Isnin, Julai 11, 2011

kesedihan masih belum bernoktah~

salam..

facebook..masih lagi heboh tentang perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu..serius, aku tak menyebelahi mana-mana pihak..tapi, kalau dah kebenaran terungkap..apa nak kata? korang yang masih belum tengok video yang aku maksudkan, boleh cari kat youtube..semua ada di sana~ mungkin inilah petanda Kiamat bakal menjelang tiba..wallahua'lam..

sedih, terkilan..tengok berita di tv3 tadi, tentang kecuaian pihak hospital (tak pasti sama ada doktor atau jururawat) dalam memberikan suntikan yang salah kepada seorang bayi..yang menurut pandangan aku, masih belum menjangkau umur setahun..dan akibatnya? tangannya mungkin tak dapat diselamatkan..menyedihkan lagi, lehernya ditebuk (tracheostomy) kerana sebelum itu, didapati sukar untuk bernafas (berkemungkinan besar, disebabkan oleh side effect dari ubat yang salah disuntik itu).. ya Allah, macam-macam boleh terjadi..tragedi ini mengigatkan aku sendiri yang bergelar jururawat terlatih (masih belum bertugas di mana-mana hospital) supaya lebih berhati-hati dalam memberikan khidmat kepada mana-mana pesakit..sebab itulah, nursing process sangat2 penting untuk dipraktikkan..semoga tragedi ini menjadi pengajaran kepada aku sendiri dan rakan2 seperjuangan yang lain..insya Allah~

rentetan daripada panggilan dari pihak Glen yang belum kunjung tiba di telefon bimbit aku ni, seorang kawan sekolah lama dulu memberikan pendapat yang sama dengan aku... 'biasanya kalau gagal, diorang tak inform tu..teruskan saje dengan offer lain~' jadi, aku mengambil kata putus, untuk teruskan saja niat aku sebelum ni, untuk menyambung bisnes yang tergendala.. 'kesian pula kat orang tua aku..berhabis RM1k lebih..semata-mata untuk beli tiket direct dari KK-KL,KL-KK..ya Allah, sekali lagi aku menyusahkan mereka berdua.. ;'( kerisauan dan kekecewaan keluarga aku masih belum berkesudahan..hanya kerana aku masih belum diambil bekerja..ya Allah, adakah aku ditakdirkan untuk menyusahkan mereka? ampuni aku, ya Allah...'


2 ulasan:

Abu Zafran berkata...

jangan bersedih..Insyaallah lebih kebaikan menanti anda..hdapi dengan tabah yer

jom bac
Tambah trafik ke Blog Anda dengan...

cik arija berkata...

jgn la sedey2..xcun la kalo sedey2.
insya'allah, ade tu rezeki kita, cuma cepat atau lambat je. mungkin masa kita belum sampai lagi. banyak2 sabar k..

berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikulnya. kita sama2 doa k!!

kadang2 allah turunkan hujan dan petir utk kita, kita jadi sedih dan takut..tp lepas tu, allah hadiahkan kita dengan sesuatu yang lebih indah, yaitu PELANGI..

jum sama-sama kita berdoa n tawakkal semoga allah kurniakan kita 'pelangi' tu =)