Selasa, Ogos 30, 2011

pagi Syawal yang hiba...

salam 1 Syawal 1432H..
Aidilfitri kali ini..tahun ini..tak berapa lengkap bagi keluarga aku..kerana kurangnya satu ahli...adik aku! tak pulang raya, sebab takde cuti! huhu..maklum sangat dah, 'budak baru' dalam mana2 jabatan mesti tak diberi peluang untuk bercuti...kesian? memang..nak bukti? bapa aku sedih..menangis pagi raya tadi, masa sarapan..sebelum tu, beliau sempat menelefon adik aku..dan ternyata..beliau tiba2 takde selera makan..dan bagi pinggan yang dah pun siap berisi ketupat dan lemang untuk aku...kesian beliau..inilah pertama kalinya, adik aku duk jauh dari keluarga..apa lagi time raya ni..maklum, dia seorang je anak lelaki dalam keluarga aku..

macam biasa, lepas bersalaman dan menziarah kubur arwah moyang dan makcik aku, kitorang berangkat pula ke kampung sebelah family bapa pula..yang bestnyer, bila sampai sana..aku dapat duit raya!!! $$$$$$ wahahaha ;D best2..macam time zaman budak2 dulu..ngeh3~ best2...tapi rasanya, bila aku dah keje nanti..besar kemungkinan aku tak dapat la lagi merasa dapat $$$$ raya..malah, aku pula akan merasa..bagi duit raya kat budak2..hoho..

hmm, sekarang ni aku duk chatting ngan insan yang aku admire time study di IPTA dulu..korang, hati2 la g beraya tu yek!


~lalalala...

1 ulasan:

NysaSarah berkata...

selamat Hari Raya untuk awak dan sekeluarga. :)