Jumaat, Mac 18, 2011

Contest "Inilah kisah sedihku"

PUTUSNYA SEBUAH KASIH..

'Kisah sedihku ini bermula..pada penghujung tahun 2006..ketika itu aku baru je memulakan pengajianku di salah sebuah IPTA terkenal di Malaysia..di mana aku kenal si dia yang aku boleh gelarkan di sini sebagai..lelaki Y (takde sangkut paut pun dengan kes Dato Anwar tu k!) Detik perkenalan bermula..apabila aku tersalah dial no.telefon..aku ingatkan Y kawan aku..tapi, rupanya bukan..ni semua terjadi sebab pakcik aku pinjam henfon aku sebelum aku balik ke sini untuk cuti semester..ok, dipendekkan cerita, si dia juga mempunyai nama yang sama dengan kawan aku tu..Y jugak.. Pada pertengahan tahun 2007, ibuku telah menghidu hubungan kami..dan dia bertanya itu ini, tentang lelaki Y itu...dan dipendekkan lagi cerita..dia tahu tentang latar belakang lelaki Y itu..dan dia terus membuat kesimpulan, agar aku breakup dengan dia..sedih, memang sedih..sebab time tu cinta kami baru mula berputik.. aku tidak mengambil tindakan terburu-buru..sebab masih ikutkan perasaan yang indah itu..aku dan dia teruskan..go on! sampailah satu tahap, seingat aku pada penghujung tahun 2008, sebelum balik cuti semester ke sini, aku berdoa, ,memohon petunjuk dari-Nya, tentang hala tuju perhubungan kami ni..aku meminta nasihat dari roommate aku, dan dia menyarankan agar aku menunaikan solat Istikharah..dan, aku buat..dan, hasilnya? Allah telah memberi aku petunjuk itu..bukan dalam mimpi, tapi gerak hati..yang mana, selesai je aku memberi ' salam' untuk solat Maghrib, tiba2, satu perasaan menyelinap masuk dalam jiwa aku..dan masa tu juga, muka ibuku bermain di mataku...aku menangis, dan hairan..apakah ini petunjuk yang dikurniakan oleh-Nya?? apakah aku harus memilih keluarga daripada lelaki Y itu?? dan itulah jawapannya.. berat?? memang berat keputusan aku untuk meninggalkannya..aku sangat2 sedih..dan lelaki Y itu telah menyangka, yang akhir perhubungan ini adalah..BERPISAH!!..dan dia pernah cakap "hubungan kita suatu persinggahan, bukan pengabadian"..seperti dalam lirik 'Suatu Persinggahan" nyanyian Rahmat.. dalam perjalanan aku 'terbang' ke sini, aku menangis, dan terus menangis..naik bengkak mata aku ni..tapi, aku kena redha..dan kuat untuk dugaan ini..sebab aku pasti, sekembalinya aku ke sini, keluarga aku menanti dengan penuh gembira..itu aku cukup pasti.. dan alhamdulillah, aku menjalani kehidupan aku seperti biasa sampailah sekarang..aku dan lelaki Y itu?? kami setakat ni, cuma jadi kawan, teman..atau lebih sesuai lagi, dipanggil TTM (teman tapi mesra) tak lebih dari itu..kerana? aku telah jumpa Mr. Right aku..yang aku yakin, dia akan menjadi teman hidup aku selepas ini..amin..'

OK..SELESAI!

sekarang ni, aku nak tagged kay_are dan yann untuk join contest ni..




Tiada ulasan: