Isnin, Mei 20, 2013

serius, entri Monday Blues!

Salam blogger..


Menjelang minggu2 terakhir br1m ni, makin lengang dan sunyi.. mungkin dianggarkan 70% dah amik baucer, tunaikan dan habis! Haha..bila ditanya brim seterusnya, aku hanya mampu jawab.... 'sama2 la kita tunggu bajet 2014'...^^,

Tadi time lunch, aku dengan kawan makan nasi campur je..alhamdulillah..rezeki Allah bagi. Habis lunch, terus borak2 kejap..bagi turun tu makanan ke perut.. ada satu topik yang kami cerita tadi, yang bagi aku, menarik perhatian.. soal, pekerja atasan dan bawahan.. kenapa orang atasan lebih besar dibayar gaji, sedangkan bawahan ciput jek! Padahal yang bawahan la banyak buat kerja kan? Kerja kuat..untuk memastikan yang di atas stabil.. haha..boleh tak camtu?

Itu soal umum.. kami tersentuh pula topik tentang, jadi cikgu..haa, bukan senang nak kawal murid, apa lagi budak2 tadika..alkisahnya, cuba korang bandingkan, cikgu2 yang duk mengajar budak2 tadika, tahap kesabaran diorang tersangatlah tinggi.. mana taknye, kalau kita nak mengajar, ada sorang tu pergi main kat belakang..buat halnya sendiri.. mana yang pembuli, mana yang menangis..haih, kalau aku yang jaga budak2 tu, ada juga aku bagi cubit2an senggol2an dengan budak2  tu.. haa, jangan tak tahu, i akak yang garang tau.. yaii! Haha.. tapi nak dijadikan kisah seterusnya,kalau kita buat macam tu, nak cubit ke (hukuman paling ringan la tu..), tindakan tu takkan sampai di situ je.. anak2 sekarang, dah mula pandai mengadu.. dan zaman sekarang pula, kebanyakan ibubapa duk menangkan anak2 diorang ni. Haih, tanpa usul periksa, terus je nak mengamuk kat cikgu, dan ada juga kes sampai nak saman..haaa, orang kita sekarang dah well-educated.. tapi sepatutnya kalau dah well educated tu, mentality kena la educated juga..ye tak?

Haish.. tadi awal2 aku duk cerita pasal gaji, kenapa pula tiba2 kuar topik pasal budak tadika ni? 

Celaru...haru biru! 


Tiada ulasan: