Isnin, Julai 25, 2011

memasak dari air tangan sendiri..sungguh nikmat!!

salam..aha, untuk hari ni, ini adalah entri hari pertama aku..selalunya pagi2 tadi mesti aku update kan? hmm..soritusei, time tu blank..kosong..takde idea nak tulis apa.better kan daripada merapu sana sini? hehe..

bulan Ramadhan insya Allah akan tiba dalam minggu depan..ada siapa2 yang belum qada' puasa tak? cepat2..berapa hari je lagi ni..kalau tak, kena bayar fidyah la ye.. ;)

cerita pasal bulan puasa ni, sejak aku duk rumah setahun yang lalu..dan alhamdulillah, insya Allah tahun ni aku duk rumah juga, aku suka untuk tetapkan juadah untuk berbuka puasa..dan selalunya, aku yang excited untuk memasak dan menyediakan juadah tu..hehe. sampaikan makanan2 yang belum pernah sekali pun terhidang di atas meja makan sebelum ni, keluarga aku dah mencuba untuk menyantapnya.hehe..contoh? nasi goreng ayam blackpepper, mini pizza, dan banyak lagi la..sebelum ni, asyik mi goreng, nasi goreng je..dan insya Allah, buka puasa kali ni aku nak cuba resepi2 terbaru..aku bercadang nak masak yang lebih special..contohnya, ayam/ikan percik, paprik seafood, dan macam2 lagi la..dalam otak aku ni dah ligat nak cari buku2 resepi terkini..hehe.tak salah kan variasikan masakan? barulah tak bosan nak makan kat rumah..ye tak? dan satu lagi, besar kemungkinan aku akan buat jadual juadah berbuka puasa..boleh? hehe..

duk 'free' kat rumah ni, sempat lagi mengasah bakat untuk memasak..hmm, secara tak langsung, ini kira persediaan bila dah berumahtangga nanti..setuju? orang kata, kalau nak si suami melekat dengan kita, masakan dari air tangan kita ni yang jadi 'tali' untuk mengikatnya..haa..apa lagi?? kepada yang menganggur sekarang ni, jangan buang masa!! jom asah bakat memasak dari SEKARANG!!


Tiada ulasan: