Jumaat, Ogos 05, 2011

Ah..sudah! Mimpi lagi! Kali ni lagi teruk!!

Salam Ramadhan, rakan bloggers dan readers ;)..

Semalam aku langsung tak update cerita kan? Ok, pagi2 ni aku dah dapat modal untuk curhat! apa dia? Tengok tajuk entri tu..Apa lagi kalau bukan pasal mimpi. Kalau sebelum ni aku bermimpi tentang bayi..tapi kali ni aku bermimpi tentang...

ULAR!!
takut gilerr aku! Giler pun tak takut macam tu tau! Hukhuk..Seram deh! Ceritanya macam ni:

'Satu hari tu, aku keluar melalui pintu rumah yang utama. Baru je beberapa langkah nak keluar tu, tiba2 aku menoleh ke kanan, tempat parkir kereta bapa aku. Punyalah aku terkejut, bila aku nampak ada ular tedung yang besar!! Aku terus masuk ke rumah semula..dan tutup pintu tu. Tapi malangnya, ular tu dapat menyelinap masuk juga! Ya Allah!!! Macam mana ni? Bila aku tengok sekeliling ruang tamu ni, rupanya banyak lagi ular dalam rumah ni!! Ya Allah..kenapa banyak sangat ular dalam rumah ni??'

Tanpa buang masa, pagi2 ni aku cuba cari maksud mimpi tu. Dan...

tafsiran mimpi mengenai ular :

-Jika bermimpi digigit ular, maka pertanda akan mendapatkan pasangan hidup.-Jika bermimpi melihat ular yang banyak, maka pertanda akan mendapatkan kebahagiaan yang tak terduga.-Jika bermimpi dikejar ular, maka pertanda ada seseorang yang mencintai Anda.-Jika bermimpi melihat ular masuk rumah, maka pertanda akan kedatangan tamu yang membawa kebahagiaan.

-Jika bermimpi dililit ular, maka pertanda akan melaksanakan hajat.


Nampak? Huhu..rata-rata semuanya bakal membawa berita gembira. Betul kah? Kalau nak dikata mimpi2 tu adalah mainan syaitan, dalam bulan Ramadhan ni, bukan ke syaitan dirantai?? Haa..macam mana tu? Wallahua'lam..aku tak pasti sama ada betul ke tak. Tapi kalau betul la ada khabar gembira menanti aku...aku terima dengan redha..insya Allah. ;')

3 ulasan:

Amy Syaquena berkata...

salam kenal dan selamat berbuka puasa, amy singgah sini dan follow , jemput ke belog amy.ada contest sedang berlangsung ,menangi fridge magnet , hamper dan cederahati dari Sinar Raudah..

HafizRahman.com berkata...

cantik blog nie=)

cik blogger berkata...

Amy: Salam perkenalan..dan salam Ramadhan ;) insya Allah, akan singgah ke blog awk!

HafizRahman: weeee...:D terima kasih. Design hebat oleh cikChempakaSari ;)