Isnin, Ogos 22, 2011

"Kerja kena SISTEMATIK!"

Wah, pagi2 tadi..'angin' aku ok jek, tiba2 'berubah!' oh tidakkkkkkk!!!!! Nak tau pasal ape?

Pagi tadi, aku temankan nenek aku g review doktor, di hospital kerajaan.. '0001', itulah no. giliran empunya nenek aku..hmm, sah2 dapat balik awal ni! Dan?

Lain pula jadinya! Uffffhhhh...orang lain pula, dah la datang lewat dari kitorang..alih2, diorang pula yang kena panggil dulu untuk review!!! Waaaahhh..ini tak boleh jadi nih! Dah la kepala aku sakit time tu! Hmm, bulan puasa pula ni! Memang menduga kesabaran betul la!

Berbalik kepada cerita tadi, rupanya fail rekod kesihatan nenek aku BELUM SAMPAI di dalam bilik doktor! Boleh pula macam tu! Eh, budak2 fail tu tak buat keje ke?? 'Patient' dah la makin ramai duk datang, berduyun-duyun tuuuuuu!! Sampai ramai yang berdiri menunggu..takde tempat duduk!

"Lambatnya 'service' hospital nih!"

"Bila giliran aku dipanggil? Yang duk dipanggil sekarang, dah 'melompat' jauh dari no. aku!!"

Aku rasa, isu ni dah lapuk dah! Dah berabad2 lamanya..tapi?? Masih juga kekal macam ni!..Sedih tau! Nak kata teguran atau cadangan tak diberi..mustahil juga kan? Mak aku sendiri kata macam tu..

"Tak tahu lagi nak buat macam mana.."

Mengenangkan isu lapuk ni, aku teringat zaman praktikal 2 tahun lalu..ada gunanya juga aku praktikal di klinik HUSM dulu.. (memanglah ada gunanya..kalau tak, buat apa nak jadi nurse kan? hehe) antara langkah2 sistematik yang di'intervene' untuk elak 'problem' ni berlaku:

1) Selepas review doktor, semestinya akan ada tarikh review akan datang, TCA (to come again) ye tak? dan tarikh itu akan DITULIS dalam sebuah buku, dan ditanda mengikut tarikh2 akan datang, untuk setiap muka surat..dan ini memudahkan nurse/staff bahagian rekod untuk refer balik tarikh r/v akan datang..Kalau boleh, buat 2 salinan buku..kalau di HUSM, satu kat buku, satu lagi direkod dalam 'online'..

2) Selalunya, sebelah petang takde 'patient' kat klinik..jadi, time ni lah staff rekod refer balik kat buku TCA tu, mana2 'patient' yang akan di'review' keesokkan harinya, amik failnya dan hantar dan simpan dalam bilik doktor, mengikut bilik..

See?? Nampak??!! Senang kan? Mudah je..kalau otak dan akal ni diguna, insya Allah, akan memudahkan staff, malahan pesakit..


~fikir2kan..~

Tiada ulasan: