penuh debaran, sebelum ditemuduga..sempat lagi baca 'code of professional conduct' ..
hai..semua 'bloggers' dan 'readers' yang setia untuk blog BJMM ni..
ada yang menunggu entri aku ke hari ni? yela..dah Khamis, Jumaat, Sabtu..haa, 3 hari aku tak 'update' apa2 entri di blog ni kan?
semuanya kerana...aku menghadiri temuduga di Glen Hosp. Ampang, KL..alhamdulillah, semuanya sudah selesai...macam tak percaya je aku..huhu..ditemankan oleh mak tercinta, aku bertekad, apa nak jadi, jadi la..huhu..mak ada juga tolong aku, bagi apa2 'point' soalan yang berkemungkinan akan ditanya..dan buktinya?? YA! betul! memang ada soalan2 tu ditanya 'direct' time interview..huhu..syukur juga la..'on the way flight' dari KK ke KL hari tu pun, aku sempat habiskan membaca buku CPR yang 'latest' 2010..bukan lagi ABC, bukan lagi DRABC..tapi DRCAB..haa...alhamdulillah..kebetulan juga, pihak hosp. nak cari calon untuk isi kekosongan staff di bahagian A&E..hmm, kebetulan la kan?
keputusan temuduga insya Allah, akan diberitahu dalam minggu depan..hmm, tak tahu la..esok ke..lusa ke..tulat..yang aku tahu, aku berdebar menanti..huhu...kalau dapat, alhamdulillah, aku bersyukur..kalau sebaliknya, aku redha.. ;) Allah dah tentukan rezeki masing2..ye tak? setuju?
aku tak sempat juga jumpa bestfriend aku..takpe..ada rezeki lain, insya Allah sempat jumpa..nak tahu kenapa?? KLIK! tengok kat komen aku tu ye..cikblogger.
aku dah dapat baju gengbloggercrew dari GeckoArt..alhamdulillah ;) bungkusan diterima oleh pihak sekolah di kampung aku ni..dan disampaikan ke nenek aku, kelam kabut dia pulang rumah, dia ingatkan mungkin surat dari pihak hosp. hehe..kesian nenek...sakit kakinya ditahan2..terima kasih nek! ;)
hmm, sebenarnya banyak aku nak cerita kat sini, tapi penat aku masih tersisa..huu..badan pun sejuk semacam je..aku nak rehat dulu ye..
selamat malam semua ;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan