Jumaat, Disember 24, 2010

JOBLESS!!



haa..bukan main besau lagi tulisan tajuk blog kat atas tu..huhu.itu kira tanda protes la kot? huhu..
ya, entry kali ni lebih kurang sama je dengan yang sebelum ni.
JOBLESS!! atau dalam bahasa Melayunya, TAKDE KERJA yang TETAP ok? bukan takde keje main-main tu. huhu..itu status yang aku masih bawa 6 bulan ini.
susah sangat la nak dapat kerja sekarang ni..kenapa yek?? belajar tinggi-tinggi, tapi lepas tu, apa yang aku dapat?? JOBLESS!! bukan aku seorang yang bawa status ni..ramai lagi bekas graduan seluruh Malaysia yang masih meng'anggur'..
banyak iklan kerja kosong yang aku tengok semua nak minta pengalaman kerja..kalau dah fresh graduate macam aku ni, sah-sah la belum ada pengalaman tu..selagi tak diberi peluang untuk bekerja, sampai bila nak ada pengalaman kerja tu??
ya Allah..aku dan kawan-kawan lain tengah bersedih dengan keadaan sekarang ni..kemahiran hasil dari apa yang dipelajari suatu ketika dahulu semakin tumpul!! apa lagi tahap pengetahuan..
aduan telah pun dibuat, tapi tindakan masih lagi belum diambil, atau aku je yang tak tahu..huhu..

makin tertekan!!

Tiada ulasan: