Sabtu, Disember 25, 2010

bangga dan gembiranya adikku..

setelah berbulan-bulan tak jumpa, akhirnya malam semalam dia pulang ke rumah, dapat cuti dari latihan bomba yang dia tengah hadapi sekarang..untuk pengetahuan, bulan Ogos yang lalu [kalau tak silap], dia telah berjaya diterima untuk bekerja dengan bomba melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam atau lebih dikenali sebagai SPA. sekarang ni dia tengah menjalani kursus latihan selama 4 bulan setengah.
kepulangannya malam semalam secara mengejut, sebab dia tak bagitahu kitorang pun yang dia nak balik malam semalam..huhu, memang agak surprise, walaupun tak la surprise sangat!! hehe..
menapak je kaki ke rumah, dia terus memeluk motor kesayangannya. rindu sangat la tu..aha..aku pun dia tak sempat salam lagi masa tu..huhu, itulah lagaknya setelah meninggalkan kampung selepas berbulan-bulan..
dengan badannya yang masih busyuk dan tak mandi lagi, dia terus je cerita tentang pengalamannya semasa latihan selama ini, dan tunjuk gambar-gambarnya dan video kawad kaki dia dan kawan-kawannya yang telah memenangi pertandingan sewaktu latihan.
aku tengok dia gembira sangat dengan apa yang dia hadapi sekarang..memang, dia tak salah pilih pekerjaan yang sebelum ni, dia nak sangat masuk polis, tapi disebabkan pekerjaan tu masih tiada panggilan sehinggalah SPA mengirim surat terima tawaran kerja bersama bomba..dia juga sangat tak percaya dengan gaji yang dia tengah terima sekarang ini..ya, memang sebelum ni dia bergantung harap dengan kedua orang tua dan juga nenek..tapi sekarang, tidak lagi..sebab setiap bulan dia akan terima gajinya..dan dia telah pun berhasrat untuk memberi sedikit gaji dia kepada mak dan bapa, juga nenek. aku tahu, dia bukan pemboros macam aku, maklumlah..budak lelaki macam dia ni akan simpan duit, sebab dia dah ada tujuan nak beli suatu barang atau lain-lain yang berkenaan..
sepanjang ketiadaannya di rumah ni seperti suatu 'kehilangan', sebab dialah harapan keluarga kami dan memandangkan dialah juga satu-satunya adik lelaki aku.. bukan kami je rasa 'kehilangan' dia, tapi satu kampung ni mencarinya..hukhuk..memang dialah harapan semua orang..
aku bangga dan gembira punya seorang adik lelaki macam dia, walaupun kadang-kadang dia agak menyebalkan..tapi dia tetap harapan keluarga, dan semua orang..semoga dia menjadi insan cemerlang di kemudian hari, insya Allah..amin~

inilah dia yang aku maksudkan...

sebelum-->

selepas-->

2 ulasan:

Unknown berkata...

segak! :)

cik blogger berkata...

yup, dia mmg segak..pujaan gepren dia..aha~