salam, hai semua! wah..agak lama juga aku tak update blog terchenta ni! semalam aku langsung tak sempat nak update..maklum, sibuk dengan kenduri kat rumah ni..haa? kenduri kahwin? bukan lah..si dia belum datang bawa rombongan meminang..hehe..belum lagi..tungguuu..kenduri semalam sempena kenduri arwah dan doa selamat kedua orang tua aku akan berangkat ke Tanah Suci Mekah 24hb nanti= lusa...
cerita pasal kenduri semalam..perghhh!! ramai giler orang datang bertandang! dekat 100 orang! fuh! sebelum2 ni, paling ramai pun 60-80 orang..semalam, semua orang rumah takut 'berkat' tak cukup untuk tetamu yang datang! tapi, alhamdulillah..cukup juga..orang rumah je la yang tak berapa cukup makan..tapi, yang penting..memang cukup2 la! baguslah kan? takde la membazir macam sebelum ni..
bila dah kenduri kendara ni, mesti la jumpa dengan saudara mara..secara tak langsung, aku boleh la juga merapatkan jurang yang sedia ada sebelum ni..bila dah rasa diri makin dewasa ni, kena la juga ringankan mulut untuk berbicara.apa2 juga la topik..untuk masa sekarang ni, aku pun masih 'jobless', topik tu la yang hangat diperkatakan! huhu..aku? sabar je la..bagi penerangan kat diorang..sebab ni semua bukan salah aku kan? aku dah berusaha..cuma pintu rezeki masih belum terbuka..perlu tenang, dan sabar..apa2pun, orang2 yang bertanya tentang aku, tak menyalahkan aku sebab tak dapat kerja sampai sekarang..yang paling best, diorang bagi 'moral support' lagi..supaya bersabar..insya Allah, ada tu..percayalah.mungkin bukan sekarang..tapi rezeki tu memang ada.. ;)
dan yang paling best sekali..bila diorang tahu aku jalankan bisnes minipopia secara kecil2an, makin ramai yang 'offer' nak tolong jualkan minipopia aku..alhamdulillah! hmm, raya pun tak lama lagi, jadi tak salah andai aku cakap sekarang ni, bisnes makin maju! alhamdulillah..sokongan dan dorongan dari keluarga dan si dia yang tercinta membuatkan aku lebih bersemangat untuk berusaha lebih jauh lagi! insya Allah..
Allah Maha Adil..walau rezeki untuk bekerja secara tetap belum tiba, tapi rezeki dari bisnes minipopia aku ni secara tak langsung memberi aku sedikit duit poket, walaupun tak sebanyak mana..tapi aku tetap bersyukur..rezeki Allah itu Maha Luas..tinggal kita je berikhtiar dan berusaha dan rajin untuk mencarinya... ;)
p/s: ya Allah..lindungi kedua orang tuaku..dan orang2 yang bersama dengan mereka di Tanah Suci Mekah, Madinah dan di tempat yang mereka ziarahi..mudah2an mereka selamat pergi dan kembali ke sini..amin~
Allah Maha Kaya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan