Jumaat, September 02, 2011

Aku masih lagi 'diuji'..

Salam Syawal ke-4..

Hari ni aku tak beraya g mana2 kot..rasanya semua tempat/rumah yang sepatutnya diziarah, dah pun selesai.. Duk rumah, rehat! lagi bagus, ye idok? huhu..
Aku tak tahu nak 'post' entri apa untuk hari ini..Pada mulanya, aku nak taip pasal Shaheizy Sam yang 'bertandang' ke rumah aku..tapi, mungkin bukan kali ini..Sebab 'mood' aku yang 'happy' dah berubah..menjadi 'awan komulonimbus'..
Segalanya bermula di sini..

"Teany, ada apa2 ka respond from UMS?"
"ya..tiada apa2 respon lg..tgh menunggu jgk ni..mcm mn tu aa?"

Beberapa hari kemudian..

"Teany,
"Hari tu ko hantar application tu kepada siapa? pendaftar atau dekan?Ada application yg dihantar lebih lambat daripada ko tp itu dulu yg kami trima, yg ko kami x terima..."

"hah??yaka? sy hntr ke dekan la..ikut alamat yg kamu bg hr tu..'dean'..aik?hairan jgk..sbb sy guna post laju 
tu..spttnya 3hr lepas pos borang tu sdh smpai di sana.. alamak aih..sedih la klu mcm ni.. ;'(

Aku rasa, kepada korang yang mengikuti blog aku ni dah maklum tentang permasalahan aku sekarang..mesti dah dapat agak apa yang aku rasa buat masa ini..

Sedih bukan kepalang..mengalir air mata aku dengan berita ini..aku tak jerit! tapi aku masuk bilik air..menangis sepuas-puasnya..

'Ya Allah..adakah ujian/dugaan ini akan berterusan? Kuharapkan khabar gembira menanti di bulan Syawal yang mulia ini..tapi... ;'("

Mungkin jawapan yang sepatutnya aku terima ialah....

REDHA~



 ~Allah...


Tiada ulasan: