Ahad, Ogos 14, 2011

"takde keje lagi? jom cari peluang!.."

Salam Ramadhan..malam ke-15.
Alhamdulillah..genap dah dua minggu kita berpuasa..tak sedar, macam tak caye kan?

Dalam minggu kedua ni juga, aku mula sibuk buat minipopia, seperti yang ditempah oleh pelanggan. Alhamdulillah, aku dah terima tempahan hampir 9 kilo!! gilerrr banyak! kalau aku seorang buat, boleh tu memang boleh..fokus je boleh kan? Mesti boleh punye~ tapi kena lah dibantu sikit2 oleh adik aku sorang tu haa..jangan risau, aku bagi gaji~

Sepanjang aku jalankan bisnes, banyak juga pengalaman..banyak juga masalah yang tak dijangka..kadang2 tu, masalah dengan kulit popia yang dijual,yang aku beli dari mana2 supermarket..kadang2 tu, nampak dari luar elok je..bila buka je plastiknya, rosak la pula!Kadang2 kurang kualiti..aduh~ dengan kenaikan harga udang kering yang sangat2 jauh bezanya dengan yang dulu..bilangan dan harga minyak yang terhad dan naik~ semua kena 'consider'..nak cari duit poket dan pengalaman betapa susahnya cari duit punya pasal, semua kena tempuh dengan rasa sabar dan kuat dalam diri..insya Allah, aku boleh!

~ usaha!~

Tiada ulasan: