Selasa, Disember 18, 2012

Kak Ct.. Leh ambik gambar sekali?!!

...
Aku tiba di satu pasar, yang menjual macam-macam barang. Tengah syok2 'window shoping', tiba2 aku nampak Dato' Siti Nurhaliza.. Aku suka panggil beliau sebagai Kak Ct jek.. Senang~ Kak Ct pun tengah jalan2 kat pasar tu. Dek minat kat dia terlalu mendalam, aku kejar dia. Dan...

"Hai, assalamualaikum kak ct.. "

"Hai.waalaikumussalam, dik.."

"Kak, buat apa kat sini? Beli barang ke?" (Dah kat pasar, memang la nak beli barang..haha. Saje je..)

"Aah,dik. Hehe..jom,kita jalan sama2,nak?"

Wah.. Tanpa berfikir sedetik pun.. "Ok kak!!!" Excited giler aku. Mana taknye, inilah pertama kali aku berjumpa depan dengan dia.. Weee~ ^-^v

Esoknya, kak ct buat konsert. Aku? Mestilah ada kat situ. Best tau.. Tengah2 syok menyanyi, eh..boleh2 kak ct duk dekat aku, peluk aku dr belakang..dan, snap! Bergambar okeh! Jangan jeles! Ngeh2~

Lepas tu,kitorang shoping sakan lagi..tiba2, dia kata nak rehat jap..dia masuk kat bilik artis (bilik dia la).. Aku nak masuk jugak!!

"Maaf, Dato' Ct nak rehat jap"..

"Nak masuk jugak!" Aku terus je masuk, tanpa hiraukan halangan dari 'bodyguard' dia tuh! Ahaks! Xp

Aku tengok Kak Ct tengah cari 'something'..nak cari 'charger' hp rasanya..

"Gelap.. Dik, tolong suluh jap"

tanpa fikir sedetik dua..aku buat apa yang dia minta. Lepas tu, dia nak amik air wudhuk.. Haih, karat pula air nih. Tiba2, atuk aku masuk dalam bilik air lain.. Aik? Dari mana datang atuk aku nih??

"Syuhh!! Lari la..orang nak g masjid ni!"

Tiba2 aku dengar suara bapa aku..tengah halau anak kucing. Dan,aku tiba2 terjaga.. Laa..rupa2nya aku jumpa Kak Ct tadi tu dalam mimpi!! Adehh! Melepas lagi. Ingatkan jumpa betul2 dah.. -_-'v errr..

Ini semua penangan aku duk tengok video youtube, kak ct tengah nyanyi kat majlis persandingan anak tirinya yang kahwin dengan anak dato' hishamuddin.. Pehh!

...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan: