Selasa, Julai 19, 2011

'release tension'..dengan ikan!!


salam pagi..

arghh..pagi2 lagi aku dah emo sikit..hmm, ni semua gara-gara aku baca al-kisah interview salah seorang junior aku..dan keputusannya?? dia diterima bekerja di sana (Glen, Penang)!!! hmm, sampai bila aku nak fikir pasal periuk nasi orang lain?? periuk nasi aku pula macam mana?? ya Allah, jangan Engkau biarkan aku dalam kesedihan yang teramat..hampir setiap hari..kuatkan aku Ya Allah!!

hmm..hah!!! (sesi tarik nafas bermula)

ok..sudah-sudah! tamo sedih lagi..yang merana nanti, badan aku sendiri..asyik bersedih je! tamo2 sedih..think to be positive!! Allah Maha Adil, Dia tak bagi rezeki yang kita NAK, tapi dia akan bagi rezeki yang SEPATUTNYA kita DAPAT..insya Allah~

sebenarnya, pagi ni aku nak taip entri semalam..semalam aku nak taip entri ni, tapi aku diganggu pula!! hmm..kaco je la!
ikan di akuarium..

tengok ikan-ikan kat atas tu..ada ikan emas dan satu lagi ikan emas versi 'black'! Ahad lalu aku cuci dan basuh akuarium ni, dan gantikan dengan air yang baru..dah siap, aku masukkan ikan2 tu semula ke dalam akuarium yang dilengkapi dengan air yang takde klorin dan bekalan oksigen.. seronok je tengok ikan-ikan tu berenang..hehe..nampak sangat diorang selesa dengan persekitaran yang baru dan bersih..ahh, kepuasan aku tercapai!! ;D

ikan di akuarium yang lain

haa..ikan ni pula spesies lain..sat, nak cari nama ikan ni..hmm...'guppy' kot? tapi lain sikit la..huhu..ala, kat mana-mana kedai ikan mesti ada jual ikan ni..hari tu beli ikan ni dalam RM3.00..murah je..haa, akuarium ikan ni special sikit, ikan ni tak bercampur dengan ikan emas tadi..sebab ikan ni tak perlukan oksigen...itu je bezanya ;)
pelihara ikan ni kira jadi hobi aku dan mula terbawa-bawa masa 'study' di USM 4 tahun dulu..huhu..ikan ala-ala 'guppy' tu juga yang aku pelihara..itu pun aku beli ikan masa 'Hari Terbuka Desa USM' yang diadakan setiap tahun, dengan harg RM1!!! hehe..murah tak?? memang murah la..dah dua kali juga aku pelihara ikan sendiri kat 'dorm' aku..siap beranak pinak lagi ikan-ikan tu.,hehe..tapi malangnya, tak hidup lama..sebab tertimbus di bawah batu-batu kecil dalam akuarium mini tu..hmm, sedih sangat2..
dari situlah hobi pelihara ikan bermula..;) menurut pakar motivasi, Dr. Fadzilah Kamsah, pelihara ikan ni boleh hilangkan stress! haa..seswailah dengan aku, yang selalu je stress, walaupun duk rumah selalu..erkk??

korang ingat, duk rumah (jobless) tak stress ke??


~stress takkan lari ke mana..huhu~

Tiada ulasan: