ok!

~"jangan main dengan hujan!!"~
~kesian kat hujan..tak pasal2 kena marah, walaupun bukan salah hujan tu..huhu~

Tiada ulasan: