Rabu, Ogos 03, 2011

"[SEGMEN] Camne korang mula belajar berpuasa dulu-dulu??"


Salam Ramadhan.Hari ni hari ke-3 kita berpuasa. Hmm, setakat ni alhamdulillah, masih puasa penuh..hehe.

Ok! Cerita pasal puasa ni, cik Chempaka Sari ada buat segmen! Kebetulan, aku sendiri tengah bosan, tak tahu nak update entri apa hari ni.Haa, nak join tak? KLIK!

Hmm, jujurnya, aku sendiri dah lupa pengalaman mula2 belajar berpuasa dulu. Tapi ada la ingat sikit2.. Ok, aku mulakan!

Ada satu masa tu, aku balik dari sekolah rendah (pagi). Faham2 la kan, bila balik dari sekolah pagi tu, cuaca tengah hari sangat2lah panas terik! Bermulalah al-kisah, aku sampai je di rumah, terus aku mengadu, merayu2 kat mak..

"Mak, sakit perut aku..boleh makan?"

"Mana boleh, kan ko puasa..cuba tahan sikit. Ndak lama lagi sungkai kan?"

Aku mula mencongak masa, 'Haih, lamanya lagi. Boleh tahan ke ni?'

"Hah! Kenapa pula mau sungkai tu? Tahanlah sikit. Ndak lama lagi sungkai. Tinggal 6 jam ja pun!!!"
haa, korang agak siapa yang cakap dengan style marah tu??
Bapa aku la!! Bukan main garang dia~

Aha..dari situ aku mula menangis. Menangis merayu tu wey~ Dan akhirnya, mak aku terpancing dengan air mata aku tu..Ngeh~ Terus dia carikan sepinggan nasi dan sedikit lauk. Aku tak ingat dah lauk apa time tu. Telor goreng kot? Ke ikan goreng? Tak pasti. Apa yang pasti, perut aku sungguh kenyang time tu..haha! Puas! hikhik...

Jahat tak aku? Hmm, bukanlah jahat sangat kan? Tak jahat pun. Dah namanya budak-budak, bohong dalam menipu la kan? Hehe..

Lepas fenomena tu, seingat aku..aku dah mula berpuasa penuh! Alhamdulillah.. ;)

Ok, itulah pengalaman aku. Nak juga baca pengalaman blogger lain. Jom!

Oh ye, lupa nak bagitau. 'Sungkai' dalam dialog di atas tu bermaksud berbuka puasa dalam dialek Sabah! Hehe..

3 ulasan:

PinKy MoMMa berkata...

ayah ingin kan yg terbaik utk anak2 nye..ayah akak pun garang..smua org cakap polis hohoho..maknanyer aper..garang ler tu ;p

slmt berpuasa dik..

Tanpa Nama berkata...

seronok lah bace kisah awak..hehe..dah agak dah...nangis puas2 semata-mata nak makan..haip!

cik blogger berkata...

sis pinkymomma..yup!garang2 bapa pun,ada yg dia nk smpaikn utk anak2 dia.. ;)

chempaka.. hehe..dah lazim kan? budak2 semua mcm tu..bila permintaan x dipenuhi, mula la nak meronta-ronta menangis..hoho..pengalaman kan? ;p