Rabu, Ogos 03, 2011

Cerita bersahur la pula..JOM!!

haa..entri tadi pasal mula2 belajar berpuasa kan? entri kali ni aku nak buat pasal..tabiat bersahur pula..bersahur kan sunat! aku buat entri ni pun sebab terpanggil dengan entri pinkymomma ni..nak baca? KLIK!

cerita pasal sahur ni, aku bahagikan kepada dua la ye!

1. Di asrama (hostel USM)

Pada mulanya (time jadi 1st yr student) aku sedikit gundah gulana..terkial-kial..macam mana aku nak makan sahur ni eh? Dah la aku duk Kelantan time tu..semua serba tak tahu! Family pun jauh. Aku teringat mak ada pesan..

"Sebelah petang, beli la nasi dan lauk sikit..untuk sahur esok"

Ok, seperti yang diperintahkan.aku buat apa yang disuruh. Dan dari situ timbul pula masalah bila nak sahur..

"Alamak..nasi dan lauk2 tu dah sejuk.Camne nak makan? Takde selera la pula..hmm"

Alih2, aku makan je roti / biskut dan cicah dengan air milo! Panas la juga kan? Ada la selera sikit.

Bila aku jadi 3rd year student, lain pula ceritanya. Aku dah mula berani untuk bawa barang2 yang dilarang untuk dibawa ke dalam bilik asrama. Nak tahu apa dia? Periuk nasi dan dapur gas kecil! Ngeh2~ dah nama senior sikit, mula la tunjuk belang..hikhik! Malamnye tu, sebelum tidur, aku awal2 lagi dah masak nasi. Kiranya esok pagi time sahur, aku panaskan je la. Lauk yang selalu aku masak ialah..ikan Sardin dalam tin! Siap hiris bawang lagi..hmm, berselera sangat time tu. Takdelah makan ikan sardin selalu, kalau ada lauk yang dah dibeli sebelum berbuka tu, pagi tu cuma panaskan je la. Air? Teh o panas! perghh.sedap~ Bukan aku dan roommate je yang duk makan sahur, tapi kitorang ajak kawan2 kat jiran sebelah ni ha..sahur sama2. Malahan, kitorang kongsi dan kumpul duit, untuk sahur je..Untuk berbuka pun sama. Ohh, sungguh indah berpuasa di hostel! ;D

2. Di rumah

Haa..kalau di rumah, jangan cakap la aku nak bangun awal untuk masak. Sebab nenek aku dah siap masak dan hidangkan sekaligus! Ehe..bukan aku tak nak tolong, tapi yelah..mengantuk wey~ Nenek aku dah terbiasa bangun awal untuk buat kuih, kalau ngam hari tu dia berniaga.Seawal jam 2 pagi dah bangun.. Look? Nenek aku masih cergas lagi. Sampaikan ada sorang kawan aku cakap, nenek aku masih lagi muda..kulit muka tegang lagi..takde kedut2! hehe..tak caye? nantilah aku upload gambar dia ye.

Berbalik kepada cerita sahur tadi, lauk pauk ataupun sahur mesti yang berkuah/sup! Kalau tak?? Alamatnya nasi sejemput pun tak lalu nak makan.Serius! Makanan ofkoz la kena panas kan?

Ok! Itulah serba sedikit cerita sahur aku ni..sis Pinkymomma!! Jom baca entri sahur saya ni pula! Hehe..

2 ulasan:

PinKy MoMMa berkata...

wah nenek yg masih kuat..syukur :)
nnt dah kawin kena bangun awal ye dik huhu..tak dapek dah nak tido lena lena di ulit intan ;p

cik blogger berkata...

aah kak! gitulah gamaknye..huhu..kena bljr bgn sndiri jgk neh..hukhuk..klu bakal suami tu jenis bgn awl, bgus jgk..amin, insya Allah! ;)