Isnin, April 01, 2013

penangan muka tak serupa..walaupun adik beradik..

Salam April..

Alhamdulillah.hari Isnin pertama untuk April 2013 hari ni, aku mulakan dengan langkah baru.. 

pagi tadi, seawal jam 6.45 pagi..aku dan adik aku dah terpacak di kawasan parking bangunan persekutuan, Beaufort..semata-mata untuk 'attend' walk-in interview untuk post pembantu tadbir (perkeranian/operasi) n17 sambilan..ramai sangat calon yang nak temuduga tadi. Aku tengok memang tak menang tangan staff PPD tadi..huhu..ofis agak kecik..memang tak boleh memuatkan ribuan yang datang tadi..

apa2pun, alhamdulillah..aku bersyukur kerana giliran aku dan adik aku tadi boleh dikira yang terawal..bilik temuduga 3, giliran adik aku no.9, dan aku no.10.. cuba teka? Kami dua ditempatkan dan diinterview bersama!! Dan tambahan 3 orang yang lain..ini adalah untuk pertama kalinya aku diinterview secara berkumpulan..memang satu pengalaman yang menarik..aku dapat rasakan, penemuduga tadi banyak menguji untuk kami aktifkan bercakap, respon terhadap persoalan yang diorang bagi..

Satu soalan yang aku rasa tak dapat lupakan...penemuduga tu tujukan untuk aku dan adik aku..

"Kamu berdua ni adik beradik ke? Atau mungkin kebetulan saja, nama bapa sama.."

Hihi.. rasa nak tergelak pun ada..memang kalau diikutkan rupa, memang takde persamaan..kami hanya mampu tersenyum..mengiyakan pun tak, apa lagi menidakkan.. huhu..

"Tapi.kalau dia (penemuduga) tu perasan, atau musykil dengan perhubungan kita, mesti dia tengok ic, surat beranak.. dan alamat pada borang pendaftaran yang diisi tadi..mesti sama! Hihih..." adik aku pula bagi pendapat..

Bukanlah niat kami nak menipu ke apa..tapi memang tak sangka juga soalan tu yang terkeluar dahulu.. hehe. Apa2pun, pengalaman memang best! Mudah2an rezeki menyebelahi kami  berdua..amin. apa lagi adik aku ni cadang nak kahwin hujung tahun ni.. nak kumpul duit katanya..hehe..

Oklah..sekian saja untuk entri hari ini.. esok, aku akan mula kerja balik..cuaca di Kota Kinabalu sekarang ni hujan seharian..alhamdulillah..rahmat Allah turun. Jom, banyakkan berdoa..insya Allah termakbul..amin. 


Tiada ulasan: