pagi semua!
seperti yang aku maklumkan di entri semalam, aku dapat panggilan temuduga dari hospital Gleneagles, Ampang..dan insya Allah, hari ini aku dengan mak aku akan berangkat terbang membelah awan, merentasi Laut China Selatan..untuk ke destinasi utama..Kuala Lumpur..
pada mulanya, aku terkejut dengan panggilan tu!! serius! aku tak tipu..susah nak percaya..bukannya apa, aku dah lama tunggu panggilan interview dari mana2 agensi yang aku 'apply'..setahun lebih aku menganggur..tengah syok2 dengan bisnes minipopia aku, tup tup kena panggil pula!! ya Allah..betul la kata orang, janji Allah itu pasti! Dia akan memberikan rezeki kepada yang dikehendakinya, tepat dengan masa yang Dia telah tentukan! kita tak boleh nak menolak..sebab ini peluang..
gambar di atas tu adalah komen2 fb dari kawan2 dan adik2 junior, sama2 study di USM dulu..terima kasih semua, kerana mendoakan yang terbaik untuk aku..insya Allah, aku berusaha..ada rezeki, insya Allah takkan ke mana ;)
doakan yang terbaik untuk interview aku esok ye! ;)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan