Isnin, Mac 18, 2013

inilah padahnya..bila..

Salam blog!

Hai semua.. ini entri kedua menggunakan tabby ni..haha.satu gelaran yang adik aku tetapkan sendiri..tau kenapa? 

      "Kalau orang boleh panggil laptop tu dengan nama 'lappy'.. kenapa tak 'tabby'?

Haha..hantam saja la dik oii.. yang penting boleh diguna, walau nama tab ni jauh menyimpang dari nama asalnya..gugurl ke mende..haha

Stop citer nama2 tabby tu..untuk entri kali ni aku nak citer pasal keje aku sekarang ni..bukan keja baru..masih lagi kontrak dengan br1m tu..

Mungkin ramai  yang masih tak perasan, ataupun dah lupa, atau memang tak tahu pun, yang tarikh permohonan baru untuk br1m 2.0 ni dah pun DITUTUP!... bila? 15hb Mac, Jumaat minggu lepas.. macam2 reaksi orang yang datang buat semakan tadi.. syukurlah jugak tak ramai yang nak hantar borang tadi..kena dengan aku, sorang je la.. syukur juga time tu pakcik ni ditemani oleh anaknya yang baru nak memohon.. 

"Kenapa baru nak hantar borang sekarang? Pelanjutan tempoh permohonan baru ni pun dah makan masa selama 4 bulan 15 hari dah..cukup lama tu pakcik..." aku takdelah marah, cuma kesal tindakan sesetengah pemohon yang suka buat keja 'last minute'...tambah pula pemohon budak2 remaja ni..suka sangat lengah2..nak duit no.1, tapi nak usaha dapatkan duit tu, punyalah liat! Haishh.. 

Kalau diikutkan aku boleh je terima borang anak pakcik tu tadi, tapi ada sorang kawan aku dah cakap baik2 kat pakcik tu...

"Takpalah.. huhu..satu kerugian sebagai warganegara..sebab terlewat.." pasrah pakcik dan anaknya tu aku tengok..kesian pun ada juga...tapi takpalah..insya Allah, br1m tahun depan aku harap takda lagi kes macam ni...

Itu citer aku.. lain pula kisahnya dengan sorang kawan aku ni..benda yang sama berlaku juga dengan aku, kes orang nak hantar borang baru..kes kawan aku ni siap kena marah lagi ok! Huhu.. siap cakap..

" saya kakitangan kerajaan...bla..bla... duit tu pun bukannya duit kamu! Sape nama kamu?"

Semua soalan tu dilemparkan kepada kawan aku..dah la dia jadi 'usher', mengawal 'trafik'..huhu..agak hangin juga aku kawan aku tu.. tapi takdelah hangin satu badan depan pakcik tu...kenalah kawal kan? Huhu..

Bila difikir2 balik, kitorang tak belajar tinggi sampai master pun, tapi bila dah 'exposed' dengan public ni, terutama sekali bila dah keja di bawah br1m ni, sedikit sebanyak boleh la belajar ilmu psikologi..tak caye? Keje lain yang banyak 'face' dengan public pun mesti rasa benda yang sama juga kan? 

Sekian untuk entri kali ni..baju untuk keje esok dah 'iron',perut pun dah kenyang.. dalam tempoh sejam lagi camtu..masa untuk aku rehatkan badan,otak dan semuanya..

Selamat malam semua... 




Tiada ulasan: