Isnin, Julai 18, 2011

hebatnya pencipta air hujan! Subhanallah~

salam..dan selamat pagi~

aku seronok sangat bila baca entri yang menarik pepagi ni..blog yang selalu, malah wajib untuk aku singgah setiap pagi ialah..sape lagi blogger pujaan para blogger lain, kalau bukan abang Ben kite..ye tak? hehe..

hmm, pembangunan kian pesat membangun (wah! macam ayat karangan BM la pula!) dan seiring dengan itu juga, makin banyak masalah yang dialami oleh manusia seantero dunia..contoh? kat kawasan tempat aku tinggal ni, dah banyak hari bekalan air 'diputuskan'!! menurut sumber yang dipercayai, ada pembinaan dibuat dengan aktiviti korek mengorek tanah untuk pemasangan tiang elektrik/telefon di kawasan pekan..dan kesannya dialami oleh kami penduduk dalam kawasan pedalaman ni! hurm..syukurlah juga, hujan turun di sebelah malam..walaupun tak selebat mana, tapi masih mampu memenuhi satu tangki air yang besar! itupun, syukurlah juga atuk aku letakkan tangki tu di bawah pancuran air hujan.. dan aku? pagi tadi aku mandi dengan air tadahan hujan!! perghhhhh~ sangat2 best! sebab air hujan tu sejuk!! bagi aku, ini barulah namanya duk kampung!! ngeh3..
hebat kan air hujan ni..aha! jangan lupa, siapa yang menciptakan air hujan ni?? Allah s.w.t.!! Dia Maha Pencipta..Maha Agung..hargai air hujan..jangan sesekali persiakan.. ;)


hujan..oh hujan~

Tiada ulasan: