Rabu, Mei 25, 2011

cerita situ sana sini...

hmm, dengar berita dua tiga hari ni..subsidi bakal dimansuhkan, ya..mungkin secara berperingkat..kesan? barang2 semua naik harga..apatah lagi harga minyak makin melambung naik! sehinggakan sekarang ni, ramai yang beli motor..yang takde lesen motor, amik lesen..sebab guna motor ke tempat kerja kira menjimatkan..sekali isi baru 2-3 ringgit..tapi tak tahu la sekarang ni..tapi masih boleh dianggap lebih murah berbanding guna Kancil..

ok..mood blogging kembali dah!

petang tadi, aku nak cuba isi borang tempahan online bagi t-shirt geng blogger..tapi takut la pula..takut tertipu..takut tak sampai..takut salah saiz..hmm..macam mana ni? tentang bank in tu..Maybank jauh sangat dari rumah..harap2, pakcik aku yang keje berhampiran di sana boleh bantu aku..harap2 sangat..aku akan memiliki t-shirt tu nanti..amin~

cerita tentang perkembangan bisnes aku..ramai juga yang nak order minipopia ni..apa lagi menjelang bulan Ramadhan dan Syawal ni nanti.. yang membanggakan, antara ramai2 yang order tu..adalah diorang yang sekarang ni duk Semenanjung Malaysia sinunnn..huhu...alhamdulillah..tapi masalahnya, hmm..korang mesti dapat tangkap kan maksud aku?

ok la..aku nak teruskan online malam ni..sambil2 cari kerja lagi..doakan! ;)

Tiada ulasan: