Isnin, Oktober 03, 2011

"Darah seni mengalir!!"

Salam..

Macam tak caye je..huhu..

Dah lama aku tak update blog..sebenarnya, banyak cerita untuk dikongsi..tapi masalahnya, malas nak buka laptop..bukan malas sebenarnya, tapi tak kena tempat la..bila kat mana2 yang tiba2 idea muncul masa tu..time tula takde laptop di sisi..untuk itu, aku sangat2 perlukan telefon yang canggih sikit..ala2 android (seperti milik bro BA), tak pun BB torch (milik ciksyaza)..huhu..boleh dibawa ke mana-mana..pastu boleh update entri bila2 masa je..huhu..bilakah aku akan memilikinya?

Ok, aku bukan nak cerita lanjut tentang HP canggih manggih tu..tengok tajuk kat atas tu..ada kaitan? haha..

Macam tak percaya je!! Darah seni besar kemungkinan mengalir dalam diri aku! Aha.dari mana aku benda ni??

Semuanya bermula pada malam Sabtu lalu..selesai je kenduri majlis kenduri cukur jambul anak buah aku, duk sembang2 dengan ahli keluarga lain..dan tiba2 terbit satu dialog..

"Nak tahu, keluarga kita sebelah Johor tu ada kaitan dengan Saloma!! Saloma..tak kenal? Saloma bekas isteri P.Ramlee tu!" cerita pakcik aku..

Biar betul?

"Mak kepada watak Norkiah Hanum tu..nenek Mastura ke? Macam pernah tengok kat dalam satu gambar kita!!" Makcik aku pula sambung..

Aha..sekali lagi! 

"Patutlah kita semua pandai menyanyi..menari..berlakon tak lagi..tapi pokoknya, darah seni mengalir dalam keluarga kita!!"

Hmm..boleh jadi jugak kan? 

 ~"Apa guna berjanji..kalau tak ditepati.."~ lalala..

Tiada ulasan: