Ahad, Disember 16, 2012

2012.. Apa yang aku dapat?

Salam blogging!

Sebenarnya dari pagi tadi aku nak post entri..tapi, ada keje pulak nak kena buat tadi --> memasak! Ok, makan tengahari pun dah selesai. Sekarang, masa untuk berehat.. Fuh! Bestnye waktu hujung minggu macam ni untuk si pekerja,macam aku. Setuju?!

Tinggal beberapa hari lagi, kita akan melangkah ke tahun baru.. 2013.. Cepat je kan? Sedar2 tahun depan umur dah meningkat.. Azam aku tahun ni dah tercapai ke belum ekh??! Mungkin hampir2 tercapai la kot. Antaranya, aku lulus temuduga jururawat tu, tapi aku dikategorikan sebagai calon simpanan untuk tempoh setahun..maknanya, kira sebelah kaki aku dah dapat keje tu, tapi masih menunggu kekosongan.. Bloggers semua, doakan ek supaya aku dapat keje tu. Amin.. Dah 2-3 tahun tunggu..

Hmm, sekarang ni masih terfikir-fikir..ape pula azam aku tahun baru nanti? :)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tiada ulasan: