Isnin, Disember 17, 2012

Cantik itu subjektif! Takde A, B, C..

Petang ni aku rasa sangat2 la mengantuk. Tak tau kenapa.. Takkan sebab aku makan coklat kot? Sedikit saje pun kan?!! Err..

Untuk hilangkan mengantuk, aku karaoke sendiri..takde la memekak satu bilik ni haa.. Nak kena sound oleh D.O?? Haha.. Yang penting tujuan aku di atas tercapai..

Baru je sorang akak ni (staff pej. Daerah) hantar borang..ini kali kedua dia hantar borang direct dengan aku.. Hmm, pertama kali dia hantar tu, korang tau apa yang aku 1st sekali nampak?? Kulit muka dia.. Fullamakkk!! Flawless gilerrr!! Kali kedua dia hantar borang ni tadi, malu aku nak tengok muka dia..huhu..nak banding dengan muka aku ni, yang berlubang sana sini, pori terbuka luas, jeragat sana sini??!! Haha.. Malu seyh!

Heyy!!! Itu pun taknak bersyukur ke? Elok2 Allah dah bagi muka, dari takde muka langsung? Astaghfirullah.. Ampuni aku ya Allah.. Aku leka seketika..membandingkan ciptaanNya.. ;'( astaghfirullah..

Mungkin orang lain nampak dia cantik.. Tapi.. Tengok tajuk entri di atas.. ;)

'Haish!! Orang tengah blogging, ada pulak pakcik sorang ni duk ketuk tingkap.. Kaco jek!!' -,-'
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan: